Berangan!

Assalamualaikum..

Apa itu berangan??

'Haa.. takdo kojo lain.. berangan ek kojo kau.. '.. sergah mak Jeman..

- Di sini perkataan berangan menjerumus kepada seseorang yang suka berkhayal untuk memiliki / mendapatkan sesuatu yang belum pasti akan diperolehi... tapi ada bagusnya bila kita berangan ni.. dari berangan lah kita akan memotivasi diri untuk mencapai apa yang kita angankan.. gud job pada yang suka berangan! tapi ingat.. jangan berangan sekadar di awang2an.. langsung tak kesampaian.. kena ada usaha, doa dan bertawakal.. insyaAllah..

Ni salah satu contoh orang yang suka berangan..

kui3.. kalau tahu dek Amiera.. maun jerk dia menjerit marahkan aku... huhuuhuu.. dah macam kepala patung yg pakai tudung pun yo ha...


T    E    T    A    P    I

Bukan ini yang aku maksudkan untuk topik hari ni..
(pls scroll down)













































































































































J E N G... J E N G... J E N G...


uols tau apa ni??

Yang dah tau.. duk ontok2 yo.. yang tak tau.. ni lah buah berangan.. kalau uols makan mesti jam2 tu jugaks nak berangan!! nak berangan ok lagi.. jangan berangin sudah!! hahahahhaha.. kang tak pasal2 angin kus2 datang menggelodak dalam perut mengeluarkan bom nuklear yang memang tak hengat dia punya bau!! hohohoho... mucuk aaaa... pastu buat bodo jerk tak nak ngaku!

Bila aku makan buah berangan ni.. teringat aku zaman sekolah rendah... masa balik sekolah mesti kutip buah berangan yang jatuh di tepi jalan... tapi buah tu kecik jerk.. buah berangan hutan lah katakan.. takdelah besar gedabak cam hat jual kat pasar malam tu.. sampai rumah bakar buah tu hidup2.. huhuuhhu.. pastu kopek.. kalau tak boleh jugaks ambik lesung ketuk!! pastu makan... sedap siot.. bau asap terbakar tu... syiokkkkk ooooo...

Masa zaman remaja.. susah sangat nak jumpa buah ni kannn... yg ada pun orang cina yang jual.. bau asap dia kuat.. macam bau ginseng.. tak lalu tokak den doh! aku tau yg orang cina tu jual adalah buah berangan lepas ada orang melayu yang meniaga..hmmm.. barulah berani nak membeli dan merasa.. sodap rupo eh! lomak2 manis gitew.. makan sekali.. nak lagi.. dan lagi.. dan lagi... hehehhehe... nikmat sambil kopek sambil masuk mulut! lalalallalallaa...

Walaupun rasa buah berangan tu sama.. tapi feeling tu tak sama... tersangatlah memorinya... andainya mampu kuputarkan waktu.. ingin kumenikmati semula zaman dulu dan akan ku semat jauh dilubuk kalbu... dah.. dah.. dah.. bersastera pulaks...


Aktiviti Cuti Sekolah

Assalamualaikum.. Salam pagi Isnin.. Cuti hari wesak tempohari.. abang aku bawak Amiera dan sepupu2 pi jalan2 sempena cuti sekolah.. asalnya nak ke Pahang.. tapi cancel sebab abang aku ada kursus masa cuti sekolah ni.. nasib baik tak jadi.. huhuhuhu.. risau ok Amiera berjauhan ngan aku.. So, malam sebelum pergi tu.. kami berkemas laa.. sambil mengemas sambil gaduh2 sayang ngan Amiera.. standardlah tu.. ada aja yg tak kena nya.. Selesai mengemas.. aku pi sidai baju.. masa tu dia hulurkan sekeping kad.. aitttt.. macam ku kenal kad ni.. memang dah lama dia buat kad ni.. dan masih aku ingat lagi.. katanya nak bagi aku baca masa hari wesak..
kreatip anak aku ni.. keje yg dia buat kat opis aku masa cuti hari mengundi dulu..

sodih tau baca surat ni.. huhuhuuhhu.. nanges2 aku dibuatnya..

So, esoknya.. seperti yang dijanjikan.. abang aku ambil diorang.. diorang stay rumah abang aku utk semalam.. so, kiranya percutian 2 hari 1 malam.. huhuhuhuh...

Program pada hari pertama.. mandi manda kat Wetland Shah Alam..

sib baik kami tak pernah pergi sini.. at least Amiera taklah bosan..

makan2 kat McD.. gambar dari fb my SIL..

program malam utk ke i-City tak jadi sebab hujan... huhuhuhhu...

Keesokannya pulaks.. diorang pi tengok wayang citer Epic.. sib baik ko.. plan asal aku memang nak tengok wayang ngan anak2 hari Khamis lepas.. tapi bila abang aku pesan dia nak bawak tengok wayang.. sah2 memang cerita yang sama.. so, cancel program kami anak beranak.. huhuhuu..


So, petang Sabtu.. kami semua jumpa di rumah my mom... punyalah seronok si Amiera pi jalan2 ngan pak long dia.. insyaAllah.. kalau ada rezeki lebih nanti pak long bawak lagi pi jalan2...


Percubaan Magic Meal Ayam Kicap Berempah Maggi

Assalamualaikum.. Kebetulan aku malas nak masak last week.. tak tau biler.. cari punya cari apa yg boleh dimasak.. teringat mak aku ada bagi sample perencah Maggi.. aku tak tau mana dia dapat sample ni.. ni resepi baru kottt... so gigihlah aku mencubanya...
tasty or not.. lets masak!

wah.. gempaknya ayem2 itew..

perencah dalam bentuk serbuk..

Caranya?

Uols just sediakan ayam ikut apa yg dicadangkan.. aku takdelah letak banyak pun.. agak2lah kan berapa orang yang nak makan.. 

Then potong bawang.. it depends pada citarasa masing2.. kalau suka makan bawang banyak2.. letak berbuku2 pun bukannya ada orang kisah!

Oh satu lagi.. masukkan 50ml air ok..

Lepas tu masukkan ke dalam plastik yang diorang sediakan.. jangan pulaks korang pi ambik plastik yang pi pasar tu.. macam2 bau ada.. huhuhhuu... itu dah kira resepi ciptaan sendiri.. kwang2.. dan akhir sekali ikat ler plastik tu .. kang tak pasal2 tumpah laks kan.. apa?? takde tali?? nak pakai riben.. agak2 laaa.. ko ingat nak buat hantaran ke?? pengikat tu pun diorang dah sediakan ok...

so, jadilah camni!

lepas tu korang masuk dalam periuk nasi.. tapi make sure dalam periuk tu ada isi.. jangan pulak kosong.. nanti terbakor ler.. tapi bukannya nasi yg dah siap masak.. beras ok.. beras.. macam korang nak masak nasi tu.. pastu letak jerk plastik tu kat tengah2 beras tu.. ok.. ader faham...  tunggu sampai nasi masak.. pastu biarkan dia dalam keadaan Warm selama ???... hahahahha.. aku tak ingat sampai berapa minit... korang baca jerk cara2 kat sample tu.. confirm jadik punya..

tadaaaaaa... dah siap.. pokat likat golap.. rasa??

Pada pendapat aku.. walaupun resepi ni semudah ABC.. tapi dari segi rasa.. kami tak berapa nak suker sangat sebab tak pedas.. rasa lebih kepada sos tiram jerk banyak.. memang tak bleh nak masuk ngan tekak aku yg somel ni.. kwang3...

oklah.. korang2 bleh lah try kat rumah bila time malas nak masak tu.. tapi kalau sedap.. alhamdulillah.. memang kena ngan tekak korang.. tapi kalau tak... sendiri mau ingat!! see ya!


Wordless Wednesday : Fareeda in d' gobox..


need more space?? ur just let go them??



Hasil Menabung Ver. 2

Kisah si Amiera.. bulan April aritu baru jerk dia beli mainan check-out hasil dia menabung setiap hari..

Selepas tu dia semakin rajin menyimpan.. baru sebulan setengah dah dapat rm100.. hmmm... aku pun tak tau camna dia menyimpan.. aku bagi dia sehari rm4.. nak kata dia tak berbelanja.. hari2 makan nasi/mee goreng.. beli buah bagai.. kadang2 beli burger.. tapi kat sekolah agama aku bekalkan roti siap2.. cuma aku dah pesan kalau nak beli apa2.. beli jerk.. tak yah nak nyimpan duit sangat..

Setelah genap rm100.. dia nak beli lagi mainan..asalnya dia nak mainan masak memasak.. tapi harga mahal nak mampos.. tak sesuai ok! lagipun aku dah pernah belikan mainan memasak masa birthday dia tahun lepas..

Last2 kami pergi kedai mainan kat kajang.. bila aku tunjuk buaian tu.. terus dia berkenan.. harga pun memang ngam2.. actually buaian tu dah ada orang booking tapi tak jadi.. rezeki ko ler Amiera..

tak sesuai sebenarnya ngan Amiera sebab ni buaian budak2 tadika.. huhuhuu.. dah dia nak jugaks nak wat camna.. layan jerlah.. kalau guna duit Mama or Papa.. sorry the morry nak belikan.. baik simpan duit dalam bank.. 

 si kecik ingat ni mainan dia.. huhuhuhu..

ni pulaks mainan si Fateh... asalnya aku nak beli sebagai hadiah birthday nanti.. tapi daripada dia request menda lain.. mainan yg ada gambar budak pompuan!! daripada dia menangis meraung dalam kedai tu sebab tak dapat hadiah!! nak tak nak beli jerlah.. sib baik murah lah jugaks.. separuh harga dari mainan akak eh..

muka blur sebab baru bangun tidur.. kepenatan gamaksnya..

mula2 excited ler..

nak2 pulaks bila drill tu macam real.. lagilah dia suka.. kejap2 buat aksi menembak.. aduiiii..


Majlis Aqiqah Twins..

Assalamualaikum..

Minggu ni agak kebzan sket.. ada training..so, masa rehat ni blehlah nak update sket..

Sabtu lepas.. kami ke Klang.. ada majlis Aqiqah & Cukur Jambul anak kembar sepupu en hubby..

Kami sampai agak lewat.. majlis nak habis dah pun.. tgk gambar yg sangat sweet ni ya..

huhuhu.. aku dah plan baik punya salah satu nama tu for future baby.. **verangan jerk aku ni kannnn...** ..takpe.. aku nak jugaks nama tu.. 

twins.. sama tapi tak serupa..

set buaian.. cam nak kawen laks.. but i like..

close up buaian..

fateh ni kannn.. mama babab kang.. cer serius sket..

blogger harus enteprem jugaks..


Blog Programmer

Semalam aku cuba buat blog programmer menggunakan blogspot.. sebab nak test untuk guna domain name hat opis punya.. aku design guna template free sajork.. nak design sendiri aku tak terror..

Tujuan blog ni nak menyimpan contoh2 coding sebagai rujukan kepada programmer baru mahupun sedia ada.. ikut kepada kreativiti post yang prog sini nak submit..

So, draf blog yang aku buat tu bukannya finalise laaa... lagipun aku guna username aku.. so, bila nak buat betul2 nanti.. kena create tapak baru menggunakan username lain.. guys.. sapa mau buat??




CIC Progress Report

Semalam dapat msg dari fb CIC.. laporan kemajuan Fateh dah dimasukkan ke dalam sistem..

Laporan ni utk bulan Jan - Feb.. agak lambat sket utk diorang upload ke sistem.. suppose bulan Mar/Apr.. itu pun aku dapat tau dari opismate.. bila aku check kat web still takde.. bila aku sms fb CIC baru diorang upload kan.. huhuhu.. hope next progress diorang upload sebelum parents request.. bukannya apa.. walaupun Fateh masih 4 tahun.. tapi sekurang2nya aku nak tau gaks macam mana keadaan dia di sekolah.. adakah boleh follow atau sebaliknya.. ni dah masuk bulan Mei.. memang nampak perubahan.. dah boleh kenal huruf bagai.. cuma membaca tu tak lah kan.. agak2 laa..


ada ruangan untuk parents monitor anak2 disediakan dalam web.. parents boleh semak prestasi anak2 etc..

ni pg depan progress Fateh.. ada 13 subjek yg dinilai.. overall.. markah 2-4.. oklah.. memang tak harap tinggi2 pun sebab dia belum cukup 4 tahun lagi.. huhuhu.. bila dapat markah 4 tu aiitt.. terkejut rasanya.. hope penilaian ni adalah apa yg sebenarnya Fateh boleh lakukan.. markah rendah takpe.. at least kita tahu setakat mana anak kita berada sekarang.. dan dari situ kita sebagai parents boleh cuba yang terbaik utk latih anak2..

Komen cikgu :

Muhammad Fateh Azfaris is in the process of learning to share and listen. He enjoys all classroom activities. But, he needs to put more effort in reading and writing. Keep it up, Muhammad Fateh Azfar!



Puisi ~ Wanita Neraka

Assalamualaikum.. Pejam celik pejam celik.. aku dah ada 24 koleksi puisi.. waaaaa... cam tak cayo yo haa... clap..clap.. clap.. untuk diri sendiri.. walaupun puisi2 aku ni takdelah sehebat sasterawan negara khannnnnnnnn... untuk melengkapkan Jubli Perak.. ni koleksi terbaru..




Senarai Barisan Kabinet Penggal 2013 - 2018

PERDANA MENTERI:
DATUK SERI MOHD. NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK (UMNO)

TIMBALAN PERDANA MENTERI:
TAN SRI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)

JABATAN PERDANA MENTERI:
MENTERI:
(1) DATUK SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM (UMNO)
(2) DATUK SERI ABDUL WAHID BIN OMAR (SENATOR -BERKUAT KUASA 5 JUN 2013)
(3) SENATOR DATUK SERI IDRIS JALA (SENATOR)
(4) TAN SRI JOSEPH KURUP (PBRS)
(5) DATUK SERI SHAHIDAN BIN KASSIM (UMNO)
(6) NANCY BINTI SHUKRI (PBB)
(7) DATUK JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN (PRS)
(8) DATUK PAUL LOW SENG KWAN (SENATOR)
TIMBALAN MENTERI:
(1) DATUK RAZALI BIN IBRAHIM (UMNO)
(2) WAYTHA MOORTHY PONNUSAMY (SENATOR)

KEMENTERIAN KEWANGAN:
(1) MENTERI KEWANGAN I: DATUK SERI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO)
(2) MENTERI KEWANGAN II: DATUK SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH (UMNO)
(3) TIMBALAN MENTERI: DATUK AHMAD BIN MASLAN (UMNO)

KEMENTERIAN PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI:
(1) MENTERI I: TAN SRI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)
(2) MENTERI II: DATUK SERI IDRIS BIN JUSOH (UMNO)
(3) TIMBALAN MENTERI I: DATUK MARY YAP KAIN CHING (PBS)
(4) TIMBALAN MENTERI II: P. KAMALANATHAN A/L P.PANCHANATHAN (MIC)

KEMENTERIAN PERTAHANAN:
(1) MENTERI : DATUK SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK ABDUL RAHIM BAKRI (UMNO)

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN:
(1) MENTERI : DATUK SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO) (MEMANGKU)
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK AB. AZIZ KAPRAWI (UMNO)

KEMENTERIAN DALAM NEGERI:
(1) MENTERI : DATUK SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK DR. WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR (PBB)

KEMENTERIAN KERJA RAYA:
(1) MENTERI : DATUK FADILLLAH YUSOF (PBB)
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK ROSNAH BINTI ABDUL RASHID SHIRLIN (UMNO)

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
(1) MENTERI : DATUK SERI MUSTAPA BIN MOHAMED (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : HAMIM BIN SAMURI (UMNO)

KEMENTERIAN LUAR NEGERI:
(1) MENTERI : DATUK SERI ANIFAH BIN AMAN (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK HAMZAH BIN ZAINUDDIN (UMNO)

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN:
(1) MENTERI : DATUK HASAN BIN MALEK (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK AHMAD BASHAH BIN MD. HANIPAH (SENATOR) (UMNO)

KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA:
(1) MENTERI : DATUK SERI AHMAD SHABERY BIN CHEEK (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK JAILANI BIN JOHARI (UMNO)

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA:
(1) MENTERI : DATUK RICHARD RIOT ANAK JAEM (SUPP)
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK ISMAIL BIN ABD. MUTTALIB (UMNO)

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
(1) MENTERI : DATUK SERI SHAFIE BIN APDAL (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI (PBB)

KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
(1) MENTERI : DATUK ABDUL RAHMAN BIN DAHLAN (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK HALIMAH BINTI MOHD SADDIQUE (UMNO)

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN:
(1) MENTERI : KHAIRY JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK SARAVANAN A/L MURUGAN (MIC)

KEMENTERIAN KESIHATAN:
(1) MENTERI : DATUK SERI SUBRAMANIAM (MIC)
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK SERI HILMI BIN YAHAYA (UMNO)

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN:
(1) MENTERI : DATUK SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK DR. LOGA BALA MOHAN A/L JAGANATHAN (SENATOR)

KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI:
(1) MENTERI : DATUK SERI DOUGLAS UGGAH EMBAS (PBB)
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK NORIAH BINTI KASNON (UMNO)

KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
(1) MENTERI : DATUK DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI (PBS)
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK SERI MAHDZIR BIN KHALID (UMNO)

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
(1) MENTERI : DATUK SERI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN (UMNO)

KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN:
(1) MENTERI : DATUK SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK JOSEPH SALANG ANAK GANDUM (PRS)

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI:
(1) MENTERI : DATUK DR. EWON EBIN (UPKO)
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK DR. ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH (UMNO)

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
(1) MENTERI : DATUK SERI G. PALANIVEL (MIC)
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK DR. JAMES DAWOS MAMIT (PBB)

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
(1) MENTERI : DATUK ROHANI BINTI ABDUL KARIM (PBB)
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK AZIZAH BINTI MOHD. DUN (UMNO)


Sumber : Utusan Malaysia


JJCM : Projek Ber-6 @ Warung Bunian

Alhamdulillah..

Lunch tadi kami ber-6 pergi ke Restoran Bunian aka Restoran Tapak Sulaiman di area Sg Merab Kajang.. spesifik tempat Kampung Desa Putra.. tq Mrs.K atas info.. restoran yang dah famous dan pernah keluar JJCM..


Nak makan kat sini kena buat tempahan awal2 ya adik2.. kakak2.. abang2.. tak bleh nak walk-in.. nanti takde tempat dan 'lauk dah habis kak/bang' bakal didengar.. so, call dulu kay..

 SILA CONTACT ALANG @ 017-3812246
WAKTU OPERASI : 
  • CUTI UMUM LUNCH OFF
  • BREAKFAST : 7.00 am - 10.00 am
  • LUNCH  : 12.30 pm - 2.30 pm / selagi makanan masih ada

Perjalanan kami yang berpengkalan di Kompleks Pejabat Kerajaan Putrajaya ni memakan masa tak sampai 10 minit.. dokek yo!



Minggu Exam & Doa untuk Anak

Assalamualaikum..

Sekolah agama Amiera dah start exam semalam..

Sabtu, Ahad dan hari2 sehingga habis exam adalah hari aku dan Amiera bergaduh.. kwang3.. bukan senang ok nak ajar anak sendiri ni.. nak2 pulaks bila aku suh dia hafal.. haaa.. cabaran ok.. cabaran.. kadang2 bukan Amiera yang hafal.. aku yang hafal.. huhuhhu.. anak yg nak ambik exam ke maknya ni.. aduiiii.. tensi ok! tapi tension2 pun aku tetap ngadap dia.. buat2 merajuk pun ada... hahahhahaha.. ni semua gara2 nak suh dia faham dan ingat..

Alhamdulillah.. semalam dah lepas subjek Tajwid dan Feqah.. tak tau camna resultnya.. harap2 lulus cemerlang lahh.. risau beb.. dan malam semalam sampai kul 11 kami buat bising dalam bilik.. kelakar ok! kejap2 nak minum airlah.. kejap2 nak pi toilet laa.. ada jerk alasannya.. aku yang dari awal duk dalam bilik tak gerak2 bleh naik angin ok! mula2 baca sket subjek Tauhid (exam hari Rabu ni).. pastu baru ulang balik Akhlak dan Bahasa Arab yang dah dibaca hari Ahad lepas.. tu pun dia dah ingat2 lupa.. haaa.. tu pentingnya buat revision.. ecehcehceh.. cikgu Mama dah membebel ni..


Setakat Akhlak tu bolehlah lagi.. mana ayat2 yang Amiera tak faham.. aku akan kaitkan dengan kehidupan dia samada kat sekolah atau dirumah.. contoh topik Menepati Janji.. so, bila aku bagi contoh antara dia dan kawan.. cerita pulaks pasal aiskrim.. bila aku asyik bagi contoh pasal aiskrim.. boleh dia membebel kat aku balik... 'mama ni.. asyik aiskrim jer!'.. mulalah aku hangen... 'dah itu yang senang nak bagi mira faham.. '.. tersengeh2 dia.. aku bagi contoh hat kompleks kang tak pasai2 masuk telinga kanan keluar telinga kiri.. bila masuk jerk subjek BArab.. berbelit2 lidah aku nak menyebutnya.. aku nak menghafal sekali mintak mahaplah.. mak tengok buku.. si anak terkulat2 nak menghafal.. hahahhaha.. nasiblah ko Amiera..

Dan semalam jugaks.. aku diberitahu yg sekolah kebangsaan pun ada exam.. aitttt.. dalam fb sekolah takde pulaks keluar jadual exam.. yg ada hanya utk Tahun 4 - 6 sajork.. haiiiiii.. so, memang tak boleh nak ajarlah sebab tak tau jadual.. aku memang tak faham konsep baru KSSR ni.. ada sesetengah sekolah masih amalkan peperiksaan dan ada sebaliknya.. tapi aku lebih prefer yg ada exam.. kita boleh tau keupayaan anak2 kita..

Apapun.. semoga Amiera dapat menjawab soalan exam dengan jayanya.. semoga Amiera sentiasa tenang dan dapat berfikir sebaik2nya semasa menjawab exam.. InsyaAllah..

Dan sebagai ibu bapa.. selain dari usaha kita membantu anak2 utk menghadapi exam.. lets do this.. InsyaAllah..




Aminnn... aminnnn.. ya rabbal alamin...


Bila Fateh main game..

Fateh ni memang pantang kalau kakak dia melekat depan PC.. dia pun sibuk jerk nak ngadap.. ngadap apa lagi.. main game laaa... haaaii.. anak teruna ni.. kalau kakak dia tengah main.. dia dok ngendeng2 tengok.. akak dia berbesar hati adik dok sebelah.. tapi kalau time dia tengah main.. haaa.. dihalau akak dia.. tak boleh duk sebelah.. tension akak dia.. bila tak reti nak tekan sana sini.. tau pulaks sibuk cari akak dia.. kalau tak layan.. hmmm.. satu apartment leh dengar suara dia.. huhuhuhuhu...

tangan tak lepas tu pegang keyboard.. macam pro!


Wallet Amiera

Jumaat lepas..

Jalan2 kat bawah opis aku ni.. ada jualan2.. ternampak orang jual wallet ngan handbag.. tiba2 teringat kat Amiera.. dia kan tengah hobi mengumpul duit.. ntah nak buat apa pun aku tak tau.. nak beli checkout dah dapat dah.. tak kisahlah.. yang penting niat dia nak menabung tu ada.. biar dia pandai berjimat cermat dalam berbelanja.. jangan jadi cam omak eh yang pemboros ni..

Kisah dia menabung ni.. dia simpan duit2 dia tu bukan dalam tabung ok.. tabung2 dah penuh ngan duit syiling.. diam2 dia ambik wallet lama aku.. kat situlah dia simpan duit2 dia.. sian pulaks aku nengok.. dahlah wallet tu besar.. lebam2 laks tu.. tak sesuwaiiii ok...

zaman bila punya wallet pun aku tak tau..

So, aku belikan lah yang kecik sket.. sesuai ngan orangnya..

boleh pulaks dia kata takut tengok wallet ni.. sabar jerlah..


Selamat Hari Ibu

Assalamualaikum..

Terlebih dahulu aku nak ucapkan selamat hari ibu kepada semua wanita yang bergelar ibu.. jasa dan pengorbanan anda semua untuk keluarga tersayang tidak ternilai harganya.. semoga Allah merahmati dan memberikan kita semua kekuatan selama kita bergelar ibu/umi/mak/mama/mummy/bonda atau apa sahaja gelaran..


Ya.. aku memang tak pernah menyambutnya.. aku cuma tau bila ada iklan jual product or present sempena hari ibu kat internet.. aku memang tak tau bila exactly tarikh hari ibu.. yang aku ingat.. 16 Mei adalah hari guru.. huhuuuhu..

Dan satu kejutan buat aku.. memang aku tak aspect pun.. yer laaa.. sebab aku tak pernah celebrate kan.. so, memang tak ambik kisah pun..

Kisahnya petang Jumaat lepas.. aku balik2 jerk.. tengok atas meja ada bunga plastik.. bunga kat pasu aku tu.. pesal pulaks duk atas meja ni.. sapa pulaks yg main ni.. tengok dekat2.. lor ada kad rupanya.. kad apa pulaks.. confuse aku.. buka jerk.. lor.. kad hari ibu rupanya.. so sweet ok!!

cantik pulak gaya cenggini.. walaupun bunga tu bunga plastik hiasan rumah aku.. tapi niat dan kreativiti en hubby amat aku sanjungi.. bunga plastik pun bunga plastiklah.. bak kata Hawa.. bunga plastik melambangkan cinta yang tak pernah pudar dan kekal abadi.. tapi.. bunga plastik juga melambangkan cinta itu palsu!! hahahahhahaha.. whatever.. 

aku suka ngan bunga ni... beli kat Romantika..

simple.. but meaningfull..

sebak bila baca ayat2 Amiera.. sob3.. ultraman mewakili Fateh.. alololo.. hilang kaki sebolah!

Ni projek en hubby ngan anak2 ler ni malam semalam.. kebetulan aku sakit kepala.. memang tidur awallah.. ohhh.. uols buat projek eh.. si Amiera feeling2 sedih ngan aku pulaks.. yerlah dah buat salah ngan mamanya.. tulis ayat pun emosional.. huhuhuhu..

Anyway.. tq sayang mama.. Amiera & Fateh.. walaupun Fateh tak tau apa2.. huhuuhuhu.. and for my lovely husband.. tq for everything.. luv u all so much!

Walaupun hanya sekeping kad.. takde kek or present bagai.. apatah lagi nak menyambutnya.. but i'm so happy.. at least they do something to remind me.. there is a mothers day for those who called mama etc.. ecehcehceh.. speaking la pulok!


Produk Kecantikan

Assalamualaikum..

Sihat semua?? since semalam aku sakit kepala.. dah telan ubat tahan sakit.. tapi still tak ok.. mata aku jadi bengkak adalah.. so, pagi2 ni lepas breakfast aku telan jerk ponstan.. ubat yang memang serasi ngan aku.. tapi nak betul2 hilang sakitnya aku kena tidur.. tapi kat opis ni susah sket nak tidur kan.. kalau dah tak tahan karang ke surau lah aku.. dapat tidur sekejap pun jadiklah nak hilangkan sakit kepala.. sakit kepala ni nak buat apa pun tak boleh.. nak suh pikir coding memang tak bolehlah.. semakin sakit jawabnya..

Berbalik pada tajuk hari ni.. produk kecantikan.. tiba2 timbul idea nak buat n3 pasal produk kecantikan.. sebab ada opismate jual produk ni.. not bad gaks.. nanti penghujung cerita aku bagitau apa produk tu ya.. bolehlah korang try..

Zaman sekarang ni.. eh..eh.. bukan zaman sekarang.. tapi since dulu lagi masa aku anak dare.. dah banyak produk2 kecantikan tumbuh macam cendawan.. zaman sekarang ni lebih kepada produk berbentuk macam Vit C, Collagen etc..

Sapa yang tak nak cantik kan? semua pompuan nak cantik.. semua pompuan nak kulit gebus gebas.. glowing.. selembut sutera.. ecehceh.. betul tak?? ker ada yang tak kisah.. tipu ahhh.. mesti ada sedikit perasaan nak kulit cantik kan.. kan.. kan..



Khairat kematian

Assalamualaikum..

Haii.. mcm2 cara diorg nak block post n3 kat blogspot.. sib baik lunch hour boleh post.. lagi korang block lagilah aku cuba cari jalan lain.. eleh nak post blog korang sekat.. berapa keraplah kami nak post n3.. nak komen langsung tak boleh.. tapi kalau korang online fb sepanjang masa boleh pulaks.. manyak cantik.. ingat aku tak tau ke?

Malas aku nak gado2 ngan org yg terlalu ikut protokol.. protokol lah sangat khannnn..

Actually aku nak share info berkaitan khairat kematian.. tapi hat yg berkaitan ngan aku jelah.. sbg rujukan aku mahupun keluarga aku sendiri.. sekurang2nya mereka tau adanya khairat kematian if anything happen to me.


ASB

1. Bayaran tunai serta merta sebanyak RM200 sekiranya simati telah mendaftar dalam salah satu unit amanah ASNB dan
2. Bayaran tambahan sebanyak RM800 akan dibayar dengan cek melalui pos sekiranya si mati memenuhi syarat-syarat berikut :
      (i) Mempunyai baki nilai pelaburan diantara RM5,000.00 sehingga RM9,999.99 di dalam salah satu unit amanah ASNB selama 12 bulan sebelum tarikh meninggal dunia
      (ii) Telah berdaftar dalam unit amanah ASNB berkenaan sekurangkurangnya selama tiga tahun; atau
3. Bayaran tambahan sebanyak RM1,800 akan dibayar dengan cek melalui pos sekiranya si mati memenuhi syarat-syarat berikut :
      (i) Mempunyai baki jumlah nilai pelaburan sebanyak RM10,000 dan ke atas di dalam salah satu unit amanah ASNB selama 12 bulan sebelum tarikh meninggal dunia
      (ii) Telah berdaftar dalam unit amanah ASNB berkenaan sekurangkurangnya selama tiga tahun

Sumber : http://ibnrajab.wordpress.com/2009/01/22/khairat-kematian-asb/
http://www.pnb.com.my/search_business.cfm?id=364E87E7-1F1C-4B4E-83C9600988F78EDF

Nota : Dalam website ASNB takde pulaks dalam menu atau soalan lazim.. tapi bila aku search ada info tentang khairat kematian.. so, aku tak sure.. masih valid atau tidak.. ada wakil ASNB bleh tolong jawabkan?


SSPN

 1. Pendeposit - rm2000.00
 2. Penerima manfaat - rm500.00

Sumber : http://www.ptptn.gov.my/web/guest/simpanan/insurans


Smartlink Prudential BSN Takaful

1. Orang yang dilindungi - rm2000.00

Sumber  : Agen insurans aku.. ngeh3.

Hmmm... uols tau dak info tentang khairat kematian yang disediakan oleh pihak bank atau mana2 agensi kewangan di Malaysia atau syarikat2 insurans.. kalau ada share lah yerk..


Kisah IC hilang..

Assalamualaikum..

Isnin baru2 ni.. aku kan gi keje seperti biasa.. nak dapat cuti free mintak mahaplah yer..

Tiba2 petang tu ntah macam mana.. aku pi check wallet.. tiba2 aku nampak kosong!! apa yg kosong?? ruangan tempat aku simpan ic tu kosong.. ic aku takde!! cepat2 aku check casing hp.. tapi.. ic aku takde!! selongkar habis satu beg.. ic aku takde!! call mak aku kat kampung suh check kat rumah kot2 tertinggal kat situ.. ic aku takde!! call en hubby kot2 dia terjumpa dan simpankan utk aku... ic aku takde!! aku dah risau.. hati dah tak tenang..

Balik rumah terus pergi kat kereta.. geledah satu kereta.. ic aku takde!! mano poie eh ni???

Nak buat keje apa pun tak boleh bila hati dah tak tenang.. asyik dok terfikir mana aku letak ic tu..

Flashback..

Aku keluarkan ic masa nak pi ngundi.. aku cuma bawak hp dan selitkan ic aku kat casing hp.. confident beb!.. habis ngundi.. jumpa sedara kat perkarangan tempat mengundi.. borak2 kejap.. pastu masa mak aku borak2 ngan orang2 kampung.. aku snap gambar sekolah guna hp.. tapi aku tak ambil kisah akan ic aku kat casing hp..

Pastu masa nak masuk ke kereta.. aku melintas ngan mak.. aku pegang hp macam biasa.. masuk kereta terus simpan hp dalam handbag..

Lepas tu kami singgah bank.. aku cuma bawak wallet.. masih tak nampak akan kosongnya ruangan ic kat wallet aku tu.. Amiera main hp aku.. then aku mintak balik.. still masih tak ingat mengenai ic..

Pastu pi Nilai 3.. singgah makan dulu.. bayar makanan.. pun masih tak perasan akan kosongnya ruangan ic kat wallet.. lepas makan.. singgah sebentar kat kedai hanger.. masa nak bayar pun.. masih tak perasan akan kosongnya ruangan ic kat wallet.. singgah sebentar di kedai jual barang2 perkahwinan.. aku just bawak wallet.. tapi tak beli apa2.. Amiera main hp aku lagi.. lama kemudian aku mintak balik..

On the way nak balik rumah mak aku.. aku ambik hp.. update fb.. langsung tak terfikir akan ic kat casing..

Sampai rumah dan sampai ke malam harinya.. aku layan fb.. tapi masih tak perasan ic aku.. sehinggalah hari petang Isnin..

Tamat flashback..

Semalam.. aku mintak en hubby temankan aku utk mencari ic yang hilang!! bermulalah episod mencari ic..

Lepas hantar Fateh ke sekolah.. kami bergegas ke sekolah tempat aku mengundi.. aku hanya akan cari di mana lokasi aku berhenti selepas aku mengundi tempohari.. sampai di sekolah.. jumpa guard kat situ.. katanya tiada yang report kat dia.. aku cari di sekitar luar pagar.. ic aku takde!!  en guard suh kami pi kedai makan yg tak jauh dari sekolah.. coz kat situ macam pusat BN.. mungkin ada yang terjumpa dan serahkan kepada wakil kat situ..

Sambil sarapan sambil bertanya kepada pemilik kedai.. ic aku takde!!

Pencarian diteruskan di Nilai 3.. pergi ke kedai makan dan bertanya kepada pemilik kedai.. ic aku takde!!

Pergi pula di kedai hanger.. tanya chinese girl kat kaunter... dia geleng kepala.. ic aku takde!!

Aku fedup!

Ajak en hubby pi balai polis.. plannya.. buat report then terus ke JPN Putrajaya buat ic baru.. maleh dah aku memikior nak cari kat ner lagi.. cari balai polis berhampiran.. balai polis Tmn Semarak.. nan ado.. google website Majlis Perbandaran Nilai.. hmmm.. hanya ada satu balai polis.. di Pekan Nilai.. en hubby call balai polis pekan Nilai.. memang balai polis di Tmn Semarak dah tak ada..

2 kali kami patah balik ke balai polis sebab parking penuh kat kawasan berdekatan.. asalnya dah fedup.. parking pun susah.. ingat nak buat report kat balai polis Putrajaya sajork.. tapi en hubby still berkeras nak ke Nilai.. ada hikmahnya..

Sampai di balai polis.. ada 2 staff bertugas.. lengkap berpakaian seragam.. sorang lelaki sorang perempuan.. pompuan tu namanya Sazlina.. ehh.. Saz my dear friend.. samalah nama cam ko.. huhuhuhuh.. hat lelaki aku tak perasan pulaks nama dia..

Dialog :-

En Hubby : Assalamualaikum..

Pegawai Polis (L) : Wsalam.. ada apa en?

En Hubby&Aku : Nak buat report.. ic hilang..

Pegawai Polis (L) : Ic siapa yang hilang?

Aku : Ic saya.. (muka tak bersalah.. muka orang careless!!)

En Hubby : Hilang semasa mengundi aritu..

Pegawai Polis (L) : Ohhh.. kat sekolah Batang Benar.. kat tempat mengundi no. 3 tu.. saya yang jaga kat situ.. patutlah tadi macam pernah nampak jerk..

Aku : Oh ya ka.. (alamak.. camna polis bleh cam muka aku ni.. aku sendiri pun tak ingat rupa polis yang jaga kat bilik tempat mengundi tu.. gabra beb nampak polis masa mengundi..)

Pegawai Polis (L) : Ada.. ada satu ic kami jumpa tertinggal.. dah nak tutup masa tu.. baru sorang staff perasan ada satu ic tertinggal..

Aku : La yeke.. (hati aku dah berbunga riang.. ic aku ada!! tapi.. takkan staff bertugas yang mintak ic aku tu tak pulangkan.. aku cuma nampak dan masih ingat dengan jelas dia guna ic aku sebagai pembaris utk memotong nama aku.. tapi aku tak ingat langsung sama ada dia pulangkan ke tidak ic aku tu.. aku blur pada hari mengundi!!)


Pegawai Polis (L) : Kejap yer puan.. saya telepon orang SPR.. (peg polis tu call dan msg2 ngan wakil SPR.. mintak no phone aku..).. ic puan tak ada dengan orang SPR.. dia dah bagi kat staff dari Majlis.. nanti orang tu akan call puan..

Aku/En Hubby : Ok.. terima kasih ya..

Tamat Dialog..

On the way nak ke kereta.. staff Majlis call aku.. terus aku cakap kami akan ke Majlis pi jumpa dia.. sib baik dekat ko!!

Alhamdulillah.. dapat juga akhirnya ic aku tu.. takdelah kami nak bersusah payah buat report polis dan pergi buat semula ic.. tak pasal kena denda pun ya.. huhuuuhuu..

Menurut cerita staff Majlis tu pula.. katanya aku tertinggal ic kat kotak mengundi.. pengundi yang kemudian dari aku perasan ada ic tertinggal.. tq kepada pengundi yg memaklumkan kepada staff bertugas.. dan staff Majlis tu juga memang dalam proses mencari aku.. katanya lepas lunch nak pergi rumah aku kat Nilai tu sebab dia dapat detect dalam sistem alamat rumah aku.. alhamdulillah.. sungguh murni niat staff Majlis tu.. tq so much..

Pengajarannya.. aku kena fokus dan pastikan ic ada selepas proses membuang undi..

Sekian.


Aku pilih mengUNDI.. PRU-13

Assalamualaikum...

Memang monday blues sungguh lah haii.. apa pun tak boleh.. huhuhuhuh.. ingatkan coti hari ni..

PRU-13 dah selamat dilaksanakan semalam.. keputusan pun dah tau kan.. tahniah kepada semua pemenang.. dan yg kurang bernasib baik especially kepada yang hilang deposit kena redha dan kuatkan semangat.. kalah menang adalah adat bertanding..

keputusan kerusi Parlimen.. pic credit to http://www.myundi.com.my

 
Dan semalam juga adalah hari bersejarah dalam hidup aku sebagai rakyat Malaysia.. buat pertama kalinya aku pilih untuk turun mengUNDI.. dan InsyaAllah.. jika dipanjangkan umur.. aku akan terus menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia, negara berdemokrasi..

suasana PRU-13 di Nilai dan Mantin..


Aku dan mak aku turun mengundi sebelah petang.. sebab aku tau.. pagi2 confirm ramai orang.. alhamdulillah.. memang seperti yang dijangka.. memang tak ramai pun.. dan suasana sungguh aman.. taknak serabut2 ni.. dan proses aku mengundi pun tak lama.. tak sampai pun 5 minit..

Mula2 aku pi semak dulu walaupun aku dah tau no siri dan lokasi mengundi.. tapi sebab dah tak ramai orang.. sajer ikut prosedur.. first time kannn.. dah semak nama.. wakil SPR potong nama aku dalam senarai.. pastu diorang bagi kertas no siri..

lalallalala... ready nak pi tempat mengundi.. 

Aku main jalan jerk cari tempat mengundi.. muka kena confident!! walhal dalam hati.. dup dap dup dap.. debor beb!! nasib baik SPR dah letak kan tali utk ke tempat mengundi.. kalau tak susah jugaks nak cari.. sebab sekolah aku tu memang dah totally berubah 100%..

see.. lengangkan.. tu kat khemah tu semua wakil SPR sedang menunggu..

laluan utk ke tempat mengundi.. pun lengang.. best3.. aku boleh mengundi dengan aman..

'saya pilih'..

suasana di sekolah lama aku.. aku dah tak tau mana satu bangunan hat lama.. 

ok.. tamat sudah kisah aku pi mengundi buat pertama kalinya.. insyaAllah.. lagi 5 taun.. aku akan turun lagi.. tapi bukan di sini ya.. kita tungguuu...


Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (268) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (50) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (73) Biskut (1) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (192) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (148) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (115) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (12) Juadah (111) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (15) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) LIMA (1) Lovely Song (7) Luahan (2) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (2) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (68) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (16) Resepi (37) Riadah (22) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Sejarah (1) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (2) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty