Rezeki Tahun Baru

Alhamdulillah..

Tahun baru wajah baru.. hehehhehe.. takde wajah2 baru ok.. sama jerk.. dah hari ke-8 tahun baru.. tapi n3 aku baru 3... aduhhhh!! malasnya nak update.. dengan kesibukan bagai.. huhuhuhuu...

Semua orang bercerita pasal wish list.. tapi taun ni aku tak mau ada wish2.. tak nak plan apa2.. biar ianya datang dengan sendiri.. sebabnya.. mengikut pengalaman.. byk perkara adalah sesuatu yang tidak dirancang atau pun di rancang last2 minute.. so taun ni.. biarlah ia datang dengan sendiri.. yg penting aku dan keluarga aku bahagia, dlm lindungan dan dimurahkan rezeki dari-Nya..

Sebut pasal rezeki.. alhamdulillah.. rezeki yang tak dirancang dan rezeki yg ditunggu2..

Rezeki yang tak dirancang.. tapi sampai mimpi2 aku dibuatnya.. huhuhu.. dan alhamdulillah.. mimpi jadi kenyataan.. walaupun tak lah banyak mana.. tapi siapa yg nak bagi kan.. tapi ni lah first time aku dapat se'byk' ni.. hahhaha.. banyaklah sangat!!




diumum pd tahun lepas.. kan best kalau dapat banyak ni.. hehehhe.. kredit to beritasemasa.com

simpanan masa hadapan.. pinjam gambar dari ohduniaku.com.. malas aku nak snap..

Walaupun jumlah pendapatan dividen + bonus hasil dari simpanan takdelah banyak mana.. tapi aku tak guna pun duit tu.. aku biar dia terperuk dalam akaun tu.. biar dia beranak pinak.. hehehhehe.. displin.. displin.. displin.. displin kan nafsu!! tapi kalau dah terdesak nak buek camno kan! huhuhu.. oh.. tak sanggup!!

Rezeki ke-2 ni.. adalah sesuatu yang ditunggu.. lama dah aku tunggu.. dah hampir 2 bulan rasanya.. ingatkan pihak Nuffnang lupa aku dah buat cash-out.. hehehehe.. tup2 sampai jugaks akhirnya.. 

Walaupun tak banyak mana.. tapi bolehlah kan.. sapa nak bagi.. duit tu pun aku tak akan belanjakan.. sebab tu hak anak2 aku.. adanya blog ni pun adalah kerana mereka.. so, hadiah utk mereka.. tapi takde maknya aku nak beli hadiah bagai.. rugi!! baik aku masuk dalam akaun simpanan diorang.. sangatlah berbaloi utk masa hadapan diorang.. ntahlah.. prinsip aku.. simpanan anak2 sangat penting.. aku bukannya orang senang.. cukuplah pengalaman mendewasakan aku.. cewah!! 

alhamdulillah.. akan dibahagi sama rata..

Rezeki ke-3.. juga rezeki yang ditunggu2... korang yg keje gomen pun akan dapat juga.. hehehehhe.. pembayaran bonus kali terakhir bagi tahun 2012.. tapi tulah.. banyak pulaks cabangnya... huhuhuhuhu..

apapun.. syukur alhamdulillah..


2 omelan:

syalinda johari said...

syukur alhamdulillah..muroh rezeki...

Faina Arisya said...

alhamdulillah... aminnn...

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (267) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (48) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (72) Biskut (1) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (191) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (148) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (109) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (9) Juadah (110) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (14) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) Lovely Song (7) Luahan (2) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (2) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (68) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (16) Resepi (37) Riadah (21) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (1) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty