Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

17 - 19 Ramadhan & Iftar @ Bora Ombak & Perantau Hill

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. hari ni dah masuk hari ke-20 Ramadhan.. lagi 10 hari Ramadhan akan meninggalkan kita.. 10 malam terakhir.. malam Lailatulqadar.. kecilnya diri ini untuk menemui malam lailatulqadar.. beruntungnya menjadi insan yang terpilih..

Lagi 10 hari juga kita semua nak menyambut hari raya.. macam mana persiapan iuols? dah beli ke barang2 keperluan? aku belum 100% lagi.. masih ada menda yang nak dicari.. hehehhee.. pompuan2.. selagi belum raya selagi tu tak habis2 nak membeli..

Jumaat lepas.. kami just berbuka kat rumah jerk.. masak sesimple yang boleh.. asalkan kenyang dan menepati citarasa kekampungan aku ni..


sambal ayam, gulai bilis tempoyak, telur dadar dan kuih muih..

2 hari bercuti.. hanya sempat membasuh dan mengemas.. sibuk ngan menda lain.. huhuhuhuhu... sib baik 2 hari tu kami berbuka di luar.. hari Sabtu berbuka di Bora Ombak, Ampang.. anjuran opis en hubby.. hari Ahad pulaks berbuka di Perantau Hill bersama kawan2 en hubby masa dia belajar dulu dan sepupu en hubby..

Bora Ombak..

Tak banyak gambar makanan.. sebab masa tu dok semeja ngan bos en hubby... huhuhuhu.. malu laks kan.. tak pasal2 dia peliks ngan aku.. cam tak pernah pi majlis pulaks gayanya.. walhal aku blogger ok!.. sebelum azan memang dah prepare ambik makanan siap2 letak atas meja.. penuh satu meja.. tengah lapar tu semuanya nak makan.. bila dah kenyang tengok pun tak lalu..

 kakak yang dah tak sabar2 nak berbuka.. lepas azan.. minum air ngan kuih sket.. aku terus pi solat dulu.. takut orang ramai kat surau.. pastu baru boleh makan dengan aman... hehehe.. menu utama makanan kampung.. makanan2 sampingan pun banyak.. larat tak larat nak telan sajork.. overall ok lah.. aku ni bukannya pemakan sangat orangnya.. asal kenyang udah..

dah lengang.. ramai yang dah balik..

lepas tu en hubby bagitau ada pelakon Tasha Shilla.. uiii.. ramainya nak bergambar ngan dia... aku yg rabun ni tak nampak ngan jelas.. yg aku nampak dia pakai dress merah kalau tak silap..

Perantau Hill..

en hubby syok borak2 ngan kawan2..

Fateh yang tak duk diam.. berlari2 kat restoran tu tak hengat dunia.. aku pun naik risau.. kalau kat rumah ni.. mau kena hambat ngan rotan ni..

kakak yang malu2 kucing..

  
takde keje.. bosan menunggu masa nak balik..

Salam Ramadhan al-Mubaraq

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah