Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Fareeda Sara

Assalamualaikum..

Sihat semua?? alhamdulillah..

Aku nak cerita sket tentang koleksi terbaru Fareeda iaitu Fareeda Sara yang semakin hot masa ni..

Bila aku tengok kat fb model Fareeda tu.. aiiiiii.. geram sungguh ngan kaler2 dan corak Fareeda Sara.. bikin hati gundah gulana.. nak dapatkan jugaks koleksi terbaru tu... hehhehehe...

So, semalam aku ada urusan sket kat developer rumah aku kat Nilai tu.. tu kisah lain laks.. dah 5 tahun kami tunggu.. tak dapat hak milik lagi.. grrrrrrr...

Balik dari Nilai dah nak kul 5.. so, alang2 tu aku ajak en hubby singgah sebentar kat Fareeda...

Nasib baik tak ramai orang.. tapi tunggu lah jugaks dalam 20 minit no giliran aku dipanggil.. ok lah jugaks.. compare kalau waktu pelancaran.. kena tunggu berjam2..

So, dapatlah jugak beli yang diidamkan.. huhuhuhuuuh.. harga masih murah rm120.. tapi syarat kali ni.. kebetulan pilihan aku tu adalah design baru keluar.. so, seorang hanya boleh ambik satu design sajork.. huhuhu.. kalau byk design yg cantik2.. memang nganga laaaa... nasib baik masa aku masuk tu design Sara Sweet Apple dah habis.. kalau tak berbelah bagi aku nak pilih hat mana satu.. pendekatan begini oleh pihak Fareeda aku setuju sangat2.. at least semua pelanggan dapat memiliki satu design terkini..


Cuma yang aku tak puas hati.. bila ada pihak yang cuba mengambil kesempatan utk urusan perniagaan sendiri.. diorang ni berkumpulan.. diorang mungkin tak nak jadi dealer Fareeda.. tapi menggunakan taktik lain utk membeli tudung dengan banyak.. aku perhati jerk kumpulan tu.. geram pun adaaaa... diorang ambik no giliran yang disediakan dalam 5 - 10 no.. lepas tu diorang panggil siapa2 yang lalu lalang kat depan kedai Fareeda.. diorang upah orang tu pi beli tudung Fareeda.. dapatlah upah rm10 sorang.. itupun kalau tukang beli tu nak duit upah.. ada jugaks aku perhati diorang tak nak duit upah.. aku sungguh tak bersetuju dengan pihak yang mengambil kesempatan dengan harga murah tudung Fareeda dan kemudian jual di luar dengan harga yang melambung tinggi.. satu lagi diorang ni telah menyekat customer Fareeda lain yang beli untuk diri sendiri cam aku ni.. utk mendapatkan design yg cantik.. sebab diorang dan orang suruhan telah rembat siap2 design yg cantik2 tu...

Aku harap pihak Fareeda dapat mengenal pasti dan mengambil tindakan menyekat kumpulan2 ni dari terus mengambil kesempatan..

Comments

Hot Mummy said…
Nak tanye la kak, ade ke jual tdg fareeda sampai rm200 selai? aritu berkenan nk beli ade gambar ribbon2 tu tp ade org kt fb jual rm200. pdhal makcik saye beli fesyen yg same tp lain color rm140.
Faina Arisya said…
Hot Mummy..

tu terpulang kepada peniaga.. kebanyakan diorang memang markup tinggi.. walhal kalau beli kat butik murah jerk cuma nak kena ambik no.. tapi kalau pergi weekday.. takdelah ramai sangat.. kalau nak save duit.. baik pergi sendiri ke Fareeda.. harga pun dalam rm120-rm140 jer.. rm200 tu memang melampau.. tambah sket dah bleh dapat 2 helai tudung.. so, tepuk dada tanya poket.. kwang3..

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah