Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Kampungku..

Masa aku balik umah mak aku tempohari.. adik aku mintak album gambar kat mak aku.. tiba2 aku terpandang sekeping gambar yang sangat menggamit kenangan.. kenangan pahit manis sewaktu aku kecil.. hidup dalam kesusahan.. muka comot sana sini.. hanya bertemankan pokok2, haiwan peliharaan dan tanah serta unggas2 di rimba.. ceh3...

Walau bagaimana pun.. aku bangga dan bersyukur.. kerana bukan semua orang boleh mengalami apa yang aku lalui.. membantu arwah nenek dan makcik mencari pucuk paku, cendawan kukur dan rebung di hutan.. membantu arwah nenek bercucuk tanam.. meneman arwah pakcik menghambat lembu dan kambing pulang.. bermain di bawah rimbunan pokok ubi kayu.. memetik cili padi yang ranum.. memanjat pokok.. menunggu buah durian yg tak jatuh2.. bangun2 pagi mencium bau wangi bunga durian.. menangkap pepatung di tepian parit.. mandi sungai.. menimba air perigi dan mandi awal2 pagi.. perghh sejuk.. mengharungi air tika banjir.. bermain masak2 di tepian hutan.. bermain pondok2 di pondok buatan.. berpanas berhujan.. kejar mengejar di laman rumah tika hujan turun dengan lebatnya... berjalan kaki sejauh hampir 2km untuk ke sekolah.. terima kasih atas orang2 kampung yang sudi menumpangkan aku ketika pergi dan pulang ke sekolah.. kenangan pahit manis yang tak boleh dibayar dengan wang ringgit! ko ado?? tetiba.. walaupun kami hidup susah.. tak semewah anak2 lain pada tika itu.. tapi kami tak pernah berlapar.. kerana berkat kederat arwah nenek bercucuk tanam.. itulah sumber rezeki kami.. alhamdulillah..

Dan yang paling aku ingat walaupun masa tu aku belum sekolah lagi.. aku kena patuk dan cakar dek ayam betina.. cehhh!! tak guna punya ayam.. mentang2 ler aku pakai baju bintik2 macam rupa dia.. ko ingat aku nak tiru ko ke?? ek elehh.. ayam pun pandai jeles!!  masa tu aku tengah main2 tanah.. duduk ala2 mencangkung.. sekali ko!! dia terbang kat aku.. wachaaaaaaa.. keluar silat ayam dia.. caittttt.. habis muka dan baju aku... huhuhuhuuu.. teruk ok kena belasah ngan ayam!! haahahahhahahhaha.. siyes kisah benar ok!! aku tak tipu..

Pengalaman mendewasakan aku.. walaupun aku ni bukannya jenis independent.. Allah sentiasa membantu insan2 lemah dan anak2 yatim.. berkat rahmatNya.. aku berada di sini.. walaupun tidaklah gah mana tapi cukuplah untuk aku membahagiakan anak2 aku.. InsyaAllah..

 di sinilah.. aku dilahir dan dibesarkan.. hanya sebuah rumah di tengah2 hutan.. jiran nun jauh di seberang sungai.. di tangga itu jugaks aku terbaring kepenatan semasa puasa.. huhuhuu.. di bawah rumah itulah tempat aku bermain dengan binatang di dalam tanah.. di laman itulah aku bermain konda kondi.. badminton.. dan paling tak best kena sapu sampah!.. arghhh.. kenangan.. memang sukar utk padam dalam ingatan aku ni..

Comments

syalinda johari said…
kerana kesusahan dulu dan ketabahan dulu yang menjadikan kita berjaya dan tabah seperti hari ni...

sukanyaaaa duduk kat kampung...cendawan kukur tu kalo org utara panggey kulat sisir..sedapnyaaaaa..

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah