Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Tahniah vs Takziah

Assalamualaikum..

Dah sarapan semua.. aku baru nak sarap.. makan nasi lemak 50 sen (nasi lemak bungkus) tapi harga rm1.50.. faham2lah yerk.. dahlah ciput jerk nasinya tapi harga umakaiiiiii... nasib baik kena pada tekak aku.. kalau tak maun jerk aku komplen.. tetiba jumpa daun kari.. waaaa.. resepi baru ni.. nasi lemak daun kari.. hehhehehe.. kos sara hidup kat Putrajaya ni memang mahal.. sarapan jerk paling murah pun rm3.. tu belum lunch lagi..

Topik pagi ni berkisar tentang tahniah dan takziah..


Tahniah buat pemenang2 ABPH semalam.. seronok dengar lagu2 nostalgia berkumandang.. nak2 pulaks lagu Apo Kono Eh Jang versi asal berkumandang di awal persembahan.. lagu den ni... teringat den masa kocik2 dulu.. masuk pulaks dengan lagu2 era 90-an.. zaman aku sekolah menengah dan lepas SPM... Ukays, Umbrella, Damasutra.. best3.. semua kat stadium sama2 nyanyi.. betapa kuatnya lagi pengaruh lagu2 lama.. memang best.. suara penyanyinya masih power walaupun dah berusia.. kelakar pulaks bila nengok che wan yg checkchi tu.. bersungguh2 dia nyanyi... taulah lagu2 tu top masa zaman dia muda mudi dulu... kamera tak putus2 pi dok hala kat dia.. huhuhuuu... hat paling kelakar gilos.. bila si Johan buat lawak.. melakonkan semula gaya 'penyanyi asal' lagu Sayang yg famous kat youtube... hahhahahahha.. Johan..
Johan..

****************************************************************************


Takziah buat abang Abil.. menitik air mata aku pagi2 ni bila baca n3 terkini abang Abil tentang pemergian arwah... sob..sob..sob... akhirnya kak Gee pergi mengadap Ilahi.. semoga arwah tenang di sana.. semoga abang Abil tabah mengharungi liku2 kehidupan tanpa arwah di sisi.. aku tak dapat nak komen kat blog sebab dah kena block.. grrrrrrr.. apa pun tak boleh!

Uols yg tak tau.. boleh baca kisah perjalanan hidup pasangan suami isteri yg sungguh romantis ni dan pengorbanan seorang suami yg penuh kesabaran khusus untuk isteri tersayang... juga tip2 yg boleh dijadikan panduan.. Warkah Buat Isteri... hat pompuan2.. jangan lupa sediakan tisu banyak2 kalau uols seorang yang berjiwa halus..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah