Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Ubek ~ Dr Please

Sejak usia dah meningkat ni.. adalah timbul kesedaran tentang kesihatan.. nak mengekalkan keremajaan kulit pun ya.. konon nak awets mude.. huhuhuu.. tapi aku confuse.. ditambah pula dengan macam2 jenis produk kesihatan di pasaran..

Mula2 beli tu memang excited nak makan.. bila dah tinggal suku tu mulalah aku merundum balik.. hehehhee.. susah nak displinkan diri.. dan pulaks.. bila dah terlampau banyak sangat ubat2 dan produk2 ni.. sampai aku tak tau yg mana satu aku perlu makan.. yerlah kalau dah dalam prosedur kat label suh makan waktu pagi atau lepas breakfast.. mampuih! takkan nak kena telan semua?? boleh ke perut aku ni nak terima semua tu?? tu belum nak kena telan air kosong lagi.. rasa perut aku dah muncit makan macam2 ni.. adeh..dehh..aduiiiii... kang tak pasal2 mati sebab terlebih ubat! oh nooooo..

hat yg ada kat opis.. tu belum yg ada kat rumah.. memang tak mampu aku nak telan everyday!

apa yg ada kat rumah??

hat ni tinggal suku jerk.. opismate aku yg hadiahkan taun lepas.. tu pun suam2 kuku aku nak kasi perabih! hehehe..

ni memang sedap.. tapi pun susah aku nak perabihkan.. masih tinggal suku jerk lagi..  buat masa ni aku stop sekejap.. nanti2 kalau rajin aku sambung makan balik.. hehehhe...
hat ni pun ada.. masih banyak lagi.. tapi makannya huhuhuhuhu.. sebulan sekali kot.. kui3..

dan hat famous sekarang ni.. orang membeli aku pun sibuk membeli..

pinjam gambar dari ceritera-sicasha.blogspot.com.. ni pun aku beli hat yg dah siap rebus.. konon2 nak menerai.. lagi tinggal sket jerk lagi.. tu pun jenuh aku nak habiskan.. nak beli lagi tu wallahualam bissawab..

So, kepada pakar2 yg arif atau yg berpengalaman tentang isu yang aku bangkitkan ni.. bleh dak share sket ngan aku.. apa yg terbaik utk dimakan untuk mendapatkan kesihatan yang optimum.. kot2 ada lain2 produk yang boleh di share.. tq so much..

Comments

syalinda johari said…
kak iena, jus delima Gursan tu, kami try jugak.. cer try EPO, pastu Vit C, dan juga VCO(virgin coconut oil) ...kekekeke..
sekarang ni memang tersangat banyak product2, lagi2 product untuk cantikkan kulit. tapi tak semua orang sesuai dengan product2 tuu..paling basic beli ubat2 dari farmasi/guardian.

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah