Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Koko

Assalamualaikum...

Tahun ni Amiera dah masuk tahun 3.. kalau zaman aku dulu dikenali Darjah 3.. bila dipanggil 'tahun' ni rasa peliks pulaks.. kadang2 aku jadi confuse.. Tahun 3.. 3 Tahun... hahahhahaha...

So, awal hari persekolahan tempohari.. Amiera kena isi borang ko-kurikulum atau dikenali sebagai koko.. dengan bangganya Amiera bagitau aku petang tu lepas dia balik dari sekolah agama.. dia memilih masuk persatuan agama Islam, puteri Islam dan permainan badminton.. bagus Amiera ni.. macam omak eh!

Zaman aku dulu masa sekolah rendah mana ada koko ni.. maklumlah kan sekolah ulu kampung.. yg ada pun cuma sukan jerk.. masa sekolah menengah jerk baru aku involve.. dan masa tu aku pilih persatuan agama Islam, puteri Islam... hahahhahaha.. sebijik apa yg Amiera pilih.. kecuali sukan.. dulu aku masuk hoki tau!! hahahhahaha.. jangan terkezut.. tapi sekejap jerlah aku masuk.. pastu aku surrender... hahahhaa.. gilos ko!! bola dia besar beb!! main pulaks tongah2 paneh!! mau hitam kulit aku ni tau!! ohhhhh... tidakkkkkk..

Amiera bersungguh2 cakap ngan aku dia kena attend koko sebelah petang.. tapi apa yg aku tau dari kawan2 sepejabat.. tahun 3 masih tidak wajib.. bila aku tanya Amiera wajib ke idak.. jawab dia senang jerk.. ntah.. mama tanyalah cikgu... grrrrrrrrr... sakit jiwa aku tau!.. memang nak kena pelangkung ngan aku ni.. dah dia yang gi sekolah.. patutnya dia lah yg kena tanya cikgu.. cerdik tak budak zaman sekarang ni..

Dan minggu lepas.. aku beli siap2 uniform Puteri Islam.. (mak eh pulak berkobar2..).. bekalkan dia uniform.. bagi duit belanja lebih sket.. ni kiranya first time Amiera akan stay kat sekolah sampai petang.. dia ponteng sehari sekolah agama.. pastu pesanan aku tu sampai bingit telinga Amiera.. hahahah.. risau beb tinggalkan dia sorang2 kat sekolah walaupun aku tau dia ada kawan2.. pagi tu aku call pihak pentadbiran sekolah untuk mengetahui lebih lanjut tentang koko ni.. sah!

Untuk makluman uols yg anak2 bakal memasuki alam persekolahan atau pun bakal memasuki koko.. meh aku nak kongsi info.. Tahun 3 adalah tidak diwajibkan untuk hadir koko pada sebelah petang tetapi amatlah digalakkan..

Dan koko ni ada 3 aktiviti.. anak2 uols kena pilih satu bagi setiap aktiviti..

1. Persatuan
2. Badan Beruniform
3. Sukan

Cikgu akan bagi borang kat anak2 uols utk diisi.. kemudian korang kena beli buku koko.. harganya kalau tak silap RM4.. (itu yang Amiera bagitau la..).. alah suh jerk anak2 korang beli.. tahun 3 kan dah cerdik sket..

So, aku bagi peluang kat Amiera.. memandangkan koko adalah tidak wajib.. aku cuma benarkan dia involve 2 kali sebulan.. sebab dia kena attend sekolah agama.. aku tak nak dia ketinggalan subjek kat sekolah agama..

Ni lah wajah anak dara aku yang memilik puteri islam sebagai aktiviti badan beruniform..

mahal siot.. kain ngan tudung jerk dan lebih RM40.. huuhuhu..

Comments

syalinda johari said…
kak iena, sekolah rendah kami dulu kat ulu kampung nun pun ada puteri islam jaa..so untuk pempuan mmg semua wajib dan paksa rela la masuk puteri islam...baju masih sama macam dulu..hehehheee..
tapi best ahh puteri islam...tetap dihatiku...
Faina Arisya said…
syalinda..

waaa.. bestnya.. dulu2 kak ina tak sempat nak pakai uniform PINK tu.. tak mampu nak beli.. huuhuhu.. bila buat perjumpaan buat bodo jerk tak pakai seragam.. hahhahaha...
Faina Arisya said…
syalinda..

waaa.. bestnya.. dulu2 kak ina tak sempat nak pakai uniform PINK tu.. tak mampu nak beli.. huuhuhu.. bila buat perjumpaan buat bodo jerk tak pakai seragam.. hahhahaha...

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah