Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Ribut kah? Gempa kah?

Hahahhaha...

Semalam ribut ok.. aku ngan Amiera dok berdua dalam rumah dah risau.. bergegar2 pintu sliding kat balkoni.. tengok kat luar rumah banyak barang berterbangan jatuh ke bawah.. bunyi angin toksah cakaplah.. pastu bunyi hujan pun lain macam jerk... kereta tak putus2 bunyi alarm.. haishhhh... risau ok.. apa lah cerita kereta aku.. dan yg paling aku risau en hubby ngan Fateh yang tak sampai2 lagi.. nasib baik ribut tu sekejap jerk... kalau tak ngan apartment2 tu bleh tercabut... agak2lah kan.. huhuhuuu... tapi manalah tau kan.. ciptaan manusia tak bleh nak setanding ciptaan Allah...

Bila en hubby balik.. dia risau kereta.. mula2 ingatkan hilang ke apa.. rupa2nya kereta kami masih dok ada kat tepi jalan.. betul2 sebelah pokok besar... en hubby tak alihkan lagi sejak malam Ahad lepas.. aduhhhh.. sib baik pokok tu tak tumbang... kalu tak nanges aku..

Dan khabarnya.. ribut semalam juga memuntahkan hujan batu.. aku memang tak perasan.. sebab tak berani nak tengok dekat2 dan rabun pun ya.. dan yang paling penting... IPU jerebu dah berkurangan.. syukur alhamdulillah...

Ok.. aku tak nak cerita panjang lebar tentang ribut.. tapi aku nak cerita kisah di awal2 pagi hari Sabtu..

Sedang kami 4 beranak tidur lena dibuai mimpi... tiba2 gedegang!!.. pecingggggg!! bunyi sesuatu yang jatuh pecah berderai... alahai... apa lagi yang jatuh ni... aku dengar macam dalam mimpi2 gitu.. en hubby dengar tapi dia malas nak bangun...

So, subuh tu aku bangun tengok.... serpihan kaca berwarna putih.. adakah hiasan2 vantage aku tu jatuh!! oh tidak!! tapi mana lemarinya.. dalam mamai2 tu.. aitttt... elok jerk masih melekat kat dinding... tengok pulaks sebelah kanan.. sib baik pasu bunga vantage aku tu pun masih melekat kat dinding... tapi apa yg pecah kat dapur tu???

dah macam ropa orang baling2 barang kalau bergaduh... hahahhahaha...

Oh no!! gelas peberet aku tu... beli kat Romantika.. pecah berderai... chedihnya... cawan KitKat pun jatuh tapi tak berderai... tapi apa yang banyak2 kaler putih ni??? sekali tengok... laaaaaaaaaaaaaaaa.... tile dinding dapur hat paling atas sekali tercabut dan menghentam rak kabinet kat sinki.. nasib baik dia tak hentam pinggan vantage yg tersusun baekkk punya... kalau tak nanges lagi aku... huhhuuhhuhu...

dua tile tu yg tersembam ke lantai.. hat sebelah kanan tu pun tgg masa nak ikut sekali..

Sib baik dua cawan tu jerk yg jadi mangsa.. nasib baik kejadian berlaku sewaktu kami tidur lena.. bayangkan kalau kejadian berlaku masa anak2 aku duk kat dapur tu.. aduhhhhh... sungguh bahaya!!

Bila en hubby check.. tiles di dinding dapur tu kebanyakannya kosong.. so, boleh jatuh bila2 masa jerk... aduhhhhh.. camnalah kontraktor kuarters kerajaan ni buat keje.. nak tak nak en hubby terpaksa tanggalkan tile2 yg bersebelahan utk mengelakkan jatuh lagi.. (dengan sangat mudah... nampak sangat tak berkualiti) 

dgn mudah en hubby cabut tile bersebelahan.. tiles di bawah bila di ketuk memang kosong..

Rasa2 koranglah kan.. apa yerk punca selain kerja cincai pihak kontraktor.. adakah gempa di tengah2 malam... huhuhuuu... aku rasa tak..

So, uols yang duk kat kuarters tu.. rajin2lah ketuk dinding dapur or mana2 dinding yg bertiles kat dalam rumah tu.. malang tak berbau ok!

Comments

syalinda johari said…
uihh bahaya...nasib baik jatuh tengah2 malam tak kena orang...

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah