Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Juadah AidilAdha

Assalamualaikum...

Semalam agak kebzan sket nak siapkan coding... tinggal satu spec lagi belum siap.. pastu aku akan sibuk ngan urusan penilaian tender... ni yang paling aku tak suke.. aku pun tak sure macam mana pusingan kerja jadi urusetia dilaksanakan.. asyik2 nama aku jerk naik jadi urusetia penilaian teknikal tender.. penilaian sebutharga pun sama.. asyik kena bab2 teknikal jerk... aduiiii.. tensi!.. baru jerk bulan Jun tempohari jadi urusetia teknikal tender.. ni kena lagi.. dah macam tak de orang lain gamaksnya.. bagilah jadi urusetia penilaian harga ke.. pembuka ke.. kan.. takde lah rumit sangat keje2 penilaiannya...

Bukan aku nak berkira dari segi kerja.. tapi masalahnya.. bukannya tak ramai staff yg sama gred ngan aku.. dahlah pulaks.. dalam ramai2 tu hanya 3 orang jerk yg buat coding... yg lain2 cuma maintain system, jaga network, buat portal, latihan... aduiiiii... tak sesusah keje2 coding yg macam aku buat ni... aku pun heranlah... gaji sama jerk banyaknya.. tapi beban keje aku yg lebih!! tension!!!!!!!

Oklah.. taknak emo2 time preggy ni..

Nak cerita sket pasal persiapan menyambut hari raya aidiladha tempohari.. ceh3.. macamlah raya sakan...

Petang Isnin tu.. kami ke pasar tani.. kebetulan diorang ada jual sarung ketupat yg dah siap dianyam... hehheheheh.. teringin laks nak buat.. dah lama tak makan ketupat nasi cenggitu.. masa arwah nenek aku ada.. dia yg rajin buat.. aku tau makan jerk.. huhuhuhuu.. pastu tak nak belajar menganyam.. padan muka aku!

So, malam tu.. dalam keadaan aku yang masih tak berapa nak sihat... muntah tok sah cakap.. rasa nak pengsan pun ada tau!.. gagahkan jugaks masak sambil dibantu en hubby.. kalau en hubby tak tolong... aku rasa boleh pengsan kat dapur tu... Amiera tolong aku masukkan beras dalam sarung ketupat.. rajin sayang Mama... masa tengah masak rendang ayam.. kejap2 aku baring kepenatan.. memang tak boleh nak berdiri lama2.. kul 11 baru siap rendang ayam.. bila nak sambung buat rendang kambing... aku dah lembik... nak tak nak en hubby kena fokus tolong kacau rendang dalam kuali... tau2 aku dah bau hangit!!! arghhhh... cepat2 aku lari ke dapur.. huhuhuhuhuhuhu....

Alhamdulillah siap jugaks.. bolehlah makan di pagi raya...


Petang raya tu.. tekak aku tak sedap... dah muak makan rendang... aku masak puding buah2an pulaks.. sib baik ada stok bhn masakan.. jadiklah.. dapat hilangkan rasa loya... ingatkan bleh tahan 2 ke 3 hari.. tau2 petang tu.. si Amiera dah bantai tak hengat punya... makanlah nak oiii selagi boleh makan.. jangan muntah sudah!

Petang tu jugaks.. ada jiran yg juga tak balik kampung bagi kami daging korban anjuran Parlimen Putrajaya.. alhamdulillah... rezeki en hubby dan anak2.. aku tak makan daging ok!

Comments

syalinda johari said…
wiuwwww....gigihnyaa..siap juadah terhidang...sedapnya..
take care kak iena..senyum sokmo..kekekekke
Faina Arisya said…
linda,

tak masak tak makanlah jawabnya.. huhuhuhu..

rose,

tq follow..

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah