Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

JJCM : Lunch @ Al Dente

Salam..

Memandangkan aku tak tau nak update cerita apa dalam blog ni.. kebetulan.. teringat gambar2 yang aku ambik masa lunch ngan kawan2.. so, baik aku masukkan kat sini.. bleh gaks jadi info utk korang2 yang tak pernah makan kat Al-Dente ni..



Al Dente ni adalah restoran milik Pullman Putrajaya Lakeside yang menyediakan Malaysian & Italian Cuisine.. terletak di Galeria PJH Presint 4 Putrajaya..

Aku memang tak pernah terfikir pun nak makan kat sini.. lagipun takde sapa yg nak bawak kan.. kebetulan opismate teringin nak makan kat situ.. aku ok jerk.. bleh gaks nak try..

Sampai2 jerk kat situ.. alamak.. segan lah pulaks.. aku ni ala2 kampung.. nak masuk restoran ala2 hotel.. telan air liur sekejap.. sib baik member sorang lagi berani.. so, aku pun selamba jerlah..

Masuk2 jerk.. meja tersusun rapi.. dah nak macam kat hotel gayanya.. mesti mahal ni.. hati aku berdialog sendiri..

Bila aku baca menu.. pergh!! takde lah mahal mana pun.. apa omputih kata.. price is reasonable..

Kami ambik Executive Set.. ada 4 jenis main-course (nasi goreng, spaghetti laksa, fettuccine cream dan satu lagi aku tak ingat.. lupa pulaks nak ambik gambar kat board depan restoran tu..).. korang kena pilih salah satu main course, lain2.. ada garlic bread, tomyam dan desert (aku tak tau apa namanya.. aku hat nama peliks2 ni memang susah nak ingat.. hehehhe..).. tapi desert ni memang manis dan sedap.. dan air pulaks.. jus tembikai.. air suam pun diorang bagi jugaks..

Mula2.. diorang serve garlic bread.. pastu tomyam.. time dok hirup tomyam tu aku dah stop.. pedas2 sedap.. (pedas pada aku lah yerk.. lain orang rasa citarasa).. air pulaks tak sampai2.. air suam pun belum dituangnya.. aduiiii..

roti ni sedap.. kebetulan tengah lapar.. semuanya sedap..

tomyam.. ada fishball ngan sayur2 jerk..


Kemudian baru sampai air dan main course.. aku ambik fettuccine.. terkezut aku!.. banyak siot.. aku sorang memang tak habislaaa..

nampak sket kan.. tapi tak habis aku makan sorang2 ni.. dahlah penuh rasa cream nya.. memang cepat muak..

ni menu nasi goreng yg kawan aku order.. member sorang lagi order spaghetti laksa.. pun sedap jugaks.. macam laksa johor..

lepas kekenyangan.. baru sampai desert.. 

simple jerk kan.. atas dia agak keras sket (tapi takdelah sampai tak boleh nak makan).. dalam dia lembut macam puding.. sorry aku lupa sangat nama desert ni.. korang carilah sendiri yerk..

 Total termasuk cukai RM 25.50.. bolehlah kan.. dapat makan macam2..

Comments

syalinda johari said…
waaaaaaa...menyelerakan....harganya berbaloikahh
Faina Arisya said…
syalinda..

oklah.. sekali sekala bolehlah.. kalau hari2 rabak poket!

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah