Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Wanita mengandung mati makan lemang

Assalamualaikum..

Lemang... sedap kan bila di makan ngan rendang.. tak lama lagi nak raya.. orang ramai berduyun2 nak beli lemang untuk dihidangkan semasa hari raya..

pic credit to zamimie.blogspot.com

Tapi.. tahukah anda.. disebalik kesedapan lemang tersebut.. ada peristiwa tragis yg berlaku.. tapi dari segi kesahihannya wallahualam... apa pun samada ianya benar atau tidak.. yang penting pengajaran yang perlu diambil iktibar..

Pagi2 opismate dah cerita satu kisah yang sangat tragis.. nak2 pulak nak raya ni kan.. kisah ni dikhabarkan berlaku baru2 ni di Kedah.. tapi mungkin tak masuk akhbar rasanya.. wallahualam.. cuma bila aku google kisah ni.. ada sorang blogger menceritakan kisah yang sama ngan opismate aku cerita.. sila baca disini..

Ringkasnya.. arwah mengidam nak makan lemang.. sebelum lemang dipotong dia dah makan lemang yang terkeluar sedikit dari buluh.. then dia rebah.. di bawa ke hospital.. dr cakap dia makan sesuatu yang berbisa.. so, jadi kes polis.. bila suami arwah potong lemang yang di makan.. didapati seekor ular di dalam buluh lemang tersebut.. peniaga lemang tidak membersihkan buluh lemang terlebih dahulu.. tapi hairan ek.. takkan lah masa diorang nak masukkan pulut dalam buluh tu tak perasan ada ular dalam tu.. ke ular tu malu2 nak kuar.. wallahualam..

sedapnya lemang jagung perak... sapa nak tolong buatkan??

Pengajarannya... pastikan tahap kebersihan lemang yang kita beli.. lemang hendaklah di potong terlebih dahulu.. takut ada bendasing yang jadi bahan perisa... tau2 masin semacam jerk.. yark... ngeh3.. banyak dah terjadi rasanya.. nak lebih selamat.. buatlah lemang sendiri.. rajin ke? huuhuhu..

Walaubagaimanapun... ajal maut ditangan Allah.. kita sebagai hambanya tak dapat nak menolak ketentuan dariNya.. mungkin sudah ditakdirkan ajal wanita berkenaan.. perkara yang berlaku adalah sebagai penyebab sahaja.. al-Fatihah...

Update : Sumber dari Utusan Onlie.. pihak polis menafikan akan dakwaan tersebut dan tiada laporan polis dibuat.. benar atau tidak.. itu tidak penting.. yang penting pengajaran yang kita perlu ambil sebelum membeli dan memakan lemang.. kita perlu menitiberatkan kebersihan dalam apa jua aspek termasuk pemakanan.. 

Comments

zaza ismail said…
Za sampai sekarang tak mkn lemang lps jpa ank tikus dlm lemang yg neli tepi jln..uwekk
Faina Arisya said…
za..

tikus? yarkkk.. hmm.. ni yang tak berani nak makan lemang ni..

syalinda..

cian kan..

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah