Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

1 buah 3 juadah & Resepi

Kisah ni dah beberapa minggu yang lepas..

En hubby teringin nak makan raja segala buah.. apa lagi kalau bukan buah durian.. cam ngidam laks kan.. (opsss... no..no.. not yet!).. so, gigihlah cari.. kebetulan ada pasar malam kat Bangi hari Jumaat... sib baik ada orang jual.. 

Lepas dah dapat makan buah tu.. hat lebih2 tu aku plan nak buat kuah durian utk minum petang keesokan harinya...

Tapi pagi2 Sabtu tu aku terperasan ada 2 tin susu cair dalam lemari.. asalnya aku beli susu cair tu nak buat aiskrim jagung.. tapi tak terbuat... so, memandangkan adanya buah durian.. best jugaks kan buat aiskrim durian.. mulalah projek aku.. kali ni aku ikut cara aku.. tak ikut resepi sangat.. belasah jerk.. apa nak resepi?? alahai.. malu akak noks! kang tak sodap malu sendiri yo.. apa?? nak jugaks.. ok.. tapi kalau tak sedap jangan salahkan ahkak...

Resepi Aiskrim Durian

Bahan2:-
2 tin susu cair
4 sudu besar gula
2 sudu besar susu pekat
5 ulas durian (dibuang biji.. kalau nak masukkan boleh sajork.. hahahhaha.. pastu muka kelat jerklah makan aiskrim tu... hahhahahaha)
1 sudu teh esen vanilla (suka2 aku jerk letak.. ntah sesuai ntah tidak.. hahhaha)

Cara2:-
Masukkan kesemua bahan ke dalam blender.. Pastu korang blend sampai sebati dan dia akan nampak berbuih.. perghhh.. bau doghian tu toksah cakaplah.. mabeles.. pastu korang bekukan sehingga 4 - 5 jam.. lepas tu korang blend semula sampai nampak tekstur aiskrim tu jadi lembut.. then bekukan semula... biasanya keesokan harinya baru boleh ngap.. dari segi rasa pada aku sedaplah.. sebab durian kan.. yg penting licin..

hat choc rice kalerful ni peberet Fateh.. nak makan aiskrim mesti ada mendalah ni..

nota : byk resepi guna coffeemate.. aku pun tak tau apa fungsinya.. disebabkan takde coffeemate aku guna apa sahaja yg ada kat rumah..

Petangnya.. aku masak 2 juadah minum petang..  bubur kacang + durian, kuah durian dan lempeng... yang kelakarnya.. tengah nak rebus kacang tu.. carilah gula merah.. sekali ko... alamak.. dah expired!! cepat2 aku pi kedai runcit.. sib baik ada.. kalau tak jadi bubur kacang pucat.. hahhahaha...

peberet Amiera dan aku.. kena lebihkan kuah.. kalau tak nanti jadi kembang semangkuk..

peberet semua orang.. dimakan ngan lempeng.. perghh.. aku yg tgh dok masak lempeng geram jerk tengok.. letak jerk atas pinggan habis.. letak lagi.. habis.. berebut si Amiera ngan papa dia.. bancuhan terakhir lempeng aku punya.. kalau tak mama merajuk pi lari kat batu belah batu bertangkup.. hahahhahaha...


sekian terima kasih

Comments

syalinda johari said…
sedapnyaaaa aiskrimmm tuu

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah