Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Sukan & Report Card Amiera 2013

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. setengah hari sibuk ngan meeting tender... kul 3 baru settle siapkan laporan.. dan dah email kat semua AJK utk disemak.. Aku ada masa 10 minit utk update blog kesayangan aku ni sebelum balik..

Ok.. kisah sabtu lepas... ada dua aktiviti iaitu sukan sekolah kebangsaan dan ambik report card sekolah agama..

Lepas hantar Amiera pi sekolah... aku balik rumah dulu nak siapkan anak bujang.. kul 8.30 baru gerak ke sekolah agama..

Kul 9.30 baru ustazah sampai.. tengok result Amiera kali ini agak tidak memberangsangkan.. ada beberapa subjek result dia jatuh dan ada yg sebaliknya... tahun 3 hanya ada satu kelas sahaja.. means.. masa Amiera tahun 2 ada 2 kelas.. masa tahun 3 pulaks pelajar2 dari dua kelas tu telah digabungkan... so, Amiera kena bersaing dengan kelas yg satu lagi.. Amiera dapat no. 5... aduiiiii... no. 1 hingga no. 4 semuanya dari kelas yg lain sebelum ni... hebat2 jugaks pelajar dari kelas satu lagi tu... nak kena perah lagi otak Amiera supaya dapat kejar budak2 yg hebat2 tu... huhuhuhuhuu...

Pastu kami pi sukan sekolah rendah... sukan sedang berlangsung... pergilah cari Amiera kat rumah sukan dia.. tapi ntah ke mana perginya.. rupa2nya dia pi beli makanan... tak lama lepas tu kami balik sebab Amiera tak masuk pun mana2 acara yang dipertandingkan...





pasukan merah mendahului..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah