Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Program Titian Kasih & Bridging The Gap

Assalamualaikum..

Sebelum nak dapatkan mood sambung buat keje2 coding aku yang tak berkesudahan ni... huhuhuhu.. meh aku nak update sket blog kesayangan aku..

Hari Sabtu lepas.. sekolah Amiera ada menganjurkan program perjumpaan ibu bapa dan guru2 untuk melihat prestasi anak2 bagi tempoh pertengahan tahun yang pertama..

alahai.. awat aku tak perasan eh info dalam ni... huhuhuhuu.. dah terlepas dapat free keychain.. nak jugaksssssssss......... pic credit to fb PIBG..

Sebelum kul 8.30 aku dah pi sekolah.. takut ramai kan.. pergilah ke kelas Amiera.. tapi nan ado.. sunyi sepi jerk.. aitttt... kat mana pulaks diorang buat ni.. baru si Ameira teringat kat mana.. kat pusat sumber ropa2nya..

Turun setingkat.. tengok dah ramai gaks parents yang beratur untuk mendaftar.. haiya.. sudah silap lor...

Ramai gaks parents yang mengeluh tak tau kat mana.. dah daftar.. masuk jer dalam pusat sumber.. alamak.. ramainya parents.. camna ni.. nak buat apa ni??? aku dah confuse.. tengok kat meja2 hanya ada signage subjek... ada subjek BM, BI, Maths, Sains, Agama dan Bahasa Arab.. nasib baik aku bawak Amiera sekali.. 

Aku suh Amiera tunjuk guru2 yang mengajar setiap subjek.. mula2 aku pi kat subjek English.. kebetulan kat situ tak ramai.. so, aku beratur belakang sorang brother tu.. tak lama kemudian en hubby aku pun sampai.. aku suh dia pi kat subjek BM pulaks.. tak perlu nak dengar sama2.. yang penting kena jumpa semua guru bagi setiap subjek secepat mungkin.. sebab parents akan semakin ramai... lagi cepat habis lagi bagus.. boleh mengurangkan kuantiti parents dalam pusat sumber tu... pasal pencapaian Amiera akan kami discuss kemudian..

parents sedang menunggu giliran.. pic credit to fb PIBG..

Untuk subjek BI, BM, Sains dan B.Arab.. cikgu cakap diorang hanya buat setakat band 3 utk setengah tahun ni.. dan alhamdulillah.. Amiera mencapai band tersebut.. menguasai.. cikgu BI cakap dia garang dalam kelas.. takpe.. aku memang setuju sangat2 cikgu garang2 ni.. hahahhahahha... biar budak2 takut dan ikut jerk arahan...

Untuk Math pulaks.. Amiera lemah dari segi pembundaran dan penolakan yang kompleks.. dari segi band.. aku pun tak berapa nak pasti.. sebab Math tak sama dengan subjek lain.. band bagi subjek Math adalah berdasarkan topik.. susah gaks nak faham.. tapi aku tau Amiera lemah kat mana.. memang kena banyak buat latihan.. komen cikgu.. Amiera seorang yang pendiam tetapi rajin.. bagi jerk keje.. dia siapkan dengan cepat.. tapi tu ler.. kadang2 nak cepat sangat sampai careless.. jawapan salah..

Untuk subjek Agama pulaks.. dari segi subjek Amiera ok.. cuma tang personaliti memang Amiera tahap sederhana.. aku faham.. camna ek nak naikkan self-confident ni?? aduiiii... sebab zaman sekarang ni nak2 pulaks konsep KSSR ni.. lebih kepada murid2 yang agresif.. tak macam zaman dolu2... ko pendiam sekali pun.. tapi kalau setiap exam dapat no. 1... kira bagus sangat lah kannnn... masa tengah dok belek2 Amiera punya keputusan.. ustazah bgtau aku.. dia pernah follow blog aku dulu2... aiyarkkk.. malu sih!.. tapi muka kena control.. jangan nak cuak2.. hehehhehehhe... bila ustazah ngajar kelas Amiera.. dia macam perasan muka Amiera... hehehhehehe... apa pun tq ustazah coz sudi singgah kat blog saya yang suam2 kuku ni.. ecehcehceh.. tetiba sopan lah pulaks..

Alhamdulillah.. tak sampai sejam dah habis.. pastu pi sarap dulu kat kantin..

Program ni memang sangat2 bagus.. tapi bila dah ramai2 agak kelam kabut.. riuh rendah.. kesian jugaks kat cikgu2 nak kena cakap kuat2.. tu baru sorang parents.. kalau 100 parents??? pengsan!.. cadangan aku.. mungkin  perlu dibuat 2 minggu.. minggu pertama utk Tahun 1 - 2, minggu seterusnya utk Tahun 3-5.. kesian jugaks kat parents yang ada anak ramai yang bersekolah... apa pun tahniah sekali lagi kepada pihak PIBG kerana menjayakan program seumpama ini..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah