Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Cop Mohor CIC

Assalamualaikum...

Actually.. dah lama aku nak bercerita tentang kesan pembelajaran Fateh di CIC.. tapi nan ado mood nak mengarang ayat..

Hari ni dah nak ke penghujung April.. means.. Fateh dah 4 bulan berada di CIC.. alhamdulillah.. walaupun tidak banyak tetapi sekurang2nya ada perubahan dan peningkatan dari segi percakapan dan pembelajaran..

Apa yang boleh aku rumuskan adalah berdasarkan kepada perubahan yang aku nampak pada Fateh yer..

Dari segi pertuturan.. alhamdulillah.. so far dah kurang pelatnya.. kalau dia nak mintak sesuatu pun dah pandai menggunakan ayat yang penuh.. cth : 'Mama.. Fateh nak susu boleh?'.. 'Mama.. Fateh nak main game boleh?'.. 'Mama.. Fateh nak makan burger.. '.. 'Mama.. Fateh nak tengok wayang..'..  dah tak dengar lagi ayat2 pelat dia spt.. 'Nak cucu..'.. 'nak empon'.. 'nak ayang'.. kadang2 apak eh pun susah nak faham apa yg dia cakap.. hanya aku jerk yg tau apa yg dia maksudkan..

Dari segi pembelajaran pulaks.. dia dah mula mengenal warna.. huruf dan abjad.. walaupun tidak semua dia ingat.. kadang2 bila dengar azan.. dia pun sibuk nak mengazan sekali.. alhamdulillah..

Dari segi penulisan pulaks.. Fateh masih kekok.. mana yg senang tu bolehlah dia tulis tanpa ada tulisan dot..dot..dot.. tapi Fateh minat sungguh mewarna.. dia suka menggunakan pelbagai warna dalam lukisan.. walaupun pada dasarnya sangatlah tak logik warna dan lukisan tu.. kui3..

Dan.. sejak seminggu dua ni adalah perubahan sket bila dia nak sekolah.. itu apa yg en hubby bagitau.. nak bangun dan mandi pun agak senang sket.. mungkin dah terbiasa.. dan dia dah tak nanges bila sampai sekolah.. siap lambai2 lagi.. alhamdulillah.. hopefully sampai bila2 dia tak nanges..

Kami juga dah tak bekalkan botol susu dan pampers ke sekolah.. alhamdulillah cikgu dah train dia (kes takut ngan cikgu ler tue..) walaupun kat rumah ngendeng2 nak susu dalam botol.. grrrrrrr...

Actually.. aku lebih suka kalau cikgu tu garang.. biar bertegas dalam mendidik anak2 ni.. tetapi kadang2 perlu juga amalkan cara berhemah.. takde lah bengis memanjang.. kadang2 perlu juga slow talk dan ambil hati budak2 ni.. aku nak cakap lebih2 pun bukannya aku pakar.. cikgu2 tu pun dah pi training.. diorang lagi expert dari aku.. tapi apa yg aku nampak.. tahap kesabaran setiap cikgu tu amat penting dalam mendidik budak2 ni.. aku pun tak boleh jadi sesabar diorang.. nak kena pi kursus mengawal emosi ni.. huhuhuu..

Oklah.. berbalik pada tajuk kali ni.. cop mohor.. cop mohor??? apa tu?? CIC ada cop mohor.. suka2 aku jerk kan.. actually.. setiap hari aku selalu nampak ada saja cop kat tangan Fateh.. bila en hubby tanya cikgu.. kata diorang itu tanda budak2 tu buat baik.. siap keje sekolah.. sebagai satu penghargaan kepada budak2 lah lebih kurang.. kebiasaannya selalu dapat cop gambar kartun budak2..

hat ni dapat cop bunga..

dapat cop Batman tu.. punyalah suka dia..

Overall.. pada aku berbaloilah jugaks hantar ke CIC ni.. walaupun kos agak mahal.. tapi yerlah kan.. kalau mampu tak salah untuk dapatkan yg terbaik utk anak2.. bukannya nak menidakkan tadika2 yg lain.. sebab Amiera dulupun aku hantar ke tadika biasa2 saja... sebab masa tu aku tak berapa nak tau akan kewujudan tadika islamic macam CIC ni.. kurang berkemampuan pun ya.. tapi masih boleh pun menulis membaca mengira.. cuma kaedah dan teknik pembelajaran setiap tadika tu berbeza.. masing2 ada keistimewaannya.. tapi terus terang aku cakap.. kalau dapat aku undurkan masa yg lalu.. nak jugaks aku hantar Amiera ke CIC atau tadika Islamic macam Brainybunch (mahallah puloks!)..

Dan sebab itulah aku sanggup sekolahkan Amiera petang2 (KAFA) kat sekolah agama swasta.. sebab aku nak dia jugak dapat yang terbaik utk masa depan dia..

Semoga Allah memberkati niat kami dan memberi rezeki melimpah ruah utk dapatkan pendidikan yg terbaik utk anak2.. aminnnn...

Comments

syalinda johari said…
kikiki..cop mohor kat tangan tuu...tadika anak kami, cikgu cop kat buku ja...kakaka.. pastu asal balik umah, nak tunjuk cop tu dulu...
brainy brunch tu memang mahal sket kan kak iena...huhuhu ..tp CIC tu pun macam seangkatan Brainy Brunch tu jugak dah

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah