Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Perginya Seniman Negara

Assalamualaikum...

Tertarik utk menulis tentang pemergian seniman negara arwah S Samsudin atau nama sebenarnya Samsudin Dali pada usia 84 tahun semalam.. semoga roh arwah dicucuri rahmatNya dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman... aminn... Al-Fatihah..

credit to bharian.com.my

Siapa yang tak kenal beliau.. dan sejak kebelakangan ni pun Astro Prima ke Ria ek.. aku tak sure.. selalu siarkan cerita2 arwah Tan Sri P.Ramlee.. dan ada jugak watak2 arwah S Samsudin berlakon sekali macam cerita Ali Baba Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok dan lain2..

credit to cinema.my

credit to google

Teringat keletah arwah dalam filem Seniman Bujang Lapok yang mencuit hati... heiii...heeiiiii... Jebat.. bla..bla.. kenapa kau tak mau turun haa? sudah lama aku tunggu sampai nak buang air besar.. bla... bla..bla.. tapi aku tahan Jebat.. kali ni dah masuk 4 kali... CUTTTT... hehehhehehhehe.... aku tak ingat daa skrip dia.. bih kurang cenggitu laaa... dengan topi yang tutup mata.. menggigil ala2 Parkinson... terbaekkkk!!

Walaupun aku bukannya peminat setia filem2 arwah Tan Sri P Ramlee.. tapi kalau dah en hubby bukak cerita tu aku layan jugaks.. huhuhuhuhu...

Serangkap pantun penutup bicara..

Bujang Lapok Tiga Sekawan..
Ramlee dahulu meninggalkan kawan..
Kini Sudin mengadap Tuhan..
Tinggal Ajis Keseorangan ..
Keletah Kalian Tidak Akan Kulupakan..

Al-FATIHAH..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah