Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Celebrate besday mak..


Alhamdulillah..

Semalam.. dapat jugaks kami 3 beradik berkumpul utk meraikan ulang tahun kelahiran mak kami.. adik sorang lagi tak dapat balik..duk jauh nun di Perak..

Planning ni kami dah rancang hari Selasa lepas.. asalnya aku jerk balik nak raikan.. bila aku tag adik beradik kat fb ttg besday mak.. bila aku ajak diorang balik sekali.. alhamdulillah.. masing2 berbesar hati nak sambut sama2.. baguih jugaks yer fb ni.. dapat merapatkan lagi hubungan adik2 yg suam2 kuku ni.. huhuuuhu.. kami ni memang jarang berkumpul kecuali raya..

So, bila aku sampai rumah mak aku semalam.. mak aku pun cakap.. abang aku pun nak balik katanya.. aku dok diam2 jerk.. tak nak komen sangat.. huhuhuhu.. konon2 tak nak kasi tau ler yg kami dah pakat.. bila abang ngan adik tak sampai2.. aku jadi resah.. perut dah lapar weii... akhirnya bocor jugaks rahsia.. hehehhehe.. mak aku terkejut bila aku cakap kami dah pakat nak balik.. mesti my mom seronok sangat2 bila anak2 berkumpul utk sambut besday dia.. abah aku pun sama..


hidangan yg serba ringkas..

birthday cake.. mini red velvet.. tempah kat mummyzarascottage

  
haaa... cer tengok red velvet ni.. tangkap leleh.. dia punya creamcheese.. mabeles..

aiskrim Oreo.. homemade.. sapa2 mau order boleh tempah.. huhuhuhu.. takde makna ok!! korang buatlah sendiri.. sonang yo..

berphoto ngan cucu2 dulu.. Fateh tak mau pulaks.. apa ke hei pun aku tak tau..

aittt.. comey pulaks gambar ni.. masing2 buat aksi tinjau2.. awat Zarith tegak jer tu..

cucu2 suap nenek kek yer.. masing2 sopan bertangan kanan..

alollolo.. so sweet.. tapi awat guna tangan kiri kakak.. aduiiiii...

Jamuan kecil2an ni pada aku amat bermakna.. ni first time ok kami berkumpul semata2 nak sambut besday mak.. macam family bermasalah pulaks aku ni kan.. tidak.. kami tidak bermasalah.. cuma kami kurang mesra.. ker aku sorang jerk perasan sendiri.. huhuhuhuhu... utk menambahkan kemesraan.. nak tak nak kena ada someone yg tolong gerakkan..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah