Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Aktiviti Cuti Sekolah ~ Muzium Diraja

Salam..

Selepas kami keluar dari sukan CIC dalam kul 12 tu.. kami singgah lunch dulu.. on the way nak balik Putrajaya.. masa tu masih berada sekitar KL.. tiba2 datang idea nak lawat istana negara yang telah menjadi muzium diraja.. cepat2 aku google cari info.. masih dibuka utk orang ramai datang melawat..

Lalu jerk jalan istana ni.. teringat aku kenangan silam.. masa aku mula ditawarkan kerja.. aku kerja kat jalan belakang istana ok!! tapi bukannya keje kat istana.. huhuhuhu.. gilos nak kerja dalam istana!! dan aku pernah tinggal tak jauh dari belakang istana.. dan aku pernah berjiran dengan salah seorang Menteri Kabinet pada waktu tu.. pergh!! hebatkan.. walhal aku duk rumah ala2 setinggan jerk.. pejabat kerajaan dolu2 dijadikan kuarters.. tapi sayang.. kami diarahkan keluar 24 jam (huhuhuhuuu.. geram pun ada).. selepas menteri tersebut dinaikkan pangkat menjadi TPM.. rumah kami diperlukan untuk dijadikan rumah pengawal dan kakitangan.. kalut lah kami masa tu nak cari rumah sewa.. alhamdulillah dapat jugak di kajang.. berbungkus bangkas lah kami pindah ke kajang dalam tempoh sehari tu.. huhuuhuhu... sian aku kan..

Ok.. tak mau cedih2.. jom kita tengok muzium diraja ni.. dapat jugaks aku tengok istana Melayu zaman sekarang kan..

alollooo... seronok nampak..



harus posing dulu di depan pagar istana..

  
awat senget aku time ni..

Bayaran nak masuk ke pameran khas.. ada tourist girl akan bantu.. hiks..
 
tiket ke pameran khas..
 
santeknya lah lampu ni.. letak kat depan rumah aku kat Nilai memang gempak ni.. hehehhe.. suka3..

jauh siot nak berjalan kaki masuk ke istana ni.. dengan panas teriknya.. pergh.. sib baik masa kami sampai ni tak ramai orang..

kasi dera sama dia.. jalanlah sorang2.. sapa suruh tak mau main sukan.. haaa... hongeh!!


kuning keemasan..

Nak masuk ke pameran khas ni.. kena bukak kasut ok.. plastik disediakan..

ruang tamu kalau tak silap aku.. so sweet..

cermin hiasan di pintu masuk.. cantik siot.. 

opssss... memang aku tak tahu!! rupa2nya no camera!! mintak maaflah banyak2.. sebab memang aku tak tahu.. so, mana2 gambar yg aku terambik tu memang aku tak dapat nak show sangat kat sini.. so, kalau korang nak tengok apa yg ada dalam istana ni.. datanglah kat sini kay.. nak2 pulaks cuti sekolah ni.. bawaklah anak2 ke muzium diraja.. musti diorang seronok dan teruja... waaaaaaaaa... bak kata Amiera.. excited ko tengok kemewahan dalam istana ni..

Sebelum keluar.. uols boleh bagi cadangan.. ada buku disediakan..

bergambar dengan petugas istana.. tq..

Kebetulan aku sakit perut mau terkucil.. sib baik ada toilet disediakan.. tapi nun dibelakang..

rupa2nya ada pameran khas di raja di belakang.. tapi pameran ditutup sementara.. sebab aku tengok barang2 pameran takde.. nak ke toilet memang kena masuk kat sini dulu..

sebelum balik.. blogger wajib ada kenangan jugaks kan..

dan sebelum gerak pulang.. kita pekena aiskrim dulu.. maklumlah tengah2 panas terik ni kan.. harus basahkan tekak..

aiskrim ni jugaks yg aku suka sebab masa aku duk ngan mak aku masa sek men.. mak aku suka beli aiskrim ni utk anak2.. kenangan beb!

Comments

syalinda johari said…
dulu kalau lalu depan istana neh, mesti dok tengok pegawai yang dok berdiri tegakk tak bergerak-gerak kat gate tu..heheheh
Faina Arisya said…
tu lah sampai sekarang masih ada pengawal istana.. sian pulaks nengok diorang.. nak ajak bergambar risau kena marah.. pandang pun jeling2 jerk.. tak pasal2 kena tombak.. hahahhaha..

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah