Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

1 Million Women Purple Walk

Assalamualaikum..

Baru2 ni semua staf2 opis aku ni diwajibkan hadir ke 1 Million Women Purple Walk.. huhuhu.. kalau tak wajib.. aku tak join ok! aku ni memang malas nak keluar pagi2 kalau bukan hari bekerja.. sebabnya hari Sabtu dan Ahad lah aku nak berehat..

Walaupun wajib.. tapi ada gaks yg tak datang.. bukannya diorang check pun sorang2.. hehehhehe... tapi aku ni jenis penakut sket.. kalau dah arahan wajib tu mesti aku serba salah tak pi.. takut malang tak berbau.. tak pasal2 kena tindakan displin.. yerlah kan kita ni SYMP..

Oklah.. tak mau komen banyak2.. jom layan gambar sepanjang aku berada di situ..


masih gelap..

kelihatan ramai yg sedang sarapan.. aku tak tau pun ada sarapan disediakan.. sib baik jumpa opismate.. kalau tak kelaparan lah kami.. huhuhu.. 

sedang bersenamrobik.. tapi aku jadi tukang pemerhati gelagat orang.. hehehhee.. 

uppsss.. ni bukan staff Alam Flora yerk..

Fateh menunjukkan aksi kungfu tai chi kang...kwang3..

kelihatan nun jauh di sana.. di depan istana kehakiman.. berkumpul mendengar perasmian Perwani.. heheheh.. kami cari tempat teduh jerk.. panas beb!

golak apo tu dik? nanti Atuk Jib babab kang...

kakak dah mula kelaparan.. sib baik diorang dah edarkan makanan utk lunch..

keluar percikan bunga api tanda perasmian Perwani..

belon purple berterbangan di udara.. 

habis jerk perasmian.. semua orang di tengah2 panas beredar.. hehehhee.. ada acara persembahan nyanyian.. tapi kami balik awal.. tak larat duk lama2 kat situ.. sakit telinga..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah