Holiday @ Genting ~ Memori Kenangan Silam

Salam pagi Rabu..  dah sarapan ke uols?? aku baru jerk lepas ni haaa.. makan bubur nasi pagi2.. pekena teh panas kaw2... hahhaha.. sampai muncit2 perut aku dibuatnya.. perut aku ni jenis suka nyimpan jerk.. buangnya susah.. tu yang muncit terlebih sudah! dah macam orang Somalia gamaknya.. dah macam pregnant 5 bulan gayanya...

Meh aku nak sambung cerita pasal cuti2 kami di Genting Highlands.. kiranya utk tahun 2013 ni.. ini adalah percutian kami yang pertama..memandangkan kami stay 3 hari.. so, hari pertama ni kami just jalan2 sekitar Genting.. yerlah kan sampai pun dah petang.. nak masuk ke taman tema rugi lah pulaks.. so decide esoknya baru kami pulun main kat taman tema..

berlatar belakang Theme Park Hotel..

Teringat masa aku bujang dulu.. masa tengah couple ngan en hubby.. gi dating kat Genting.. aku ni pantang nampak ala2 english ni... mesti tertarik da boom... 

jom tengok gambar2 yg mengimbau kenangan silam aku dan dia..
 

12 tahun yang lalu.. comey dak?? hahahhaha.. sila muntah okay!


dan kini... huhuhuhuhuu... aku dah tuoooooooooooo... uwaaaaaaaa... 


12 tahun yg lalu.. amacam?? ensem tak hero pujaan aku?? ipar duai ku sekalian.. jangan muntah yerk dengan statement aku ni... hahahhahaha..

kini... nak tunjuk muka pun malu2 kucing.. ngeeeeeee... peace no war!

lepak di taman belakang hotel.. dah 12 tahun kami tak jejak kaki di sini.. taman ni hanya di buka sehingga jam 10 malam.. tak kuasa aku nak duk lepak malam2 kat sini.. serammmmmm...

masih ada lagi batu ni kat sini.. kenangan gambar aku dan dia kat sini 12 tahun yg lalu tak adalah dalam bentuk softcopy..

setiap sudut yg cantik di taman pasti ada gambar kenangan..


cantik bila dibuat lorong2 kecil di kelilingi pokok.. seronok anak2 bermain di dalamnya.. pokok apa ni yerk?

oklah.. dah nak senja.. kami pun balik masuk hotel.. berehat sepuas2nya utk aktiviti esoknya.. nanti aku sambung cerita tentang Outdoor & Indoor Theme Park.. see yaa..


3 omelan:

syalinda johari said...

cantik2nyaaa gambar

Suraya Baharun said...

amboi...mengimbau kenangan bawa anak2 pulak ye kak ina...

MRS. K said...

kenangan memory daun pisang takde kak? heehhe

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (267) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (48) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (72) Biskut (1) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (191) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (148) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (111) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (10) Juadah (110) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (14) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) Lovely Song (7) Luahan (2) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (2) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (68) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (16) Resepi (37) Riadah (21) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (1) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty