21 Ramadhan & Iftar ~ Seronoknya Ramadhan

Assalamualaikum..

Lagi seminggu nak raya.. masing2 nampaknya dah membuat persiapan utk hari raya.. persiapan aku.. esok aku update ya.. barang2 dah packing ke nak balik kampung minggu ni?? jangan pulaks ada yang tertinggal.. jenuh nak patah balik..

Kenapa seronoknya Ramadhan? sebab semua umat Islam berpuasa selama sebulan.. tak kira bangsa, darjat dan keturunan.. kerana dalam Islam.. tidak ada perbezaan sesama insan kecuali amalan..

Dan juga perbelanjaan kita lain dari bulan2 yang lain.. utk persiapan menyambut hari raya.. masa ni juga.. ramai yang membuat amal jariah untuk mendapatkan berkat bulan Ramadhan.. begitu juga dengan program2 TV dan beberapa program yang dianjurkan oleh pelbagai pihak.. tiap2 malam Masjid bersinar ceria dipenuhi ribuan jemaah untuk solat Tarawih.. tak kurang hebat juga dengan jualan gudang dan promosi istimewa oleh pasaraya2.. pergh!! hanya di bulan Ramadhan!

Ramadhan akan berakhir tak lama lagi.. dapatkah kita berjumpa Ramadhan seterusnya?.. semoga Allah panjangkan umur dan murahkan rezeki kita semua untuk menemui Ramadhan akan datang.. aminnn..

Semalam..

Aku kebuntuan idea utk menyediakan juadah berbuka.. google lah resepi2 yang menarik berkaitan dengan ayam.. sebabnya nak masak ayam.. tapi tak tau nak masak apa.. asalnya nak try buat stew ayam.. tapi tak cukup bahan.. tak pasal2 jadi sup ayam karang.. hahahhahaha... aku tak nak sup!

Ternampak nasi tomato.. hmmm.. sib baik ada stok minyak sapi.. bolehlah buat.. buat yang sesimple yang boleh.. hat dalca sayur.. aku tak buat sebab aku tau.. aku sorang jerk yang makan karang.. baik toksah membazir..

nasi tomato, ayam masak merah, jelatah dan gulai lemak yg dipanaskan semula.. alhamdulillah..

tapi kan.. tekak aku tak bleh terima sangatlah nasi2 yang dipelbagaikan ni.. aku lebih suka makan nasi putih ngan lauk2 kampung... dapnya... hmmm.. hari ni nak buat sambal jeringlah...

Salam Ramadhan al-Mubaraq


20 Ramadhan & Iftar

Alhamdulillah.. dah 20 hari kita berpuasa.. cepatnya masa berlalu kan... tinggal 9 hari lagi kita nak menyambut Syawal.. Amiera masih berjaya bertahan.. syukur alhamdulillah..

Dan minggu ni adalah minggu terakhir bekerja.. ramai yang apply cuti awal.. begitu juga persekolahan.. tapi aku masih lagi bekerja minggu hadapan..

Minggu2 akhir ni.. lagi malas rasanya nak buat keje.. asyik dok ingat persiapan raya yang masih belum siap 100%... hehehhehe.. minggu ni nak balik rumah mak aku.. nak shopping sket kat Nilai 3.. harap2 adalah yang nak dicari..

Oklah.. utk semalam aku masak dalam keadaan kelam kabut walaupun aku sampai rumah awal.. tapi sebab  nak sediakan bahan2.. so, jadi lambat... aku stress.. ditambah pulaks ngan menda yg buat aku emo.. sedih rasanya.. sedih sangat2... rasa fedup jerk nak masak..

sambal udang+petai, tenggiri+tempe masak lemak cili api, tumis pucuk paku dan bronkoli direbus (peberet anak2).. alhamdulillah..

Salam Ramadhan al-Mubaraq


Menang kuiz Funanciers Get To Know PruBSN

Alhamdulillah..

Rezeki Ramadhan..

Tak sangka boleh menang.. aku join kuiz ni sebelum puasa.. tak ingat biler..

Kebetulan hari tu.. prudential hantar laporan.. pastu ada dinyatakan kuiz kat fb.. cam menarik.. balik rumah tu terus aku ngadap pc nak join kuiz punya pasal..


Jenuh nak jawab soalan.. terpaksa tanya cik google.. ngeh3.. lepas submit.. terus page fb jadi blank.. hohoho.. tension ok! malas dah nak menjawabnya.. sib baik boleh hantar penyertaan lagi.. atas nama en hubby pulaks.. huhuhuhu...pun jadi menda yang sama.. arghhh.. lantaklah.. harap2 diorang accept.. gigih ok aku hantar peraduan tu.. lupa terus dapur... hehhehehhe.. en hubby balik pun rumah masih bergelap.. bini dia dok asyik ngadap pc...

Tau2 petang semalam.. sampai rumah jumpa parcel diselitkan kat pintu.. hmmm.. tengok nama.. en hubby aku punya.. pastu nampak ada surat diselitkan kat parcel.. terdetik hati nak baca surat tu.. ceh3.. kot2lah kannn.. ada secret admirer hantar barang kat en hubby... huhuhuhuhu... sekali ko... aiiiii... menang... yes! tapi aku?? takde rezeki kot...

Pagi tadi one of staff sini hantar parcel yang sama... alhamdulillah.. dapat lagi.. syukur.. blehlah aku bagi kat mak aku..

Oh ya.. kuiz ni anjuran Prudential BSN Takaful khas utk pemegang polisi insurans.. so, yang takde polisi tu mintak mahap lah yo.. hadiah berupa aksesori raya iaitu brooch dan butang baju melayu.. alhamdulillah... kebetulan.. aku tak beli lagi butang baju melayu Fateh.. boleh lah Fateh melaram ngan butang baju melayu yang berkilau2 ni...

serba putih.. berkilau2..


Wanita mengandung mati makan lemang

Assalamualaikum..

Lemang... sedap kan bila di makan ngan rendang.. tak lama lagi nak raya.. orang ramai berduyun2 nak beli lemang untuk dihidangkan semasa hari raya..

pic credit to zamimie.blogspot.com

Tapi.. tahukah anda.. disebalik kesedapan lemang tersebut.. ada peristiwa tragis yg berlaku.. tapi dari segi kesahihannya wallahualam... apa pun samada ianya benar atau tidak.. yang penting pengajaran yang perlu diambil iktibar..

Pagi2 opismate dah cerita satu kisah yang sangat tragis.. nak2 pulak nak raya ni kan.. kisah ni dikhabarkan berlaku baru2 ni di Kedah.. tapi mungkin tak masuk akhbar rasanya.. wallahualam.. cuma bila aku google kisah ni.. ada sorang blogger menceritakan kisah yang sama ngan opismate aku cerita.. sila baca disini..

Ringkasnya.. arwah mengidam nak makan lemang.. sebelum lemang dipotong dia dah makan lemang yang terkeluar sedikit dari buluh.. then dia rebah.. di bawa ke hospital.. dr cakap dia makan sesuatu yang berbisa.. so, jadi kes polis.. bila suami arwah potong lemang yang di makan.. didapati seekor ular di dalam buluh lemang tersebut.. peniaga lemang tidak membersihkan buluh lemang terlebih dahulu.. tapi hairan ek.. takkan lah masa diorang nak masukkan pulut dalam buluh tu tak perasan ada ular dalam tu.. ke ular tu malu2 nak kuar.. wallahualam..

sedapnya lemang jagung perak... sapa nak tolong buatkan??

Pengajarannya... pastikan tahap kebersihan lemang yang kita beli.. lemang hendaklah di potong terlebih dahulu.. takut ada bendasing yang jadi bahan perisa... tau2 masin semacam jerk.. yark... ngeh3.. banyak dah terjadi rasanya.. nak lebih selamat.. buatlah lemang sendiri.. rajin ke? huuhuhu..

Walaubagaimanapun... ajal maut ditangan Allah.. kita sebagai hambanya tak dapat nak menolak ketentuan dariNya.. mungkin sudah ditakdirkan ajal wanita berkenaan.. perkara yang berlaku adalah sebagai penyebab sahaja.. al-Fatihah...

Update : Sumber dari Utusan Onlie.. pihak polis menafikan akan dakwaan tersebut dan tiada laporan polis dibuat.. benar atau tidak.. itu tidak penting.. yang penting pengajaran yang kita perlu ambil sebelum membeli dan memakan lemang.. kita perlu menitiberatkan kebersihan dalam apa jua aspek termasuk pemakanan.. 


17 - 19 Ramadhan & Iftar @ Bora Ombak & Perantau Hill

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. hari ni dah masuk hari ke-20 Ramadhan.. lagi 10 hari Ramadhan akan meninggalkan kita.. 10 malam terakhir.. malam Lailatulqadar.. kecilnya diri ini untuk menemui malam lailatulqadar.. beruntungnya menjadi insan yang terpilih..

Lagi 10 hari juga kita semua nak menyambut hari raya.. macam mana persiapan iuols? dah beli ke barang2 keperluan? aku belum 100% lagi.. masih ada menda yang nak dicari.. hehehhee.. pompuan2.. selagi belum raya selagi tu tak habis2 nak membeli..

Jumaat lepas.. kami just berbuka kat rumah jerk.. masak sesimple yang boleh.. asalkan kenyang dan menepati citarasa kekampungan aku ni..


sambal ayam, gulai bilis tempoyak, telur dadar dan kuih muih..

2 hari bercuti.. hanya sempat membasuh dan mengemas.. sibuk ngan menda lain.. huhuhuhuhu... sib baik 2 hari tu kami berbuka di luar.. hari Sabtu berbuka di Bora Ombak, Ampang.. anjuran opis en hubby.. hari Ahad pulaks berbuka di Perantau Hill bersama kawan2 en hubby masa dia belajar dulu dan sepupu en hubby..

Bora Ombak..

Tak banyak gambar makanan.. sebab masa tu dok semeja ngan bos en hubby... huhuhuhu.. malu laks kan.. tak pasal2 dia peliks ngan aku.. cam tak pernah pi majlis pulaks gayanya.. walhal aku blogger ok!.. sebelum azan memang dah prepare ambik makanan siap2 letak atas meja.. penuh satu meja.. tengah lapar tu semuanya nak makan.. bila dah kenyang tengok pun tak lalu..

 kakak yang dah tak sabar2 nak berbuka.. lepas azan.. minum air ngan kuih sket.. aku terus pi solat dulu.. takut orang ramai kat surau.. pastu baru boleh makan dengan aman... hehehe.. menu utama makanan kampung.. makanan2 sampingan pun banyak.. larat tak larat nak telan sajork.. overall ok lah.. aku ni bukannya pemakan sangat orangnya.. asal kenyang udah..

dah lengang.. ramai yang dah balik..

lepas tu en hubby bagitau ada pelakon Tasha Shilla.. uiii.. ramainya nak bergambar ngan dia... aku yg rabun ni tak nampak ngan jelas.. yg aku nampak dia pakai dress merah kalau tak silap..

Perantau Hill..
en hubby syok borak2 ngan kawan2..

Fateh yang tak duk diam.. berlari2 kat restoran tu tak hengat dunia.. aku pun naik risau.. kalau kat rumah ni.. mau kena hambat ngan rotan ni..

kakak yang malu2 kucing..

  
takde keje.. bosan menunggu masa nak balik..

Salam Ramadhan al-Mubaraq


26 Ramadhan & Iftar @ Nasi Ayam Gemas

Assalamualaikum.. salam Nuzul Al-Quran..

Hari ni hari Jumaat.. horeeeeeeyyyyyyy... esok cuti!!

Kisah semalam..

Plan asal beli tapau jerk utk berbuka.. sebab barang2 basah dah kering kontang dalam peti sejuk..

Teringin nak makan nasi ayam gemas.. so, kebetulan pulaks.. ada parking dekat ngan restoran.. bila aku masuk restoran tengok meja kosong takde tulis reserved.. so, inform en hubby.. meja banyak kosong... berbuka kat luar jerlah.. alang2 dah berbuka kat luar.. blehlah singgah maidin beli barang2 dapur..

Alhamdulillah.. mungkin ramai yang berbuka di rumah dan mungkin ada yang beli kat bazar Ramadhan.. so, tak ramai yang gi shopping kat Maidin.. selesa sungguh beli barang.. takde nak berhimpit bagai.. stok pun banyak lagi.. kalau pergi lepas berbuka confirm sesak.. stok pun cepat habis..

alhamdulillah.. 


Jom Beli Barang Raya Sempena Festival Ramadhan Putrajaya 2013




15 Ramadhan & Iftar

Assalamualaikum..

Mood pagi ni ceria sket... alhamdulillah.. semua penjawat awam diberi bantuan khas raya RM500.. bolehlah nak membeli apa2 yang patut utk hari raya.. hari ni pulaks gaji.. pagi2 dah ngadap maybank2u bayar apa2 yang patut.. tu penting sekali.. selesaikan segala urusan hutang piutang.. baru leh salurkan baki duit ke arah perbelanjaan bulanan..

Hari ni dah masuk hari ke-16 kita semua berpuasa.. pejam celik pejam celik.. huh! cepat sungguh...

Untuk juadah berbuka.. aku masak secepat yang boleh.. menu.. mana yang sempat jerk.. aku sampai rumah kul 6 lebih.. hantu tul bas.. dah lah sampai lambat.. ko nak merewang sampai maidin tu pesal.. hantarlah kami suri2 yang berkejar nak memasak ni..

pajeri terung, suun+fucuk+kentang tumis air, sambal bilis dan goreng ayam+sotong.. alhamdulillah...

Salam Ramadhan al-Mubaraq


14 Ramadhan & Iftar vs Hangen Pagi2..

Assalamualaikum..

Pagi2 dah buat aku tensi.. nak2 pulaks bulan pose ni.. maleh sungguh aku nak berangin.. tapi suker sangat buat aku hangen jerk.. dah potong mood aku nak wat keje.. grrrrrrrrr...

Perkara pertama yang buat aku bengang bila tadika Fateh suh bayar yuran pendaftaran utk tahun hadapan sebanyak rm150.. so, bila dah bayar yuran tu akan dapat diskaun sebagai student lama dan akan dapat diskaun utk bayar yuran2 yang lain.. utk new student yg tak register semasa tempoh promosi Nisfu Syaaban tempohari akan dikenakan yuran baru yang lagi mahal ok! tak tau promosi tu ada lagi ke tidak..

Parents dah dapat surat suh bayar tu bulan Jun yang lepas.. siap bagi due date lagi suh bayar.. dahlah kena bayar tengah2 bulan.. mana nak cekau duit sebanyak tu.. lainlah kalau dalam bank aku tu penuh jerk duit manjang... suppose pihak yang berkenaan.. kalau nak buat due date sekalipun.. buatlah after gaji.. dah memang kebanyakan parents yang hantar anak2 ke tadika diorang tu staff gomen.. macamlah staff gomen ni kayo bebenor! kami sanggup hantar anak2 ke tadika diorang utk dapatkan pendidikan yang bagus.. tapi tak bermakna kami ni senang.. kami pun banyak commitment lain.. bukan asyik nak bayar duit kat korang jerk.. gigihlah aku korek sana sini utk bayar jugaks sebab aku ni jenis tak suka bertangguh.. means.. kalau dah itu kata due date nya.. so, aku akan make sure pembayaran akan dibuat sebelum due date..

Yang buat aku geram.. acapkali dalam bulan ni diorang bagi account statement.. dan semalam diorang bagitau suh kami bayar yuran tu... aitttt.. yuran per lagi.. second pembayaran due nya awal bulan 9.. nak cekau duit mana lagi.. nak raya ni kan... tunggulah after gaji bulan 8.. aku tau keje aku.. korang ajar jerk anak aku baik2.. toksah dok risau pasal duit.. insyaAllah aku akan bayar sebelum due date.. bila en hubby suh check statement.. sah.. rupa2nya dalam statement tu tak dimasukkan maklumat pembayaran yang telah aku buat... aitttt.. manyak cantik..

Aku pun forward bukti pembayaran yang telah aku email kat diorang kat en hubby.. so, bila en hubby call diorang.. nak tau apa diorang cakap?? oooo... awal sangat aku bayar... laaaa... dah korang jugaks suh bayar sebelum due date.. aiiii.. ada jugak kena luku ni karang.. adeiiii... geram tul.. tak pasal2 en hubby kena print balik resit pembayaran tu bagi kat diorang.. SETTLE..

Perkara kedua pulaks.. aku kalau bab2 keje ni memang agak cerewet.. sebab aku tak suka nak pening2kan kepala memikirkan masalah yang ntah mana puncanya walaupun coding tu dah molek dah.. nak2 pulaks kalau punca tu adalah kesilapan pihak user tu sendiri.. memang aku lagi hangen!.. kalau nak test data sekali pun.. agak2 laaa.. pernah ke dalam penulisan korang diajar untuk menulis ayat tanpa ada space?? eg. cth test data... aaaaaaaaaaaabbbbbbbbbbbbbbccccccccccccddddddddddddddttttttttttddddddkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkyyyyyyyyyyyyyyyyyy...  adedeh.. hang pulaks blog aku ni kang... helloooooo... tu budak yang tak kenal huruf dok main keyboard bolehlah aku maafkan.. ni dah besar panjang.. dah kerja baik.. ko fikir logiklah... ada ke user especially taraf dr nak keyin lagu tu.. adoiiiii...

Astaghfirullahalazimmm.... sabar.. sabar...

Oklah.. semalam aku dan Amiera berbuka puasa ngan McD... ngeh3.. tapi ya Allah.. letihnya lepas berbuka toksah cakaplah... ngantuks mata nak tutup jerk.. aku biasanya berbuka puasa ngan air teh panas jerk.. sejuk2 aku kureng.. takut sakit.. so, semalam minum milo ais.. hmmm.. lemau lah aku.. utk en hubby aku kena masaklaaa.. en hubby dah biasa makan nasi2 ni.. nak2 pulaks pekena sup gearbox kambing.. import dari Perak nun.. pergh... hehehhehe.. macamlah aku makan kambing...

alhamdulillah.. tq laling belanja mcD..

Salam Ramadhan al-Mubaraq


New & Pre-loved Carlo Rino & Fareeda for sale

Assalamualaikum...

Sempena Ramdhan al-Mubaraq dan nak raya ni kannn.. aku nak jual pre-loved spt di bawah... walaupun sayang nak menjualnya... tapi dari tak dipakai.. baik aku let go jerk..

Sesiapa yg berminat boleh hubungi saya melalui email arina_melissa_idayu@yahoo.com.. self-pick up ONLY!.. COD.. serius buyer ONLY!!

CARLO RINO (pre loved)

RM 120.00 only! (condition 9/10.. size 6'x9.2')

SOLD!! (color - white+pink+blue, condition 9/10, size 9.5'x33.2')



  RM 150.00 
(size - 36, hanya digunakan sekali sahaja.. harga asal RM229.00)

******************************************

TUDUNG & AKSESORI
 

Fareeda 3 Layer- RM 100.00


Fareeda 2 Layer Brooch Cincin- RM80.00 

Ala-Fareeda 3 Layer - RM80.00


13 Ramadhan & Iftar

Assalamualaikum..

Alhamdulillah masuk hari ke-14 kita berpuasa.. cepat jerk masa berlalu kan...

Jumaat ni Nuzul Quran.. so, ramai yang ambil kesempatan shopping.. nak2 pulaks minggu gaji kann... Lagi 2 minggu nak raya.. masing2 sibuk ngan persiapan untuk menyambut hari lebaran.. especially kaum2 hawa... huhuhuuuhu... ngan kuih2 raya.. baju2 raya.. tudung2 raya.. kasut raya.. hahahhahaha... pompuan2.. ni ler kaum adam kena faham.. peel wanita memang cenggini.. tapi tak semua pompuan cam aku ni.. ngeh3.. aku jerk yang hover!

Juadah berbuka semalam.. aku masak sesimple yang boleh.. badan dan pinggang aku menyucuk2.. sakit sangat2.. nak demam pun ada.. tak tau kenapa.. gagahkan jugaks masak demi suami dan anak2 tersayang.. walaupun en hubby offer beli kat luar.. tak.. selagi ada kudrat.. selagi aku tak pengsan.. insyaAllah.. aku akan cuba buat.. tapi kalau aku kena migrain.. memang tak boleh laa.. rasa nak pecah kepala otak..

 
kacang panjang tumis +kari ikan tenggiri+ikan masin.. dah tak rupa kari dahh.. sakit2 pun sempat lagi nak ambik gambar..

Lepas berbuka aku telan ubat demam.. alhamdulillah hari ni rasa segar sket.. semalam.. ya Allah.. nak buat keje tu.. tensi! ngan tak sihat nya.. ngan suhu yg sejuknya kat opis ni... grrrr.. nak suh fikir coding... aduiiii.. nyut2 kepala otak.. 

Salam Ramadhan al-Mubaraq..


10 - 12 Ramadhan & Iftar

Assalamualaikum..

Monday blues kah?? arghhhhhh.... ngantuksnya pagi2 ni... cuti 2 hari rasa macam tak cuti... tak habis2 ngan kerja2 rumah.. nak kata bersih rumah tu dak gak.. cenggitu gaks.. sapu2 ada gaks habuknya.. arghhh.. tensi.. mainan2 tu toksah cakaplah.. bersepah jerk memanjang.. malas aku nak nengoknya.. bilik anak dara tu pun sama.. kadang2 tersusun jerk.. kadang2 macam tongkang pecah! tak tau nak kemas macam mana rumah kecik tu... barang tak hengat punya banyak.. cuti lepas raya ni kot boleh buat 5S..

Cuti ni uols gi mana? aku pi KL ngan Bangi sajork.. cari barang utk goodies besday anak2.. tahun ni celeb simple2 jerk.. yg penting ada utk ingatan anak2.. pastu jalan2 kat PKNS Bangi.. jumpa tudung kanak2 ala Fareeda... hehhee.. sweet jerk.. harga pun murah.. rm10 sajork.. ada corak sweet love dan sweet butterfly..

Ok.. juadah berbuka pulaks..

juadah hari ke-10.. 

hari ke-11.. buat pertama kalinya kami ke bazar Ramadhan.. tapi lauk pauk aku dah masak siap2.. cuma pergi utk beli juadah2 lain spt murtabak, roti john, otak2 etc.. tapi tu semua kami makan lewat sket kecuali murtabak..  sampai2 rumah dah nak kul 7.15.. kelam kabut ok!! dengan sotong sumbat tak bakar lagi... ngeh3.. sib baik sempat..

wat rugi jerk beli murtabak.. ada rasa masam2 sket.. yerk!.. abaikan lidi yang masih melekat kat sotong.. tak sempat aku nak tanggalkan.. pandai2lah Amiera buang sendiri.. somput akak ngojar maso.. nak berphoto lagi.. hahhahahaha...

juadah hari ke-12.. sebab letih berjalan ke sana ke mari.. so, en hubby just beli ayam golek ngan roti john.. pastu aku panaskan lauk semalam yg tinggal sket jerk.. dah.. simple..

Salam Ramadhan al-Mubaraq..


Jualan The Store @ Putrajaya

Tengahari tadi follow member opis usha jualan gudang the store kat perbadanan...

Sampai2 jerk dah ramai orang.. belek2 gak ler mana yg berkenan.. ada yang murah dan ada yang sebaliknya.. kena pandailah pilih memilih.. nak kata aku ni pandai pilih tu dak gak laaa.. pantang nampak cantik jerk.. hehehhehe...

Jualan ni diadakan bermula hari ini sehingga 28 Julai.. dari pukul 10 pg hingga 10 mlm..

pic credit to fb perbadanan

2 helai tshirt dan sepasang baju tidur utk Amiera.. bertambah2 baju raya Amiera.. lain kaler yang aku nak cari.. lain yg aku beli... inilah peel aku... serta sehelai blanket..


9 Ramadhan & Iftar

Assalamualaikum...

Hari ni hari Jumaat... yeaahhhhh... esok cuti.. bestnya... nak tidurrrrrrrrrrrrrrr... boleh sambung kerja keras tangan aku yang tak siap2 tu...aduiiii... bila nak habis ni...

Alhamdulillah dah 10 Ramadhan hari ini.. baju2 raya aku pun semuanya dah siap.. tudung selai lagi tak de.. cehcehceh.. mana nak cari ek?? buat2 tanya laks ya... kasut raya tak nak beli tahun ni.. guna jer yg ada.. tudung Amiera jerk yang tak cari lagi..

Untuk juadah berbuka semalam.. makin lama makin simple aku masak.. ngeh3.. terkejar2 ok.. ngalahkan Masterchef pulaks.. kejap2 nengok jam.. semalam just masak nasi lemak, ayam goreng berempah dan mee hailam..

aku just berbuka ngan mee hailam jerk.. dah tak lalu nak makan nasi.. si Amiera ngadap nasi lemak ngan ayam goreng tu pun dah kira sedap gamaknya.. 

Salam Ramadhan al-Mubaraq


7 - 8 Ramadhan & Iftar

Assalamualaikum...

Bulan2 puasa ni tak tau nak update apa selain juadah berbuka.. hehhehehe... mood nak mengarang citer2 lain tu ntah ler.. maleh!

Alhamdulillah.. Amiera masih mengekalkan prestasi cemerlang... harap2 Amiera berjaya hingga ke penghujung Ramadhan..

Kejap jerk dah seminggu kan kita berpuasa.. sungguh cepat masa berlalu..

Teringat aku zaman masa kecik2.. zaman baya2 Amiera... teruk ok masa berpuasa.. dahlah pergi balik sekolah tu menapak punyalah jauh.. dengan panasnya.. letih ok!! sampai rumah pi terjun sungai.. huhuhuhuhuu.. baru lega.. best2 mandi sungai.. bila dah petang menjelma.. badan pun dah lepai.. rasa masa tu tersangatlah lama nak berbuka.. tersadailah aku kat tangga.. hahahhahaha... letih gamaknya... bila berbuka.. air yg arwah nenek aku selalu buat.. sirap selasih... huhhuhu.. time tu.. tu jerlah yang sedap..

kalau lepas berbuka.. tak sah kalau tak main mercun kat laman rumah kampung arwah nenek aku.. dah kawan baik aku time tu cuma abang aku jerk.. berdua jerlah kami.. jiran2 jauh..

bih kurang cenggini lah mercun yg kami pernah main.. tapi sekarang ni dah macam2 mercun yg ada.. naik takut aku dibuatnya.. apatah lagi nak bagi anak2 aku main.. sorry the morry ok!.. pic credit to google..

yang best bila dah masuk 27 Ramadhan.. tiap2 malam dok pasang pelita keliling rumah.. meriah sungguh ngan cahaya2 lampu.. dan yang paling tak seronok bila nak kena bangun sahur.. awal pagi siot.. rasa2 aku dalam kul 3 cenggitu kot.. dahlah sejuk banget!..

waa.. tetiba mood raya pulaks..

bila nak raya pulaks.. awal2 pagi kena bangun.. mandi air perigi pagi2.. sejuk siot... pakai baju raya.. makan ketupat dan rendang buatan arwah nenek aku... mabeles ok!.. dapat duit raya dari makcik2 aku... pastu gi beraya ngan kawan2 keliling kampung... sampai penuh perut ngan air.. dah tak larat rasanya nak menelan air apatah lagi nak makan biskut2 raya.. tapi collect duit raya semestinya nak... yang kelakar bila masing2 dah tak larat.. muka kelat jerk nak menelan air.. yang buat2 minum pun ya... haahahahha.. tak sampai 5 minit dah nak bla... pastu bi beratur salam tuan rumah collect duit raya.. paling best bila pergi rumah besar2.. dapatlah 50 sen ke rm1 ke.. hat rumah2 biasa ni.. dapat 20 sen jerk.. tak dapat pun ada.. time tu masing2 merungut tak dapat apa2... hahhahahah... tapi tu dulu.. masa tu rm1 kira besar gaks tau.. bestnya raya zaman kanak2 di kampung kan??...uols pernah tak??

zaman sekarang ni pun suasana beraya tu mungkin masih ada tapi kebanyakannya di kampung2... di bandar2 agak susah sket.. almaklumlah.. mak ayah tak benarkan anak2 keluar sesuka hati atas dasar keselamatan.. tul tak?? kalau aku pun tak bagi Amiera kuar ngan kawan2 dia..

dan setiap tahun jugaks arwah nenek aku akan bawak kami ke Johor jumpa arwah tok ban (gelaran arwah nenek belah arwah ayah aku).. naik bas lompat ok.. semua tu kenangan indah yang memang susah nak dilupakan..

cehcehceh.. kata takde mood nak ngarang.. tetiba panjang lebar ni apa kes! hahahahhahahha... aku ni pantang.. kalau dah start menaip dan timbul satu idea.. berjela2 lah..

oklah... ni jerk juadah berbuka kami yang sederhana..

juadah berbuka hari ke-7..

  
juadah berbuka hari ke-8.. nasi ayam dan mee goreng.. alhamdulillah...

Salam Ramadhan al-Mubaraq..


6 Ramadhan & Iftar

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. dah masuk hari ke-7 pada hari ini.. semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh kesyukuran..

Begitu juga ngan anak dara aku nan sorang.. dengan bangganya dia cakap ngan aku masa berbuka.. yang dia tak lapar pun... cuma masa sekolah pagi jerk perut dia berbunyi... hahahhaha... alhamdulillah.. harap2 dia dapat bertahan dengan dugaan2 di dalam bulan puasa ni..

Untuk juadah pulaks aku just masak simple dimple jerk.. masak banyak2 pun nanti bukannya habis pun.. membazir jerk.. nak kejar masa pun yerk kan.. asam pedas tenggiri dan telur dadar... masa berbuka tu kesian laks aku nengok Amiera makan.. dia cuma makan telur dadar ngan nasi jerk.. bila aku suh makan asam pedas tu dia geleng kepala... then bila aku pujuk2 dia.. baru dia nak mencuba asam pedas.. Amiera ni memang memilih sket ok... aku suh dia rasa sedikit.. nak tau apa komen dia... 'mama.. nak lagi...'... pastu ko... bertambah2 Amiera makan... haaa... baru kena penangan asam pedas nogori... tapi tak pedas sangat ok.. aku blend cili hat tak pedas dan hat kurang pedas.. so, hasilnya memang boleh dimakan oleh budak2 patern Amiera.. tapi jangan orang nogori yang makan.. memang tak umphh lah jawabnya..

simple.. but menyenyangkan.. alhamdulillah..

Salam Ramadhan Al-Mubaraq..





3 - 5 Ramadhan & Iftar

Assalamualaikum...

Sihat semua? macam mana ngan ibadah puasa uols ngan family.. mesti best kan.. especially time nak berbuka tu.. macam2 yg difikirkan nak makan apa.. nak gi bazar mana.. nak berbuka kat mana... etc..

Hari ni dah hari ke-6 puasa.. dan selama 5 hari yang lalu.. Amiera berjaya melalui pelbagai ujian especially semasa bercuti.. sakit jiwa dia nengok Fateh makan...huhuhuhuhu...

Waktu cuti ni pun aku tak de gi mana2.. cuma semalam kami pi kedai alat jahitan coz nak beli manik.. nak sambung balik keje2 keras tangan aku tu... itupun sekejap jerk.. pastu balik rumah balik.. ke bazar pun kami tak jengah2 lagi.. alhamdulillah.. takdelah nak membazir sangat.. banyak lagi haluan duit nak raya ni kan.. huhuhuhuhu...

Oklah.. ni juadah yg dihidangkan untuk berbuka.. sederhana sajork.. yg penting kenyang..

iftar ke-3.. pajeri nenas+udang, udang bersalut tepung, ikan masin dan ulam bendi..

iftar ke-4.. ayam masak kicap, pajeri nenas dihangatkan semula, agar2 laici..

iftar ke-5.. udang masak lemak, sambal sardin+kentang, spaghetti request dari Amiera..


2nd Ramadhan & Iftar

Assalamualaikum...

Semalam genap 2 hari umat Islam berpuasa..

Dan alhamdulillah.. Amiera berjaya puasa penuh.. macam2 aku bagi dia makan masa sahur.. nasi +lauk wajib.. pastu suh dia makan sekali cereal dan susu.. last sekali sebiji kurma dan air suam... hehehhehe.. terkulat2 dia nak ngabihkan...

Aku sampai rumah pun dah nak dekat kul 6.. as usual ke dapur lah kan... aku cuma masak sambal tenggiri dan telur dadar.. panaskan balik kuah gulai nenas ikan masin... dan diserikan dengan lauk tambahan ayam masak lomak cili api + dadih pemberian opismate Eida.. thanks Eida..

ni pun dah kira cukup buat kami.. sederhana sajork..


1st Ramadhan & Iftar

Alhamdulillah... semalam Amiera cukup puasa pada hari pertama.. kebetulan aku MC.. sek agama petang dia pulaks memang cuti.. habis sekolah pagi.. terus balik rumah.. lepak2.. main2 ngan adik dia.. pastu tidur.. letih gamaknya.. first day kannn..

Juadah berbuka aku just masak hat simple2 jerk...alhamdulillah..


Selamat berpuasa dan selamat berbuka..


Hasil MenyopPINK @ Sogo & Fareeda

Ingat tak n3 sebelum ni.. aku ada bagitau yg aku akan update apa yang aku beli kat Sogo masa member sale Jumaat lepas..

So, seperti yang dijanjikan... memang tak banyak compare dengan tahun sebelum.. baca di sini.. banyak kan??? tapi tahun ni aku borong cuma satu bakul jerk.. tapi regenya.. masih tak dapat nak capai target aku.. mesti berlebih.. aduiiiii... camna nak berjimat ni... kopak mama camni sayang oiiii...

Ok.. dari Putrajaya kami gerak dalam pukul 9 lebih.. tapi biasalah kan.. kalau nak ke KL tu tak sah kalau tak jem... kami parking kat Maju Junction sajork.. memang susah nak dapat parking kat Sogo.. sampai2 jerk.. makan dulu.. kasi perut kenyang2... hhehehehhe... baru ada tenaga sket nak terjah lautan orang kat Sogo nun..

Aku dah decide ngan en hubby... aku akan cari baju2 Amiera.. manakala en hubby dan Amiera akan cari baju2 Fateh.. sebab kami plan nak balik awal... ada misi lain pulaks..

Masa dok mencari baju2 Amiera.. aduiiiii... sesak beb!.. tak kira pompuan.. tak kira lelaki.. sama naik... aduiiii... yg paling best kat area jenama Polo.. hahahhahahha... tak boleh nak mencelah langsung.. diskaun giler2 gamaksnya.. so, aku yang pendek ni cuma boleh bersuara dari belakang.. 'kalau ada saiz 10 bagi saya ya.. '.. ceh..ceh..ceh... sopan.. dan kebetulan tak lama lepas tu kakak kat depan tu pass kat aku.. alhamdulillah.. ambik jerlah.. keputusan nak beli ke tak.. kita tapis kemudian...

Dah settle cari baju Amiera.. aku cari diorang.. kalau ikutkan hati memang tak puas lagi nak round.. tapi sebab nak kejar masa.. cukup jerlah apa yg ada kat tangan... sekali nampak Amiera tengah lepak baik punya kat seksyen baju tidur Hello Kitty... dah ada baju2 Fateh dalam bakul.. pandai gaks en hubby aku pilih.. tapi rege nya.. mak aiiiiiii... jatuh jantung aku...




Salam Ramadhan Al-Mubaraq

Assalamualaikum...

Sihat semua? aku tak sihat laaa.. masih batuk2 dan selesema..

Aku baru masuk keje hari ni.. kepala tengah blur.. tup2.. dapat job baru.. huhuhuhuhuhu... nak start balik koding... aduiiiii.. nak2 pulaks tengah tak sihat ni.. memang tak bleh nak fikir laaa...

Ada masa nanti aku update ok.. anyway.. selamat berpuasa utk semua blogger2, silent reader, sanak sedara dan sesiapa sahaja yang beragama Islam...


Shopping!! Butik Fareeda..

Yeah.. yeah.. yeah... esok aku cuti weiiiiii... seronok weiiiii.. terapi minda setelah penat bekerja.. ceh..ceh.. ceh... penat ok!! kepala otak aku ni ngadap skrin komputer hari2.. makin rabun aku dibuatnya.. tak taulah esok camna aku nak shopPINK ni..

Rutin tiap2 tahun aku akan pi kat sini.. Sogo lah.. pi mana lagi.. shopPINK baju raya anak2.. baju aku takdelah.. cukup jerk ngan baju2 kurung tu.. taun ni aku displin sket.. aku just tempah 4 pasang jerk.. konon displin.. hat kain ela berpasang2 kat rumah tu kira gaks kan... hahahhahahaha... takpe.. tu lepas raya punya cerita.. itupun kalau aku rajin nak suh orang jahitkan...

Sebut pasal sogo ni.. ada gaks yg tak berapa nak suka pi sogo ni bersesak2.. tapi aku ok jerk.. aku kan kurus.. redah jerk.. tapi sekali hat yang big2 tu mencelah.. opocott.. nak tercampak aku ok!.. mencik tau.. aku suka kat sini sebab semua ada.. dari hat ntah apa2 jenama sampai ke yg ada jenama.. hehehhehe.. so, boleh buat pilihan.. dan time ni lah diorang akan keluarkan stok2.. baru ke lama wallahualam.. cuma rajin tak rajin jerk nak memilih.. dari segi prize.. nak kata mahal tu tak semuanya mahal.. ada gaks yg murah.. so, sebagai pembeli kenalah bijak... hohohohohoho.. bijaklah sangat aku ni...


Ok.. berbalik pasal baju raya.. baju rayanya dah siap sepasang.. proses nak jahit manik hat simple2 pun aku tak start lagi... aduiiiiiiii... awat malas sangat ni...hat 3 pasang lagi masih ada kat tailor..

Harap2 esok aku boleh kawal nafsu membeli... huhuhuuu.. tak nak beli banyak2.. setakat yang perlu sahaja.. boleh ke?? ahahhahah.. tak caya??? tunggu next n3.. apa yg aku beli... ngeeeeeee....

Lepas ke Sogo esok.. aku nak singgah butik tudung peberet.. walaupun dah banyak yg ala2 ni kan.. tapi hati still nak ke sinun jugaks.. dapat selai dua jadiklah.. nak beli banyak??? ko nak mampos!! mana nak cekau duit banyak2.. harap2 jumpalah tudung yang sesuai ngan kaler baju aku tu...

Hujung minggu ni Fareeda nak rasmikan butik baru bersebelahan butik lama.. makin besarlah butik Fareeda.. Maya Karin pun ada khabarnya.. kan comelnya tu bila pakai tudung... dan khabarnya juga diorang nak jual koleksi baru Sweet Ribbon dengan harga rm120... tapi aku tak pergi... huhuhuuhuu..



Teknik Mudah Operasi Darab

Teknik ni memang sangat mudah.. aku dapat tau dari fb... bagus3..  ilmu yang sangat bagus untuk dikongsi..

Kat fb tu diorang share melalui video.. tapi aku tak dapat nak upload kat sini lah yerk..

So, aku pun mencuba teknik tu.. benarkah?? sesuai kah untuk diajar pada anak2 yang malas sangat nak hafal sifir..??

Dan.. nampaknya teknik tu memang berjaya... bolehlah nak tunjuk kat Amiera.. kat bawah ni aku tunjuk contoh yang dah aku cuba buat.. korang abaikan jerlah yerk tulisan tangan aku yg buruks itew..

Proses darab melibatkan 2 angka


Apa??? tak faham... senang jerk... sila lihat step by step spt di bawah ok..

1. Dua set no aku tandakan sebagai A dan B. Uols gariskan ikut bilangan no dari atas ke bawah seperti contoh A1, A2 dan B1, B2... macam main silang pangkah kan..

2. Buat lengkungan di kedua belah sisi kiri dan kanan.. then uols kira bilangan titik garis2 itu bersilang.. seperti contoh pada lengkungan pertama dan lengkungan kedua.. ada 2 (kanan) dan 12 (kiri) titik bersilang..

3. Uols nampak tak garisan berwarna putih.. uols kena campurkan jumlah titik garis2 bersilang di atas dan di bawah.. seperti contoh ada 10 titik kesemuanya..

4. Sekiranya hasil pengiraan melebihi 2 angka.. so, angka di sebelah kiri perlu di tambah ke kumpulan nombor di sebelah kiri.. lihat anak panah berwarna biru gelap..

5. So, itulah jawapannya...

 Proses darab melibatkan 3 angka



S E L A M A T    M E N C U B A !!!


Cap.. cap..

Assalamualaikum...

Jap lagi nak lunch kan...

Hari ni aku ada seminar 5S.. semestinya ada sarapan dan lunch disediakan.. jemput makan semua...

ada lagi lauk daging ngan sambal bilis kering.. daging aku tak makan.. so, aku tapau jerk.. kes malas nak masak malam.. kwang3..


Oklah.. topik takde kaitan dengan menu juadah hari ini... tapi cara/teknik/kaedah makan setiap orang.. dan ianya takde kaitan dengan sesiapa samada yang masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia... sekadar nasihat dan panduan buat semua..

Ada yang makan sopan.. ada yang makan gelojoh.. ada yang makan sutir2.. ada yang makan penuh satu mulut.. hahahhahaha.. nak bernafas pun susah... hat yang makan sutir2 tu aduhaiiii... lemas aku nengoknya.. rasa nak tolong perabihkan cepat2 jerk... hat makan banyak2 tu lantak koranglah... ok itu cara nak suap makanan ke dalam mulut... hehehhehe..

Ni kaedah nak mengunyah pulaks.. aduiiiii... hat slow2 motion tu.. memang baguih laaa... ikut sunnah.. hat kelakar pulaks.. kunyah sekali terus telan.. perghhhhh... kalah anaconda... hehehheh... jangan marah ek... gurau jerk.. tapi yang buat aku sakit telinga kalau aku dengar orang kunyah makanan berbunyi cap.. cap.. cap.. tensi mak nok!! ntahlah.. mungkin ada pengalaman pahit sebelum ni.. mengingatkan aku kepada seseorang... grrrrr... eiiiii.. aku tak boleh terima ok!!

Apa pun.. kita dah diajar adab semasa makan sejak dari kecik lagi.. so, kalau dah besar2 panjang tu.. dah boleh berfikir.. so, iuols.. tunjuklah teladan yang baik2.. especially kalau dah berfamily.. anak2 tengok... sendiri mau ingat!


Program Titian Kasih & Bridging The Gap

Assalamualaikum..

Sebelum nak dapatkan mood sambung buat keje2 coding aku yang tak berkesudahan ni... huhuhuhu.. meh aku nak update sket blog kesayangan aku..

Hari Sabtu lepas.. sekolah Amiera ada menganjurkan program perjumpaan ibu bapa dan guru2 untuk melihat prestasi anak2 bagi tempoh pertengahan tahun yang pertama..

alahai.. awat aku tak perasan eh info dalam ni... huhuhuhuu.. dah terlepas dapat free keychain.. nak jugaksssssssss......... pic credit to fb PIBG..

Sebelum kul 8.30 aku dah pi sekolah.. takut ramai kan.. pergilah ke kelas Amiera.. tapi nan ado.. sunyi sepi jerk.. aitttt... kat mana pulaks diorang buat ni.. baru si Ameira teringat kat mana.. kat pusat sumber ropa2nya..

Turun setingkat.. tengok dah ramai gaks parents yang beratur untuk mendaftar.. haiya.. sudah silap lor...

Ramai gaks parents yang mengeluh tak tau kat mana.. dah daftar.. masuk jer dalam pusat sumber.. alamak.. ramainya parents.. camna ni.. nak buat apa ni??? aku dah confuse.. tengok kat meja2 hanya ada signage subjek... ada subjek BM, BI, Maths, Sains, Agama dan Bahasa Arab.. nasib baik aku bawak Amiera sekali.. 

Aku suh Amiera tunjuk guru2 yang mengajar setiap subjek.. mula2 aku pi kat subjek English.. kebetulan kat situ tak ramai.. so, aku beratur belakang sorang brother tu.. tak lama kemudian en hubby aku pun sampai.. aku suh dia pi kat subjek BM pulaks.. tak perlu nak dengar sama2.. yang penting kena jumpa semua guru bagi setiap subjek secepat mungkin.. sebab parents akan semakin ramai... lagi cepat habis lagi bagus.. boleh mengurangkan kuantiti parents dalam pusat sumber tu... pasal pencapaian Amiera akan kami discuss kemudian..

parents sedang menunggu giliran.. pic credit to fb PIBG..

Untuk subjek BI, BM, Sains dan B.Arab.. cikgu cakap diorang hanya buat setakat band 3 utk setengah tahun ni.. dan alhamdulillah.. Amiera mencapai band tersebut.. menguasai.. cikgu BI cakap dia garang dalam kelas.. takpe.. aku memang setuju sangat2 cikgu garang2 ni.. hahahhahahha... biar budak2 takut dan ikut jerk arahan...

Untuk Math pulaks.. Amiera lemah dari segi pembundaran dan penolakan yang kompleks.. dari segi band.. aku pun tak berapa nak pasti.. sebab Math tak sama dengan subjek lain.. band bagi subjek Math adalah berdasarkan topik.. susah gaks nak faham.. tapi aku tau Amiera lemah kat mana.. memang kena banyak buat latihan.. komen cikgu.. Amiera seorang yang pendiam tetapi rajin.. bagi jerk keje.. dia siapkan dengan cepat.. tapi tu ler.. kadang2 nak cepat sangat sampai careless.. jawapan salah..

Untuk subjek Agama pulaks.. dari segi subjek Amiera ok.. cuma tang personaliti memang Amiera tahap sederhana.. aku faham.. camna ek nak naikkan self-confident ni?? aduiiii... sebab zaman sekarang ni nak2 pulaks konsep KSSR ni.. lebih kepada murid2 yang agresif.. tak macam zaman dolu2... ko pendiam sekali pun.. tapi kalau setiap exam dapat no. 1... kira bagus sangat lah kannnn... masa tengah dok belek2 Amiera punya keputusan.. ustazah bgtau aku.. dia pernah follow blog aku dulu2... aiyarkkk.. malu sih!.. tapi muka kena control.. jangan nak cuak2.. hehehhehehhe... bila ustazah ngajar kelas Amiera.. dia macam perasan muka Amiera... hehehhehehe... apa pun tq ustazah coz sudi singgah kat blog saya yang suam2 kuku ni.. ecehcehceh.. tetiba sopan lah pulaks..

Alhamdulillah.. tak sampai sejam dah habis.. pastu pi sarap dulu kat kantin..

Program ni memang sangat2 bagus.. tapi bila dah ramai2 agak kelam kabut.. riuh rendah.. kesian jugaks kat cikgu2 nak kena cakap kuat2.. tu baru sorang parents.. kalau 100 parents??? pengsan!.. cadangan aku.. mungkin  perlu dibuat 2 minggu.. minggu pertama utk Tahun 1 - 2, minggu seterusnya utk Tahun 3-5.. kesian jugaks kat parents yang ada anak ramai yang bersekolah... apa pun tahniah sekali lagi kepada pihak PIBG kerana menjayakan program seumpama ini..


Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (268) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (50) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (73) Biskut (1) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (192) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (148) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (115) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (12) Juadah (111) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (15) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) LIMA (1) Lovely Song (7) Luahan (2) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (2) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (68) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (16) Resepi (37) Riadah (22) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Sejarah (1) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (2) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty