Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Telekung kanak-kanak ~ Special for Amiera

Since Amiera sekolah.. dah 4 pasang telekung aku beli.. hanya 2 pasang yg masih ada dalam simpanan.. satu yg diguna di rumah.. satu lagi memang dah tak boleh pakai sebab dah kecik.. yang 2 lagi dah hilang entah ke mana.. nasib baik telekung yg hilang tu tidaklah mahal harganya.. takde lah rasa terkilan kalau hilang..

Telekung terakhir yang hilang di sekolah agama memang sebijik sejibon ngan beberapa orang budak lain.. walaupun dah di tulis nama.. tapi ntahlah.. bila aku tanya Amiera.. memang bleh gaduh mulut lah jawabnya.. lain yg aku tanya.. lain yg dijawab.. grrrrrr...
ghopa telekung terkini yang hilang.. pic kredit to mudah.my

So, kesian bila Amiera komplen takde telekung.. susah nak solat.. gigihlah mama cari kat cik google.. bukan tak nak beli hat biasa2 di kedai.. tapi telekung jenis tu ramai budak yg pakai.. so, terjumpa lah koleksi telekung kanak2 Eiman yang pernah aku beli satu masa dulu.. boleh baca n3 kat sini.. kedai tu masih aktif lagi menjual telekung.. alhamdulillah.. senang kerja aku.. utk info.. telekung ni dijahit sendiri yer.. jahitan di muka memang sesuai utk kanak2.. tang pinggang kain pun ada getah... senang budak2 terus sarung jerk.. kualiti kain cotton telekung ni pada aku selesa.. kaler pun menarik..

Plan aku.. bila dah beli telekung baru ni.. telekung hat lama tu bawak pi sekolah.. walaupun dah 2 tahun usia telekung tu.. tapi masih ok tau sebab kaler dia tetap tak berubah.. cuma singkat sket jerk.. hat yg baru beli ni pakai kat rumah.. ada hikmahnya telekung kat sekolah tu hilang.. sekurang2nya Amiera ada telekung baru yang sesuai dengan ketinggian dia..

corak Pink Butterfly.. size L.. rm89.. bleh dapat diskaun kalau regular customer ok.. so, kalau uols berminat nak bagi hadiah kat anak2.. blehlah beli koleksi Eiman ni..

telekung hat lama.. bik kurang jerk kan.. cuma hat ni kaler soft-PINK.. masa ni ambik saiz M dengan harga rm75.. sekarang harga dah up sket yer.. corak ni pun dah takde rasanya..

Dan.. Jumaat lepas.. Amiera bawak balik telekung dia yang hilang tu.. 2 pasang yg hilang tu dah dijumpai semula.. mungkin ada budak yang terambil.. cuma sepasang tu kain dia dah yilek pocik.. tak kisahlah sebab telekung tu pun dah lama dan singkat.. hat yg ok tu aku basuh balik dah simpan dalam kereta sebagai telekung jalan.. alhamdulillah...

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah