Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Perkongsian Ilmu : Transplantation

Copy paste dari email yang aku dapat..

Assalamualaikum / salam sejahtera, 

Untuk makluman, Kementerian Kesihatan telah berjaya mendapatkan kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, pada tahun 2012 agar penderma organ dan sel stem darah (termasuk sum-sum tulang) diberikan kemudahan wad kelas pertama serta pengecualian bil hospital seumur hidup. Kad pengesahan akan dibekalkan kepada penderma yang layak.  

Bagi penderma kadaverik (yang telah meninggal dunia), bayaran bil hospital untuk kemasukan wad juga dikecualikan dan ahli keluarga si mati tidak perlu membuat sebarang bayaran yang berkaitan dengan rawatan si mati. 

Satu surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan telah dikeluarkan bagi memperincikan tatacara pelaksanaan dasar ini [sila klik]

Surat kelulusan Dasar oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan telah dimaklumkan sebelum ini [sila klik]

Sekian dimaklumkan, terima kasih.  
--
Dr Hirman Ismail MD (UKM) MPH (Nottingham)
MMC no. 41909
Special Officer to the Director General of Health Malaysia
Head of Transplantation Unit, Medical Development Division 

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah