Kopi Che' Nah

Assalamualaikum..

Dah sarapan ke semua?? aku tengah makan nasi goreng.. pedasss... zassss... pekena teh panas... hehehhehe.. tak sudah2 ngan teh panas aku kan..

Tajuk n3 hari ni kopi Che' Nah.. tapi sebelum tu aku nak story dulu.. sejarah minuman panas peberet aku..

Seingat aku sejak aku kecik.. masa aku tinggal ngan arwah nenek aku.. selalu minum teh O.. yerlah kan kami ni orang susah.. nak minum susu tu alahai.. Milo?? Horlick?? jauh sekali..

Bila aku stay pulaks ngan mak aku.. aku diperkenalkan ngan Teh Susu.. kata orang2 dulu.. lanni di panggil teh tarik.. teh panas.. mula2 aku tak boleh nak terima air berunsurkan susu ni.. perut aku dah sebati ngan O gamaksnya.. tapi lama kelamaan.. perut aku dah boleh terima..

Bila aku masuk ke ITM.. kini UiTM.. aku mula berjinak2 dengan Nescafe especially Nescafe 3 in 1.. senang.. koyak.. tuang.. bancuh.. minum.. semudah ABC... hehehhehe.. pagi petang.. siang malam.. dok ngadap air tu.. yg hairan nya.. takde pulaks aku kena migrain ke apa.. hmmmm...

Bila aku dah mula bekerja.. minuman harian aku tiap2 pagi.. Nescafe Tarik.. tak mainlah 3 in 1 lagi..
sampailah aku berkahwin.. masih setia dengan Nescafe..

Ntah macam mana.. aku pun tak ingat.. aku minum air Indo-Cafe.. tak tau siapa yg buat.. sedap banget! lain dari Nescafe.. bau macam gula merah.. so, aku pun mula bertukar ke Indo-Cafe.. sampailah ke hari ini.. tapi bukan menjadi minuman panas harian aku.. cuma kadang2 bila teringin sajork aku minum.. aku dah terjerat semula dengan air teh... hehehhehehe...

Itulah sejarah minuman panas aku.. aku cuba jugaks nak minum air milo, horlicks dan sewaktu dengannya.. tapi tekak aku geli geleman nak terima... oh no!!

Ok.. berbalik pada topik pagi ni.. KOPI..

kredit to www.myberita.com



Uols pernah minum kopi?? aku start minum kopi lepas aku kawen ngan en hubby.. kat rumah mertua la... kopi kaw kaw punya.. bukan sebarangan kopi.. bukan kopi kapal api.. bukan kopi cap boxing.. bukan kopi cap rusa.. bukan kopi cap televisyen.. bukan kopi cap StarBucks.. hehehhehe... tapi kopi Che' Nah.. dijamin Halal.. dibuat dari Kilang Kopi dan Teh Che Nah, Chenderong Balai, Teluk Intan, Perak... orang2 Perak mesti kenal ngan kopi ni.. memang terbaeeek!!

Cuma sayang.. adakah faktor kewangan yg pada aku mustahil.. adakah kerana utk pasaran di Negeri Perak sahaja sebagai tarikan pelancong.. wallahualam.. sebab pada aku.. tak salah kalau di pasarkan di seluruh Malaysia.. biar setanding dengan produk2 kopi yang lain.. demi melaksanakan konsep halalan toyyiba.. demi penggemar2 kopi seantero dunia.. cewahhhh... demi aku yg senang nak pi beli.. hehehehhehe..

peket kecik..

pekat.. likat... hehehhehe.. jemput minum semua...

So, uols.. meh aku nak berpantun...

Kalau Singgah Di Negeri Perak
Jangan Lupa Mencari Kopi
Manis Pekat Sungguh Enak
Kopi Che' Nah Pilihan Hati

Sekian, terima kasih..


3 omelan:

Mijoe said...

salam

no doubt kopi che nah memang terbaik! saya pun baru je kenal dengan kopi ni bulan March 2013..
memang best!

RF D House said...

Boleh dptkan kopi che nah di kl..hubungi 0109336293..penghantaran seluruh malaysia

Zainal Hassan said...

Kat johor memang tak de kopi che nah. Terpaksa g perak baru dpt. Kopi ni memang sedap.

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (267) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (48) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (72) Biskut (1) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (191) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (148) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (109) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (9) Juadah (110) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (14) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) Lovely Song (7) Luahan (2) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (2) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (68) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (16) Resepi (37) Riadah (21) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (1) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty