Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Ibu

Assalamualaikum..

Sihat semua?? aku masih kebatukan lagi.. minggu ni keje 3 hari sajork.. yes.. bleh rest lama2..

Amacam korang pergi tak riadah pagi semalam?? aku tak pergi pun.. huhuhuhuh.. aku balik kampung.. tengok mak aku.. dia masih tak sihat lagi.. risau jugaks.. walaupun dah seminggu tapi agak susah sket nak sembuh kalau melibatkan tulang ni.. walaupun sayang aku tak sama seperti mana sayang uols pada mak uols.. tapi atas dasar tanggungjawab dan penat jerih dia melahirkan aku dan membesarkan aku walaupun seketika.. aku tetap faham akan perasan seorang ibu kerna aku juga seorang ibu.. walaupun dia tak membesarkan aku dua beradik sepenuhnya.. tapi sayang dia tetap ada pada semua anak2 dia..

Walaupun dari segi luaran dia tak mahu menyusahkan anak2.. tapi dalam hati seorang ibu pasti nakkan anak2 berada di sampingnya ketika dia dalam kesakitan.. tul tak?? nasib baik aku balik aritu.. kalau tak lagi dia rasa terkilan sebab adik beradik yg lain pun tak balik.. mungkin mereka ada hal.. itu aku tak nak ambik kisah.. walaupun hati kecil aku sering berbisik.. aku bukanlah anak yg diharapkan utk pulang.. walaupun kadang2 aku rasa terkilan.. tapi aku terpaksa redha dan buang jauh2 perasan tu.. yg penting selagi mereka ada.. aku akan cuba yg terbaik utk menunaikan tanggungjawab aku..

Buat masa ni.. mak aku masih makan Gamogen.. dan aku suruh mak aku stop minum susu Anlene dan aku gantikan dengan susu HiGoat buat sementara waktu ni.. untuk proses merawat.. alhamdulillah.. mak aku jenis senang nak makan menda2 tu.. harap2 mak aku cepat sembuh...

Sekarang ni kerja2 rumah abah aku yg uruskan.. kesian pulaks aku nengok abah aku.. cuma mak aku tetap nak masak.. yerlah.. walaupun abang aku dah proposed suh duduk ngan dia.. tapi mak aku tetap tak mau.. risau sangat ngan kucing2 kesayangan dia tu.. hmmmm... nilah dilema yg dihadapi anak2 zaman sekarang.. dari dulu lagi memang camni pun... hahhahaaha.. mak ayah tak suka nak menyusahkan anak2.. mereka sanggup bersusah asalkan tidak menyusahkan anak2..

Oklah.. selamat bekerja semua.. no monday blues kay!! daaaaaaa...

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah