Posts

Showing posts from April, 2013

Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Lakaran Kehidupan : Part 2

Image
Salam.. Bosan2 ni meh aku nak sambung sket jurnal kehidupan aku yg ntah apa2 ni kan.. Rasanya dah lama tertunggak ni.. dah 3 tahun ok! huhuhu.. malasnya aku nak mengarang.. so, yg tak sempat nak baca Part 1 .. bolehlah kalau nak baca.. tapi aku tengok byk gambar2 dah hilang.. huhuhuhuu.. kes copy paste url image ler ni.. Sebelum aku nak meneruskan cerita zaman persekolahan menengah aku.. aku nak share sket.. masa umur aku bawah 12 tahun.. aku pernah bekerja sambilan bersama makcik bongsu aku.. tiap2 malam kami akan ke rumah jiran yg jauhnya lebih kurang 10 minit perjalanan.. keje kami memang senang.. kami akan masukkan barang2 makanan spt gula2.. untuk dipacking semula dalam kuantiti yang kecil.. macam keje kilang lah kannnn.. buat menda yg sama setiap hari.. mini-kilang.. hehehhehe... dapatlah sehari tu kurang dari rm3.. Dan kenangan yang memang susah aku nak lupakan.. bila musim cuti sekolah.. adakalanya aku ngan abang aku pergi rumah mak aku.. bukannya pergi jalan2 ok.. dala

Meeting & Jamuan Besday

Image
Petang Semalam.. Kami ada meeting unit.. sebelum meeting ada acara sambutan hari lahir yg disambut secara sederhana.. Layan gambar yerk..   kek besday..   hadiah.. sponsor dari Cosway.. kwang2.. last minute punya hal.. asal ado!   bloggers..   antara yg menyambut hari lahir..     happy birthday to all of u..

Timbalan Ketua Pengarah Kastam maut ditembak ??

Image
Innalillahiwainnailaihirojiun.. Semoga pihak berkuasa mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas pihak yang terlibat.. Adakah ini balasan yg harus diterima sekiranya kita bekerja penuh berdedikasi dan berlunaskan undang2? Sama2lah kita menyedekahkan Al-Fatihah kepada arwah.. semoga lebih tenang di sana.. Aminnn.. Datuk Shaharuddin Ibrahim PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim, 58, maut ditembak ketika dalam perjalanan pejabatnya di Putrajaya, jam 8.15 pagi ini. Mangsa yang duduk di bahagian penumpang depan kenderaan pacuan empat roda (4WD) ditembak tiga das dari jarak oleh seorang daripada dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal di persimpangan lampu isyarat di Lebuh Sentosa, di sini. Kejadian berlaku ketika kereta mangsa bersama pemandunya berhenti di persimpangan lampu isyarat berkenaan, apabila dua lelaki menaiki sebuah motosikal tiba-tiba muncul dari belakang dan melepaskan tembakan ke arah

Puisi ~ Syurga Derita

Assalamualaikum.. Sihat semua? aku duk opis ni sejuk banget!! seminggu ni hujan turun dengan lebat..  tak tau nak update apa hari ni.. esok pulaks nak cuti weiiii... bestnya tidurrrrrrrr... ni aku karangkan puisi terbaru tahun 2013.. tapi puisi syahdu syahdan laaa.. nak kasi puisi ceria dan lomantik2.. nanti aku fikir2kan.. hehehhehe.. tiap2 tahun mesti ada puisi baru kannn.. yerlah.. nanti bakat aku yg tenggelam timbul ni akan terus tenggelam... huhuhuhuhu.. Syurga Derita Telah lama.. Kuabadikan cinta Telah lama.. Kukorbankan jiwa Telah lama.. Kupertaruhkan nyawa Telah lama.. Kubentangkan bahagia Telah lama.. Kusalutkan permata Telah lama.. Mudahnya.. Kau melupakan.. Mudahnya.. Kau mendustakan.. Mudahnya.. Kau menyakitkan.. Mudahnya.. Kau menilaikan.. Mudahnya.. Benarlah.. Mungkin ini suratannya.. Cinta berkubur di lubuk derita Jiwa menangis di taman syurga Nyawa hanya sandaran semata Bahagia kupinta duka kuterima Permata kini tiada nilainya Aku

Rendah Lagi!

Image
  stress aku dibuatnya.. bila nak back to normal ni..  Sedikit info dari ptm.umt.edu.my yang aku nak kongsi untuk panduan diri sendiri dan yg utk semua berpenyakit Hipotension.. Berapa Rendahkah yang dikatakan Rendah? Sesetengah pakar mentakrifkan tekanan darah rendah sebagai tekanan darah sistolik (tekanan darah semasa jantung mengepam) kurang daripada 90 mmHg dan tekanan diastolik (tekanan darah semasa jantung berehat) kurang daripada 60 mmHg.. Tekanan Darah Normal = Tekanan darah 120/80 mmHg. Tekanan Darah Rendah = Tekanan darah < 90/60 mmHg. 90 = tekanan sistolik / 60 = tekanan diastolik Sekiranya hanya salah satu daripada tekanan darah ini yang rendah (sama ada sistolik sahaja atau diastolik sahaja), tekanan darah anda tetap dikira rendah . Faktor Mengandung : - Disebabkan sistem peredaran darah wanita berkembang dengan cepat semasa mengandung, tekanan darah sangat cenderung untuk menjadi rendah. Dalam tempoh 24 minggu pertama, tekanan darah sistolik

Perkongsian Ilmu : Transplantation

Copy paste dari email yang aku dapat.. Assalamualaikum / salam sejahtera,  Untuk makluman, Kementerian Kesihatan telah berjaya mendapatkan kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, pada tahun 2012 agar penderma organ dan sel stem darah (termasuk sum-sum tulang) diberikan kemudahan wad kelas pertama serta pengecualian bil hospital seumur hidup. Kad pengesahan akan dibekalkan kepada penderma yang layak.   Bagi penderma kadaverik (yang telah meninggal dunia), bayaran bil hospital untuk kemasukan wad juga dikecualikan dan ahli keluarga si mati tidak perlu membuat sebarang bayaran yang berkaitan dengan rawatan si mati.  Satu surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan telah dikeluarkan bagi memperincikan tatacara pelaksanaan dasar ini [ sila klik ] Surat kelulusan Dasar oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan telah dimaklumkan sebelum ini [ sila klik ] Sekian dimaklumkan, terima kasih.   -- Dr Hirman Ismail MD (UKM) MPH (Nottingham) MMC no. 41909 Special Officer to the Di

Ubek ~ Dr Please

Image
Sejak usia dah meningkat ni.. adalah timbul kesedaran tentang kesihatan.. nak mengekalkan keremajaan kulit pun ya.. konon nak awets mude.. huhuhuu.. tapi aku confuse.. ditambah pula dengan macam2 jenis produk kesihatan di pasaran.. Mula2 beli tu memang excited nak makan.. bila dah tinggal suku tu mulalah aku merundum balik.. hehehhee.. susah nak displinkan diri.. dan pulaks.. bila dah terlampau banyak sangat ubat2 dan produk2 ni.. sampai aku tak tau yg mana satu aku perlu makan.. yerlah kalau dah dalam prosedur kat label suh makan waktu pagi atau lepas breakfast.. mampuih! takkan nak kena telan semua?? boleh ke perut aku ni nak terima semua tu?? tu belum nak kena telan air kosong lagi.. rasa perut aku dah muncit makan macam2 ni.. adeh..dehh..aduiiiii... kang tak pasal2 mati sebab terlebih ubat! oh nooooo..   hat yg ada kat opis.. tu belum yg ada kat rumah.. memang tak mampu aku nak telan everyday! apa yg ada kat rumah??   hat ni tinggal suku jerk.. opismate aku yg hadia

Dia datang lagi...

Aduhhhhhhh... awatlah ko datang balik... nyusahkan aku betullah.. tak senang ok aku duk kat opis ni.. nak terkucil pun susah!! Rasanya dah lama dia menyepikan diri.. dah hampir 3 tahun ok.. boleh baca balik cerita yg pernah aku buat special n3 untuk dia.. Kali ni dia datang lagi.. nak suh aku buat n3 untuk dia lagi ler tue.. ngades taw! Alkisahnya.. minggu lepas.. aku terbaca kat forum tentang kewujudan beras kunyit dan garam di depan pintu lif.. tapi aku buat dono jerklah.. pastu ada member opis aku cerita gitu gini... So, gatal tadah telinga dengar cerita tu.. padan muka aku.. huhuhuhuu.. aku bab2 misteri ni memang aku suka dengar.. tapi penakutnya ya rabbiiiii...

Cop Mohor CIC

Image
Assalamualaikum... Actually.. dah lama aku nak bercerita tentang kesan pembelajaran Fateh di CIC.. tapi nan ado mood nak mengarang ayat.. Hari ni dah nak ke penghujung April.. means.. Fateh dah 4 bulan berada di CIC.. alhamdulillah.. walaupun tidak banyak tetapi sekurang2nya ada perubahan dan peningkatan dari segi percakapan dan pembelajaran.. Apa yang boleh aku rumuskan adalah berdasarkan kepada perubahan yang aku nampak pada Fateh yer.. Dari segi pertuturan.. alhamdulillah.. so far dah kurang pelatnya.. kalau dia nak mintak sesuatu pun dah pandai menggunakan ayat yang penuh.. cth : 'Mama.. Fateh nak susu boleh?'.. 'Mama.. Fateh nak main game boleh?'.. 'Mama.. Fateh nak makan burger.. '.. 'Mama.. Fateh nak tengok wayang..'..  dah tak dengar lagi ayat2 pelat dia spt.. 'Nak cucu..'.. 'nak empon'.. 'nak ayang'.. kadang2 apak eh pun susah nak faham apa yg dia cakap.. hanya aku jerk yg tau apa yg dia maksudkan.. Dari segi pe

Wordless Wednesday : Mesej untuk Ibu dan Bakal Ibu

Image

Emas, Gapi, Moli dan Moon

Image
Tiga nama bersahabat baik di dalam satu bumbung.. Emas sekilau cahaya.. Gapi mewarnai pesona.. Moli seindah rupa.. Tapi..... Apa kan daya.. jodoh pertemuan.. ajal maut di tangan Tuhan.. tak de siapa yg dapat menyangkalnya.. aku pasrah! Pisang Emas Di Bawa Belayar Masak sebiji Di Atas Peti Ikan Emas Boleh Di Bayar Nyawa Seekor Tak Boleh Diganti   Ikan Emas Yang Dah Kiok!  Moli, Emas Sudah Tertewas Gapi Masih Bersukaria Moon Datang Berkibas-kibas  Sihat Sejahteralah Hendaknya   Moon Pengganti Seri..

Homework!

Image
Assalamualaikum.. salam petang Selasa.. Cer tengok gambar kat bawah ni.. rajin kan anak2 aku.. ha.. ni lah tiap2 malam yg diorang kena ngadap.. tapi cara masing2 berbeza.. si kakak kalau homework tu senang pada dia.. dia akan buat dalam bilik senyap2.. tapi kalau benda tu memeningkan kepala otak dia.. dia akan mengadap tuan guru.. huhuhuu.. si kecik pulaks.. memang kena hadap dia tiap2 hari.. kalau tak.. lain yg di suruh lain yang dibuatnya..   see.. dua2 tengah fokus.. sebab apa?? haaa.. cer tengok apa benda yg hadap diorang.. huhuhuhuuh.. mak garang noks! M O T I P ? ? ? ? ? "Sayangilah anak anda.. masa depan mereka di tangan anda semua selaku mak ayah, sahabat dan guru.."

Kampungku..

Image
Masa aku balik umah mak aku tempohari.. adik aku mintak album gambar kat mak aku.. tiba2 aku terpandang sekeping gambar yang sangat menggamit kenangan.. kenangan pahit manis sewaktu aku kecil.. hidup dalam kesusahan.. muka comot sana sini.. hanya bertemankan pokok2, haiwan peliharaan dan tanah serta unggas2 di rimba.. ceh3... Walau bagaimana pun.. aku bangga dan bersyukur.. kerana bukan semua orang boleh mengalami apa yang aku lalui.. membantu arwah nenek dan makcik mencari pucuk paku, cendawan kukur dan rebung di hutan.. membantu arwah nenek bercucuk tanam.. meneman arwah pakcik menghambat lembu dan kambing pulang.. bermain di bawah rimbunan pokok ubi kayu.. memetik cili padi yang ranum.. memanjat pokok.. menunggu buah durian yg tak jatuh2.. bangun2 pagi mencium bau wangi bunga durian.. menangkap pepatung di tepian parit.. mandi sungai.. menimba air perigi dan mandi awal2 pagi.. perghh sejuk.. mengharungi air tika banjir.. bermain masak2 di tepian hutan.. bermain pondok2 di pondok b

Absolute Matte SimplySiti ~ Seindah Biasa

Image
Assalamualaikum.. Baru2 ni aku pi Watson.. aiiitttt.. pi watson pun nak cerita.. huhuhuhuh.. huk aloh! Bukan sebab aku pi Watson aku nak bercerita pasal apa yg ada di Watson.. semua orang dah sedia maklum ok.. Tapi aku nak cerita tentang lipstick SimplySiti.. sebab apa aku nak share?? sebab aku suker sangat2 ngan kaler yang baru ni... jatuh chenta aku tau!! tapi kan.. aku tak tau bila design baru ni dikeluarkan.. aku ni kan slow bab2 menda terkini ni.. selalu ketinggalan.. tak kisahlah.. Bukannya kaler lipstick tu tau.. sebab kaler tu memang aku dah pakai sebelum ni.. tapi kaler bekas lipstick tu.. cantik menarik kebaboom.. kui3.. Dah lebih setahun aku guna lipstick yg sebelum ni.. hehehehe.. jimat sungguh.. mana tak jimatnya.. gunakan sekali sehari sajork.. tu yang bila aku nak beli hat baru ni.. terkezut ngan penampilan yg baru ni.. cun ah!   Seindah Biasa..  aku kan low profile.. so, cari hat biasa2 jerk.. tapi totap indah! poyos!   hat lama yang dah ketandusan

Projek Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M)

Image
Assalamualaikum.. Semalam adalah hari pelancaran projek perumahan penjawat awam 1 Malaysia.. adalah beberapa orang opismate yang pergi.. So, aku nak share sedikit info dan gambar2 yang member opis aku snap.. million thanks to Azian for sharing this info.. Sedikit rumusan mengenai PPA1M.. Syarat2 permohonan : 1. Warganegara Malaysia 2. Keutamaan kepada pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi rm8K 3. Terbuka kepada anggota perkhidmatan awam dan badan2 berkanun persekutuan 4. Keutamaan kepada yang berkhidmat di Putrajaya 5. Tidak diistiharkan muflis Keluasan dan Harga : 1000 kaki persegi  - Dari RM150,000 - RM220,000 1200 kaki persegi  - Dari RM221,000 - RM260,000 1500 kaki persegi  - Dari RM261,000 - RM300,000 PPA1M - Presint 17    PPA1M - Presint 11 PPA1M - Presint 5 1000 kaki persegi   1200 kaki persegi 1500 kaki persegi Borang permohonan dan keterangan lanjut boleh layari laman web www.ppj.gov.my Tari

BILA ISTERI TAK CANTIK (Pengakuan Seorang Isteri)

Copy Paste dari Facebook.. Komen Aku : Bersyukurlah dengan jodoh yang telah ditentukan oleh-Nya.. kenalah terima seadanya pasangan masing2 walaupun ada kekurangan mahupun kelebihan.. perlu ada toleransi dalam hubungan suami-isteri.. tapi kalau suami jenis cenggini.. tak tahu dek untung.. hi hi bye bye laaa.. ngabihkan boreh yo! Untuk renungan dan perhatian isteri-isteri dan bakal isteri... Buat iktibar kita semua dan para suami / lela ki, renung-renung kan lah... coretan dari hati seorang Muslimah: ****************************** ******************* Pembaca Semua, Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan-puan tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka, mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain. Barangkali suami puan-puan tidak begitu, tapi in

Blog aku di fb RFC

Image
Baru2 ni aku google blog sendiri.. huhuhuhu.. nak tahu sejauh mana capaian ke atas blog aku.. memang ada gaklah search engine, blogger yang letak link ke blog aku ni.. dan aku ternampak satu link ke fb.. Alamak.. malunya aku.. aku ni bukannya glamer mana pun.. tiba2 admin fb RFC share link blog aku berkenaan n3 aku mengenai RFC yang baru dibuka di Bangi.. huhuhuhu.. kalau tak silap aku.. masa tu aku memang off kan setting blog aku supaya tak keluar kat search engine..   tq pada pihak admin RFC.. n3 yg biasa2 tu ada jugaks yg prihatin nak baca..

Telekung kanak-kanak ~ Special for Amiera

Image
Since Amiera sekolah.. dah 4 pasang telekung aku beli.. hanya 2 pasang yg masih ada dalam simpanan.. satu yg diguna di rumah.. satu lagi memang dah tak boleh pakai sebab dah kecik.. yang 2 lagi dah hilang entah ke mana.. nasib baik telekung yg hilang tu tidaklah mahal harganya.. takde lah rasa terkilan kalau hilang.. Telekung terakhir yang hilang di sekolah agama memang sebijik sejibon ngan beberapa orang budak lain.. walaupun dah di tulis nama.. tapi ntahlah.. bila aku tanya Amiera.. memang bleh gaduh mulut lah jawabnya.. lain yg aku tanya.. lain yg dijawab.. grrrrrr...   ghopa telekung terkini yang hilang.. pic kredit to mudah.my So, kesian bila Amiera komplen takde telekung.. susah nak solat.. gigihlah mama cari kat cik google.. bukan tak nak beli hat biasa2 di kedai.. tapi telekung jenis tu ramai budak yg pakai.. so, terjumpa lah koleksi telekung kanak2 Eiman yang pernah aku beli satu masa dulu.. boleh baca n3 kat sini .. kedai tu masih aktif lagi menjual telekung.. alhamd

Subway vs Burger Bakar Abg Burn

Image
Salam tengahari.. Dah lunch?? sesapa yg belum lunch tu.. blehlah kalau nak mencuba.. Topik kali ni berkaitan dengan roti yang dipelbagaikan.. itu pun kebetulan aku makan buat kali pertama.. huhuhuhuhu... orang lain dah lama makan.. aku baru sibuk2 nak makan.. huhhuhhuu.. maklumlah aku ni bukannya jenis pemakan dan bukannya suka mencuba sesuatu yang baru.. bila dah kecoh2 baru aku berani nak mencuba... hehehhehe... Subway - memang dah lama famous.. dan since tahun lepas kalau tak silap aku dah ada kat Alamanda.. tapi masih tak berani nak mencuba.. baru2 ni gi Alamanda ngan member2 opis.. so, dah tak tau nak makan apa.. kebetulan pulaks sit banyak kosong kat Subway.. pergi jerlah beratur.. sekali alamak.. byk pulaks pilihan roti.. sib baik ada sorang girl yg beratur depan kami ni dah pernah makan.. so, tanyalah itu ini dengan dia.. takdelah nanti kekok nak mengordernya.. jenis2 roti yg anda boleh pilih..   pic kredit to www.damansarauptown.com   menu yg aku pilih.. roas

Ketip Korea vs Kunci Jakarta

Image
Baru2 ni opismate aku pi Korea dan sorang lagi opismate pi Jakarta.. honeymoon kali ke tak tahu... huhuhuu.. wallaaaa... bestnya.. jelesnya... nak itutttttttt.. bilalah aku sefamily dapat round the world.. bilalah nak dapat durian runtuh yang ribu riban.. huhuhuhuhu... lucky draw pun susah nak dapat.. ini kan pulaks nak durian runtuh!! haru... So, hat2 yang tak pi ni dapatlah gift comey..   so cute.. bertambahlah koleksi dalam handbag aku.. lalallalala.... tq Yan..   bertambahlah hiasan cute mute di dinding partition aku.. lalallalala... tq Ima..

Celebrate besday mak..

Image
Alhamdulillah.. Semalam.. dapat jugaks kami 3 beradik berkumpul utk meraikan ulang tahun kelahiran mak kami.. adik sorang lagi tak dapat balik..duk jauh nun di Perak.. Planning ni kami dah rancang hari Selasa lepas.. asalnya aku jerk balik nak raikan.. bila aku tag adik beradik kat fb ttg besday mak.. bila aku ajak diorang balik sekali.. alhamdulillah.. masing2 berbesar hati nak sambut sama2.. baguih jugaks yer fb ni.. dapat merapatkan lagi hubungan adik2 yg suam2 kuku ni.. huhuuuhu.. kami ni memang jarang berkumpul kecuali raya.. So, bila aku sampai rumah mak aku semalam.. mak aku pun cakap.. abang aku pun nak balik katanya.. aku dok diam2 jerk.. tak nak komen sangat.. huhuhuhu.. konon2 tak nak kasi tau ler yg kami dah pakat.. bila abang ngan adik tak sampai2.. aku jadi resah.. perut dah lapar weii... akhirnya bocor jugaks rahsia.. hehehhehe.. mak aku terkejut bila aku cakap kami dah pakat nak balik.. mesti my mom seronok sangat2 bila anak2 berkumpul utk sambut besday dia.. aba