Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Hilangnya teman bicara

Assalamualaikum..

Pagi2 ni.. sunyi jerk sebelah meja aku ni.. beli breakfast pun tapau jerk kat cafe bawah.. dah tak macam sebelum ni.. huhuhuhuhuuu...

Jumaat lepas.. kawan sepejabat merangkap jiran partition merangkap teman bicara, teman bersarapan, teman bergosip (amboiii.. cik kiah.. suka yer bergosip.. hahhahaha..).. telah berpindah ke pejabat baru.. tinggallah aku yang masih setia di sini.. hmmmm.. dah hampir 8 tahun aku berkhidmat di sini... dah 2 orang teman yang selalu bersarapan ngan aku pergi meninggalkan aku di sini... huhuhuuh.. nanges...

Tapi nak buat lagu mana kan.. masing2 ada keperluan dan komitmen yang tak dapat dielakkan.. sesungguhnya aku faham.. cuma perpisahan yang masih segar ini buat aku rasa sedih sket... huhuhuhuh...

Dan hari terakhir itu.. aku dan member2 yang lain cuba buat yang terbaik untuk beliau ingat sampai bila2... kami surprise kan dia.. kami ramai2 tunggu kat kaunter depan.. then mintak tolong orang helpdesk call dia dan kata ada someone nak jumpa.. hehehe..

special for her.. hope u like it dear..

semoga success di tempat baru..

bergambar beramai2..

kenangan bersama akan kekal diingatan selama2nya..

kak Yan gelaran dari adik2 kat sini..

kenangan dari dia..  pas baca kad tu aku sedih siottt... 

Untuk lebih tidak menyedihkan dan tak nak nanges2 ni.. aku buat seperti biasa.. seperti tiada perpisahan pada hari itu... tapi jauh di sudut hati.. memanglah sedih akan suatu perpisahan...

bertemu dan berpisah adat manusia biasa..
hilang di mata tapi di hati tidak lupa..
lalalallalalallalalalallalaa...

Comments

syalinda johari said…
sungguh sedihhh bila adanya perpisahan, tapi dengan perpisahan tu pasti akan lebih erat lagi persahabatan..kak yan bertukar ke mana kak iena?

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah