Keputusan PPA1M Fasa Pertama ~ Permohonan ku tidak berjaya

Assalamualaikum...

Semalam pihak perbadanan menganjurkan cabutan bagi projek perumahan penjawat awam 1 Malaysia (PPA1M)... dan.. keputusannya pagi ni boleh disemak di laman web PPJ..

Aku dan kawan2 yang rapat kat opis ni tak bertuah... huhuhuhu.. belum ada rezeki lagi...

Aku kalau bab2 cabutan bertuah ni memang seriau.. confirm2 tak bertuah!.. huhuhuhuhuhu... memang dah banyak kali tak bertuahnya... sadis... kalau nak apa2 aku kena usaha sendiri...

Uols ada yang dapat ke?? kalau dapat.. share ler kat blog korang berita2 gembira ni..




Jamuan Raya IBM Avnet

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. tengahari tadi kami pi jamuan raya anjuran IBM dan Avnet.. ni kali ke-2 kami pergi.. utk tahun lepas... sila baca disini..

Tahun ni meriah tetap meriah... makanan pada aku oklah... alhamdulillah kenyang.. tak boleh nak demand lebih.. menda free kan..

door-gift

juadah mula2 yang aku ambik.. 

antara menu yang disediakan.. nasi arab, sate, kuetiaw, kambing panggang, rendang, lemang, mee kari, rojak buah, desert etc..

dah kenyang... baru ingat nak bergambar... huhuhuhu...

S M I L E

nasib baik ada photographer bertugas lalu sebelum kami balik.. mintak tolong diorang snap gambar... 

masuk dalam frame tanda kenangan..

Team kami yang dapat cabutan bertuah.. waaa.. tahniah Banu..
 
Tq IBM.. tq Avnet.. thn depan jangan lupa jemput kami lagi..


Duit raya dari kawan katanya

Semalam..

Balik rumah.. Amiera hulur sampul raya kat aku.. katanya budak lelaki sekolah agama yang bagi.. aiiiitttt... aku pun peliks.. nape dia bagi.. macam2 dah aku fikirkan... kata Amiera lagi.. dia bagi kat semua budak perempuan.. budak lelaki tak semua.. dia akan pilih nak bagi kat siapa.. budak tu pun bagi kat kelas lain... banyak Mama dia bawak... dia anak orang kaya.. huhuhuuhuh...

Anyway.. tq kat ayah kawan Amiera yang bagi duit raya tersebut.. semoga bertambah murah rezeki.. aminnn...

ni pulaks duit raya yg dapat masa hari raya baru2 ni.. dah selamat masuk bank.. tak nak kes lama berulang kembali..


Bas Nadi Putra buat hal lagi..

Petang semalam..

Dengan berkobar2nya aku punch card balik seminit lewat.. konon2nya dapat kejar bas awal dan sampai rumah awal...

Tunggu punya tunggu.. bayang langsung takde.. yang ada pun semua pergi Putrajaya Sentral... bas direct langsung takde.. hangen jerk.. kul 5.30 masib bleh sabar lagi...

Penumpang yang nak balik ikut laluan ke rumah aku semakin ramai.. tu baru satu bus stop.. belum campur lagi ngan penumpang2 lain kat bus stop seterusnya... dan belum campur lagi pekerja2 asing yang selalu naik bas ngan kami.. diorang paling ramai..

Kul 5.47... member aku kat sebelah dah panas hati... dahlah cuaca panas terik.. nunggu kat bus stop tu... aduiiiii.. berpoluh2.. aku SMS kat hotline Nadi Putra.. buat aduan perihal bas yang langsung tak ada.. tapi takde balasan... hmmmm... biasanya kalau aku msg mesti ada orang balas... 10 minit kemudian.. aku hilang sabar.. aku call terus... wakil Bas Nadi Putra tu bagitau bas on the way.. on the way dari mana pun tak tau..

Bas2 lain especially yang menghala ke Presint 5, Cyberjaya dan Desa Pinggiran dah lalu 2 ke 3 kali.. tu belum lagi bas yang ke haluan Presint 8,9,10,11,17,18... dah banyak kali buat pusingan.. apa kes?? ke mana pulaks 2 bas (bas yang ke laluan perumahan kami) yang pergi ke Putrajaya Sentral tak sampai2 lagi... tak patah balik ke?? pihak Nadi Putra.. sila jawab!

Tunggu lagi 10 minit.. baru bas sampai... tapi aku tak suka naik bas ni coz why.. dia akan round banyak tempat... dahlah bas tu jenis sit tak banyak... bayangkanlah berapa ramai penumpang yang nak balik.. aku rasa lebih dari 100 orang.. nasib baik bus stop aku tu adalah hentian yang pertama.. so, semua orang dapat duduk.. sampai bus stop kedua.. bas dah penuh dan ramai yang berdiri..

Bila lalu ke bus stop yang ketiga... perghhh... ramai siot yang standby nak naik bas.. bas langsung tak singgah kat bus stop.. ngeri driver nak bawak ramai2 penumpang kot.. sampai pulaks kat bus stop yang ke-4.. lagi ramai pekerja asing... mencanak bas lalu tak nak berhenti... kesian pulaks ngan diorang.. tapi nak buat macam mana.. bas satu jerk yang ada buat masa tu... lalu pulaks ke bus stop ke-5.. pun ramai.. bas buat dek jerk...

As usual.. bas ni mesti masuk Alamanda... tension nya.. dahlah sampai lambat... nak merewang lagi... rupa2nya ada sorang mamat ni yg nak pi Alamanda.. bas tu pun tak ambik penumpang yang sedang menunggu.. kesian adik2 sekolah yang nak balik rumah.. kena tunggu bas lain yg tak tau bila nak mai...oh ya masa nak masuk simpang ke Alamanda tu barulah nampak bas direct lalu... confirm bas tu akan padat cam ikan sardin.. muat2 utk penumpang kat bus stop ke-3 dan ke-4 agaknya..

Bas yang aku naik kemudian hantar penumpang ke kawasan apartment Presint 15 dan kemudian jalan2 makan angin ke kawasan perumahan teres Presint 15... aduiiii... sib baik ada sorang penumpang yang turun.. kalau takde tu memang hangen jerk..

Ok... bas sampai kat area rumah aku dalam pukul 6.40 petang ko!... aku tunggu dari pukul 5.01 minit petang.. sampai rumah 1 jam 40 minit kemudian... hellooooooo... rumah aku dokek yo.. 15 minit dah boleh sampai... 1 jam 40 minit aku dah boleh sampai tol Air Keroh tau... grrrrrrrrr.... tension!!

Yang paling best.. ada sorang penumpang ni bagitau aku... dia dah tunggu dari pukul 4.35 minit petang... sampai kat kawasan perumahan dia dalam pukul 6.30 petang... means dia sampai rumah 2 jam kemudian... perghhhhh.... jauhnya rumah dia... macam duk kat Perak pulaks... adoiiiii...

Penat... letih... panas... semua orang especially kaum2 hawa stress dan tak larat utk uruskan hal2 rumah...

Wahai pihak Nadi Putra... kenapa perkhidmatan bas semakin teruk... jangan jadikan alasan tiada bas.. sebab memang ada bas yang lalu cuma bas tu tak patah balik... ke mana perginya bas tersebut??

Harap diambil tindakan sewajarnya..

Update : Aku baru terbaca maklumat dari blog Ahli Parlimen Putrajaya berkenaan bas Nadi Putra.. sila baca disini.. ada satu petikan yang menarik utk aku kongsi di sini...

Dalam taklimat tersebut, Ku Nan dengan nada serius menekankan tentang kepentingan penjadualan bas henti-henti, kos penyelenggaraan yang terlalu tinggi yang ditanggung oleh kerajaan yang mencecah lebih dari RM 70 juta, menaikkan gaji pemandu bas, cadangan menaikkan kadar tambang daripada RM 0.50 kepada RM 1.00.

Nak naikkan kadar tambang bas... aku tak kisah!! tapi mungkin ramai yang akan tidak berpuashati sebab apa??? perkhidmatan bas yang ditawarkan agak teruk... so, kalau nak naikkan kadar tambang bas.. pastikan kami sampai 15 - 30 minit ke rumah.. boleh?


Breakfast!

Assalamualaikum..

Ceria2kan hari anda dengan memulakan sarapan yang berkhasiat... ngeh3..

Hari ni sarapan aku agak kurang berkhasiat... ni menambahkan kemanisan dalam darah... huhuhuhu...


                       Teh Panas bersama Lempeng + Kuah Durian Versi Nogori aka Lompuk Durian


Selamat Bersarapan Semua..


Strawberry Quick vs Makhluk PINK

Ngeh3.. terbaca info kat fb pasal bahaya strawberry quick/quik.. whatever..

kesahihan berita benar atau tidak.. wallahualam.. tapi sebagai parents harus waspada dan kena inform anak2... harap sangat menda bahaya2 ni tak dijual merata2 tempat..

pastu cepat2 aku google gambar.. nak tau menda alah tu kan camna ropanya... hmmm... rasa2nya Amiera pernah beli pop rocks candy tapi packaging dia lain.. memang lain macam.. meletup2 bila kena air.. kat kedai pun satu.. diorang jual gula2 yg ntah apa2..

masa dok usha gambar tu.. tiba2... ada satu gambar tu tersangatlah comelnya...

alololo... serius comel! tapi kalau jumpa kat mana2... aku lariks dulu... 

- all pics credit to google -


Jiran setinggan baru

Assalamualaikum...

Aku dah dapat jiran setinggan yang baru... ada teman borak2.. gosip2... ngeh3... gosip je koje ko ya!

Yan.. Ina dah dapat kawan baru....  tapi boboi la beb! tak kisahlah... asal ado!

Oklah... tu sajork cerita ceriti hari ni..



Jauh sudut hatiku..

N3 luah perasaan.. huhuhuhuh... suka hati aku lah nak tulis apa kan.. nak cerita kisah gembira ke.. sedih ke.. ada ko kisah? tetiba...

Prinsip aku.. aku tak suka berkira ngan sesiapa pun... samada dari segi ilmu, rezeki (if any.. tak boleh nak memenuhi kehendak semua orang..), tips dan apa jua yang boleh aku kongsi.. tapi setakat yang aku mampu lah kan.. tapi janganlah hover!

Dan.. aku paling pantang.. kalau ada orang berkira ngan aku.. ngan anak2 aku.. ngan mak ayah aku.. ada jugaks orang jenis cenggini ya.. aku pun tak faham.. jenis kedekut mak mek! boleh pulaks pilih bulu.. whatever.. aku tak hadap pun.. tapi dari segi cara tu nampak sangat2..

Dan.. apa natijahnya?? siaplah... pelan2 aku akan berkira jugaks ngan manusia berkenaan.. pelan2 aku akan tunjuk pilih bulu aku tu... hahahahhaha... camna lah aku nak pilih bulu ya.. nak pilih hat hitam ke hat beruban... hahahhahah... poyos... walaupun jauh di sudut hati aku ada perasaan kasihan..

So, utk yang membaca n3 kali ni.. boleh jadi pengajaran.. jangan terlalu berkira dalam kehidupan.. sebab rezeki Allah yang bagi.. jatuh naik bukan kita yang menentukan..

Sekian n3 luah perasaan hari ini..




Open House & Percubaan Pertama Nasi Arab Mendhi

Assalamualaikum...

Salam pagi Isnin.. monday blues kah? hehehhe.. kat opis aku ni suram2 jerk.. black-out.. gelap di beberapa sudut... ni boleh bawa kepada kemengantukan..

Uols gi mana cuti baru2 ni.. open house kah? mesti ramai yang buat open house kan.. pagi sabtu tu keje aku ngemas, membasuh dan melipat.. dah nak tengahari baru sibuk nak memasak... hehheheh.. dah masak bagi anak2 makan dulu.. kul 4 baru aku lunch.. baguih sangat kan.. sib baik tak sakit perut.. kul 6.30 baru pi rumah opismate..dokek yo.. belakang blok rumah aku jerk..

Ahad pulaks.. aku membasuh dan mengemas lagi.. tak habis2 keje rumah kan... nama jerk cuti.. takde makna nak rehat nya.. ada jerk keje nak kena buat.. lepas zohor kami pi rumah opismate aku.. pun tak jauh sangat.. kemudian kami ke Alamanda.. shopping barang dapur sket.. teringin nak masak nasi Arab mendhi... mandhi.. whatever.. resepi dah ada.. rempah2 dah beli.. beli barang2 basah dan yg belum dibeli..

So, petang tu aku memulakan projek memasak.. resepi dia simple.. bahan2 pun mudah dapat...

TQ to empunya resepi.. Coretan Dari Dapur.. dan  Resepi Raidah

Tapi aku takdelah ikut sebijik sejibon.. ikut keperluan dan peralatan yg ada kat rumah aku sajork.. aku cuma masak 2 pot beras Jasmine Basmathi PUSA 1121.. ayam pulaks just guna stok yang ada kat rumah.. takde nak beli sekor belah 4 bagai... sebab prosesnya lama dan nak kena bakar pakai microwave.. aku takde microwave ok!.. aku just bakar atas pan jerk.. yg penting bau semerbak nasi mendhi penuh satu rumah tu... hmmmm... dapnya... alhamdulillah menjadi.. memang puas hati guna beras Jasmine PUSA tu.. beras dia panjang2... bila makan pulaks.. aku rasa macam makan kapas... lembut sangat2... lain kali nak cuba buat guna daging kambing pulaks.. tapi ayam totap ado..

pic credit to sue-hasue.blogspot.com

Hasilnya... 

cili hijau hiasan semata2.. aku tak makan ok! podeh..

Walaupun tak sesedap dan setanding nasi Arab di restoran2 tu.. at least ado.. so, pasni tak payahlah nak membazir duit pi beli kat Mr Kabab & Biryani.. tapi nak kena buat jus mangga pulaks.. baru ngam.. next time laa..

So, uols cubalah buat guna resepi tu.. InsyaAllah menjadi.. selamat mencuba..


Birthday Celebration ~ Mandi manda @ Waterworld i-City

Seperti yang telah dirancang... alhamdulillah.. cuaca yang tak berapa panas.. kebetulan pagi tu hujan kan..

Lepas sambut besday Fateh kat tadika.. kami terus ke i-City...

Layan gambar lah yerk.. lotihlah nak cerito..

Sampai jerk kat sini.. berkumandang takbir raya... pastu byk lagu2 raya berkumandang..



kelakar Fateh.. orang main gelongsong ngadap depan.. dia baring meniarap.. huhuhu.. takut gamaknya..



Fateh tak mau ikut.. dia nak mandi tempat lain..

adik main ngan ultraman sorang2.. suker betul dia mandi kat sini..


lapar sungguh anak2 aku lepas mandi manda..

Bila melihat mereka gembira.. aku pun gembira..


Birthday Celebration @ CIC

Semalam...

Buat simple celebration utk Fateh.. walaupun besday dia dah 2 hari berlalu.. tapi sebab kami cuti semalam.. so, buat hari kami cuti lah.. senang..

Dah inform cikgu hari sebelum.. pagi tu kami pi breakfast dulu.. pastu pi ambik kek yang ditempah kat Presint 18.. then baru ke CIC.. sampai ngam2 waktu student tengah rehat.. ok cantik.. aku tak ambik masa lama sebab tak nak ganggu masa rehat diorang.. setakat nyanyi2 pastu potong kek... aku tinggalkan kek ngan goodies kat cikgu.. biar cikgu yang uruskan semuanya.. lagipun buat apa kami lama2 kat situ kan.. cikgu pun tak selesa ok..

Layan gambar...

1kg choc moist.. ditempah khas dari Murni Delight.. cumel sangat kek ni.. Fateh suker.. sampai petang pun asyik dok tanya mana kek ultraman dia... hahahhaha... dah habislah sayang oiii... mama bagi kawan2 Fateh makan..

ntah apa2 mama susun lilin... ngeh3.. 

memang kecoh tadika.. i want cake!

Fateh malu2 nak dekat ngan kek..  

Kakak Amiera setia di sebelah Fateh.. walaupun hari tu adalah hari jadi kakak.. tapi sambut besday Fateh... Mama harap sangat kakak faham.. ni kali pertama Mama buat sambutan besday Fateh kat tadika.. sebelum ni Mama tak pernah nak sambut besday Fateh kat taska sebab masa besday Fateh 1, 2 dan 3 tahun, birthday Fateh & Amiera jatuh pada bulan puasa... Mama just sambut besday Fateh kat rumah jerk.. 

Happy Birthday To You... Allah Selamatkan Kamu.. meriah kawan2 Fateh nyanyikan lagu special utk Fateh..

Tq cikgu2 dan kawan2 Fateh yang meraikan birthday Fateh buat pertama kalinya di tadika..


Happy Birthday Amiera!

Semalam.. tanggal 22 Ogos.. hari ulang tahun kelahiran Amiera yang ke-9 tahun..

Tarikh lahir Amiera cuma selang 2 hari dari tarikh Fateh.. planning cuti dah lama.. masa beli tiket Waterworld i-City bulan March yang lalu.. asalnya nak cuti masa besday Fateh tapi rasa cam tak sesuai sebab baru lepas raya kan... baru jerk cuti.. so, kami decide cuti masa besday Amiera..

Untuk anak mama sayang... happy birthday my princess.. semoga panjang umur.. dimurahkan rezeki.. semoga menjadi anak yang solehah.. berjaya di dunia dan diakhirat.. mama sayang kakak sangat2..

Mama tak dapat nak celebrate kat sekolah Amiera... tak sesuai ok sayang... rasanya tak pernah2 ada orang buat... ada ke yang pernah buat??? 

Tapi Mama dah buat masa Amiera taska dan tadika ok... bila Amiera dah masuk alam persekolahan sebenar.. mama buat kat rumah sajork.. mama tak pernah lupa utk raikan besday Amiera... kalau Amiera nak tau.. Amiera boleh baca kat sini yer... Mama just bekalkan goodies bag utk kawan2 rapat Amiera..

simple celebration.. beli kek peberet Amiera.. 


Free Cream & Fudge from VIKids Club & Kerek Man

Assalamualaikum...

Malam kelmarin.. bawak anak2 pi tengok wayang.. sebelum tu bawak diorang makan aiskrim kat Cream & Fudge.. kebetulan dapat free sempena besday diorang... tapi sebelum tu aku nak cerita sket pasal sorang mamat kat bahagian khidmat pelanggan Alamanda tu... kerek sungguh!

Masa aku nak redeem gift besday petang kelmarin.. aku tunjuk kad keahlian VIKids tu kat diorang.. pastu dengan kereknya.. dia suh tunjuk SMS.. kalut lah aku cari kat hp.. rasanya macam pernah terbaca SMS tu... bila dicari.. sib baik ada.. tapi hanya ada satu SMS sajork... katanya 1 SMS satu gift... aitttt... dalam hp aku cuma ada satu SMS.. camno tu??? aku cakaplah balik... aku register utk 2 orang anak guna satu no. phone... birthday diorang dalam bulan yang sama tapi hari dan tahun berbeza.. awat dapat satu SMS sajork.. tak taulah kot2 aku pernah terdelete satu lagi SMS... kalau ya.. mungkin salah aku... tapi masalahnya sekarang ni.. tak bleh cakap baik2 ke? awat gaya ko kerek sangat!! jangan sampai aku komplen kat pihak pengurusan sudah!! tak pasal2 ko kena buang keje kang... customer is always right ok!!

Yang aku bengang tu.. macamlah ko takde sistem.. bukannya tak de pc kat situ.. dah sah2 aku ada kad keahlian.. bukannya tak boleh nak check kesahihan maklumat anak2 aku... aiiiii... tak boleh tolerate langsung!

Ingatkan dapatlah hadiah cute mute ke kan... kalau setakat free one scoop cream & fudge.. aiii... kalau aku tau awal2.. takde makna aku nak nyinggah ok! dapat pulak jumpa mamat poyo yang kerek nak mampos!!


So, malam tu.. alang2 dah ada menda free ni.. bawak gaklah diorang pi makan aiskrim... tapi kena beli lah satu lagi.. kang berebut!

aiskrim strawberi.. masam giler..

aiskrim choc oreo.. sedap..

muka puas hati dapat makan aiskrim.. 

alololo tomei mama..

jemput makan.. 

Lepas tu kami cepat2 pi tengok wayang..

bayar rm6 sajork utk Amiera..

nak tengok cerita lain.. bergambar ngan movie lain...


Free Ticket ~ GSC & Waterworld i-City


Malam ni nak pi nonton wayang.. bawak anak2 sempena besday diorang semalam dan esok (Amiera).. dapat 2 tiket free sempena bulan besday aku.. cuma tambah duit beli tiket Amiera sajork.. tapi bukannya semua movie bleh tengok ya.. selected movie ONLY!.. sib baik ada citer kartun.. so, tengok Despicable Me 2.. walaupun dah lama kuar.. tapi bolehlah.. asal Free... ngeh3..

Semalam.. kami layan dulu Despicable Me.. nak tengoklah kan apa citer yg mula2... so, takdelah tertanya2 masa tengok Despicable Me 2 tu nanti.. huhuhuhu... bila aku bukak jerk movie ni.. terus Amiera excited... nak tau kenapa?? rupa2nya dia memang tau karakter kartun2 tu... dia dah download game Minion Rush.. boleh aku tak perasan selama ni.. caitt!

gambar ni aku screenshoot kat hp.. inilah game yg diorang main..

Anak2 aku fokus sungguh nonton cerita tu... aku??? arghhhhh... bosan siot citer tu.. apa yg kelakar pun aku tak tau.. mungkin jiwa aku bukannya kartun jenis cenggitu.. aku prefer kartun animasi.. dengan kartun kecik yang tak bercakap.. bunyi apantah yg disebut... arghhh.. tak bleh bla.. en hubby dah masuk ke alam mimpi.. layan cerita kartun sendiri.. citer apa agaknya yerk? beauty and the beast kot.. ahaks..

Bila aku cakap malam esok tak yahlah tengok cerita Despicable Me 2 tu.. tak best langsung.. Amiera terus bangkang.. nak tengok jugaks.. so terpaksa lah layan kan permintaan puteri ku nan sorang.. walaupun aku tau.. mungkin aku dan en hubby akan zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz........

pic credit to www.panotur.com


Esok pulaks nak pi Waterworld i-City.. bawak diorang pi mandi manda... pun dapat tiket free sempena Matta Fair baru2 ni.. cuma bayar loker rm5 seorang.. lagi seronok ler diorang dapat berendam...

Ni lah hadiah yang tak seberapa utk kedua2 anak yang  mama sayang... semoga berbahagia di hari ulang tahun kelahiran..


Tuisyen anak dikecualikan cukai?

Cadangan akan dikemuka untuk dipertimbangkan dalam Bajet 2014: TPM

Kuala Lumpur: Kerajaan akan mempertimbangkan pelepasan cukai pendapatan kepada ibu bapa yang menghantar anak ke kelas tuisyen dan sekolah swasta..

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pertimbangan sama akan diberikan kepada ibu bapa yang mengambil inisiatif menyambung pengajian di pelbagai peringkat.


Timbalan Perdana Menteri akan mengemukakan cadangan yang disyorkan peserta Sidang Kemuncak Wanita 2013 semalam untuk perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Kewangan yang kini dalam proses mendapatkan maklum balas rakyat untuk merangka Bajet 2014.


Sumber : Berita Harian Online

*********************************************

Komen aku : kalau diluluskan alhamdulillah... blehlah pasni beria2 hantar Amiera pi tuisyen..  perihal sekolah swasta pulaks.. kalau sekolah KAFA swasta pun tergolong dalam sekolah swasta yang dimaksudkan.. lagi alhamdulillah.. kalau dikuatkuasa tahun ni... alamak!! resit2 bayaran semua dah masuk tong sampah... camno nak dpt pelepasan cukai?? huhuhuhuhu...


1 minute birthday celebration

Assalamualaikum..

Petang semalam.. sambil memasak aku deco simple puding utk celebrate besday Fateh... hehheheheh.. saja nak kasi dia happy bila balik sekolah... tapi nan ado.. manjang jerk meragam dia.. majuk ngan en hubby sebab seketul strawberri kena kidnap.. pastu merajuk ngan kakak masuk bilik tutup pintu... aduiilaaa... hero mama ni.. awat camni sayang... suka nau buat hal kalau balik rumah..

tukar kek ngan puding roti buah2an 

suker sangat dia yer.. tau2 tinggal puding jerk kat piring.. buah2 licin.. berebut2 ngan si kakak sampai merajuk2.. 

Mama Sayang Fateh sangat2...


Happy Birthday My Son!

Hari ni genap 4 tahun usia anakanda teruna ku nan sorang... Muhammad Fateh Azfar.. 20 August 2009..

Selamat Hari Jadi sayang mama.. mucuk mama... semoga panjang umur, murah rezeki.. jadi anak yang soleh dan berguna kepada agama, bangsa dan negara... aminnn...

Balik semalam.. terkezut nengok ada garisan di bawah dagu.. ingatkan dia tengah makan gula2 .. rupa2nya dia terjatuh kat sekolah... aduiiii.. first day sekolah dah macam2 hal...

Nanti kita sambut besday kat school yer sayang.. 

pasni tak nak ligat2 lagi tau sayang..


Cinta Jannah dan Puding Roti

Assalamualaikum..

Semalam balik keje lepas mandi manda bagai... terus ke dapur.. tu lah rutin harian aku.. sambil memasak sambil usha drama Cinta Jannah... huhuhuhu.. best pulaks drama tu.. teringin nak makan mee goreng.. maklumlah perut aku masih kenyang.. so, buat hidangan minum petang merangkap makan malam... ngeh3.. pastu lepas maghrib aku sambung masak sup ayam.. bagi anak2 makan.. berselera diorang makan.. tapi kena suaplah.. tak suap.. takde maknanya nak berselera...

Dalam kul 10 sambung lagi masak memasak.. nak perabihkan stok roti sebelum expired.. buat lagi puding roti.. menda senang lajus jerk aku buat.. bahan2 pun senang kan..

angkat jerk penutup pengukus.. puding tu kembang sampai nak terkeluar dari loyang.. tak sampai 5 saat.. turun balik... settle.. sejukkan.. esok boleh potong..


Masak-masak katanya..

Sabtu baru2 ni.. adik aku nak datang.. katanya nak bawak mak abah aku sekali...

So, hari sebelum tu.. Jumaat lepas.. aku bawak anak2 pi Alamanda.. shopping barang2 sket.. konon nak masaklah sket kan.. takkan nak jamu biskut jerk.. dahlah biskut aku tu tinggal 2 jenis jerk.. angkut dua orang anak2 aku... aduiiii... susah tul takde en hubby.. dahlah bawak pulus cukup2 jerk.. kalau boleh semua diorang nak.. tensi aku...

Jumaat malam tu.. aku kukus puding roti walaupun dalam keadaan letih.. aku ni cepat nau letih.. almaklumlah dah tua2 ni kan..

Esoknya.. dalam keadaan malas bangun pagi... rasa nak tidur jerk lama2.. hehehhe.. pantang hari cuti... aku kemas2 rumah dulu.. huhuu.. dah kul 12 lebih baru sibuk nak ke dapur.. pastu mulalah aku kalut.. sib baik adik aku datang lewat... blehlah wat slow2..

So, juadah hari tu aku cuma masak nasi hujan panas, ayam masak merah, dalca dan jelatah.. hidanglah ngan kek2 dan puding roti bersos kastard.. takdelah banyak jenis aku masak.. janji ado..

tuan rumah baru nak start makan..

Pastu adik aku call.. katanya diorang datang tanpa mak abah aku... hmmm.. nasi banyak2 tu sapa nak makan?? aduiiii.. last2 aku jemput kawan2 sekitar.. bila dah jemput.. rasa tak syok pulaks makan nasi jerk.. kul 4 lebih tu aku masak spaghetti.. adalah backup sket..

Alhamdulillah.. solosai.. tq pada yang sudi hadir.. jemputan mengejut tanpa ada planning apa2.. yang tak datang tu kira takde rezeki laaa.. pada yang tak berjemput.. sorry banyak2 sebab makanan terhad.. memang tahun ni aku tak buat open house.. insyaAllah.. taun depan kalau dapat bonus sebulan.. bolehlah aku buat open house... ngeh3..


Genap setahun pemergian Arwah

Assalamualaikum..

10 Syawal bersamaan 17 Ogos baru2 ni... hujan di pagi hari.. pagi2 terima msg dari kakak sepejabat yang merupakan kawan baik arwah.. telah genap setahun pemergian Arwah.. hujan yg turun seakan mengimbas kembali kenangan semasa tragedi..

Marilah bersama-sama menyedekahkan al-Fatihah utk arwah.. semoga arwah tenang di sana dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman... aminnn... al- Fatihah..

Memori tragedi Syawal yang telah meragut nyawa arwah setahun yang lalu boleh baca disini..




Hari Raya Keempat

Last n3 for sambutan hari raya bersama keluarga terdekat..

Hari raya keempat ni bersama2 keluarga belah aku.. tapi sayangnya... pada hari tu aku takde mood nak raya sebab sakit kepala yg amat... disebabkan kepanasan melanda semasa raya sebelum... nyut2 kepala.. pi rumah adik aku telan panadol.. pun tak hilang2... last2 muka suram jerk.. tak ceria.. nak ambik gambar pun takde mood..

Dah nak dekat kul 12 tengahari baru nak gi ziarah makcik aku... huhuhuhuhu... konvoi ngan adik aku..  makcik aku masak mee goreng, makcik bongsu hidang mee sup, rendang dan lemang... tapi nak ado selero.. based on daging... huhuhuhu.. nanges.. makan biskut raya jerlah aku... pastu poie Somban umah adik aku dan sepupu.. adik aku masak mee kari.. huhuhuu.. hari mee sedunia... mee sajork... adik sepupu aku pulaks masak kuetiaw goreng.. pun spesies mee.. aku kurenglah mee2 ni... huhuhuhu... tapi yang buat selera aku membuak2 bila adik sepupu kuarkan ayam telur masak lomak cili api... pergh.. aku ratah ayam tu jerk... podeh2 sodap.. ngeh3.. sama naik ngan Amiera.. keje dia nganga jerk.. jenuh aku dok kuis ayam tu pakai garpu.. sampailah ke lewat petang kami lepak kat somban.. huhuhuhu...

sakit2 gaks.. dapat gambar sekeping pun jadiklah.. 

Isnin hingga Rabu.. walaupun aku masih bercuti tapi aku tak pi beraya.. aku beraya ngan anak2 kat rumah.. ngeh3.. aku kemas rumah doh.. letih ok!! hari pertama basuh membasuh baju2 semasa raya, cuci bilik2 air dan kemas apa yang patut.. hari kedua.. basuh membasuh lagi dan kemas bilik Amiera... banyak giler sampah sarap yang Amiera kumpul dalam bilik dia.. pening aku.. hari ketiga kemas bilik Fateh dan bilik aku.. ruang tamu tak sempat lagi nak ngemas.. esok lah aku sambung ngemas.. huhuhuhu...



Hari Raya Ketiga

Assalamualaikum..

Masih bersiaran di opis.. dah macam tadika kat opis ni.. riuh rendah ngan suara anak2 aku... huhuhuhu...

Sambung lagi pasal raya.. raya ketiga pulaks.. kami semua balik kampung mertua di Bikam dan Trolak rumah pak sedara..  lepas tu kami adik beradik berpisah utk ke beraya di pihak suami/isteri masing2..

Malas nak cerita banyak.. layan gambar lagi ya...

harus posing dulu tanda kenangan..

haiiiii... tak habis2 tangan tu.. tak duk diam.. ada jerk nak dicapai utk dikunyah..

ngan Mia..

senyum.. senyum.. senyum.. last2 tertido..

my hero..

Lepas beraya di kampung kami singgah umah abang aku dulu.. pastu meneruskan perjalanan rumah mak aku.. sekian..


Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (269) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (51) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (75) Biskut (2) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (193) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (153) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (115) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (12) Juadah (115) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (15) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) LIMA (1) Lovely Song (7) Luahan (3) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (3) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (69) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (18) Resepi (37) Riadah (22) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Sejarah (2) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (4) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty