Posts

Showing posts from November, 2013

Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

3rd Pregnancy ~ Obat!

Image
  Iberet Folic utk BP aku yg rendah... tapi masalahnya asyik sembelit jerk.. dah naik padat perut aku.. jalan pun dah tak betul.. Sabtu Ahad aku telan Obimin Pluz.. Sampai nak termuntah aku makan obat2 ni... minyak tu utk kulit aku yg dah start mula gatal2.. Next week dah nak jumpa dr.. nak kena ambik darah.. nak check bp.. kalau ok.. tak mau dah aku telan Iberet Folic tu.. siksa ooo... dahlah tak sedap! Opis ni pun satu hal... sejuk jerk manjang.. dah naik kejung aku dibuatnya... tak bleh ke di slowkan aircond tu weiiiii... org kata kalau pregnant kan badan sentiasa panas... takde maknanya pada aku... keding2 ni.. sampai ke tulang ok kesejukannya... aku tak tahan dgn kesejukan.. kat opis.. dalam bas.. kat rumah... semuanya sejuk... nak2 pulaks bila dah start musim tengkujuh... aduiiiii... menggigil2 aku dibuatnya... huhuhuhu... Esok Jumaat... yeahhhh... pastu cuti.. nak tido.. nak rehat.. dah tak larat duk opis ni lama2...

3 subjek baru untuk murid Tahun Empat 2014??

Kuala Lumpur: Mulai tahun depan murid Tahun Empat sekolah kebangsaan akan mula belajar tiga subjek baru, iaitu Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan Sejarah. Menurut laman web Kementerian Pendidikan, subjek RBT akan menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran asas yang membolehkan mereka menyambung pelajaran dalam bidang teknikal atau vokasional di peringkat menengah kelak. Mata pelajaran itu merangkumi teknikal, sains rumah tangga dan teknologi pertanian, selain elemen merentas kurikulum seperti asas keusahawanan, kreativiti dan inovasi serta teknologi maklumat dan komunikasi. Mata pelajaran TMK pula fokus kepada penguasaan ilmu dan kemahiran bersesuaian dengan tahap kebolehan murid sekolah kebangsaan dalam lima modul, iaitu dunia komputer, eksplorasi multimedia, sistem rangkaian dan dunia internet, dunia pangkalan data serta pengaturcaraan. Fahami sejarah negara Peruntukan 60 minit

Rabu tanpa kata2 ~ Souvenier

Image
  keychain from Disneyland Hong Kong, coin pouch from Bangkok Thailand.. i like PINK! tq Banu so much!

Puteri Zhafiraa

Image
Special n3 utk Puteri Zhafiraa... Sapa ni yerk?? Haaaa... lunch hour tadi kami ramai2 gi terjah member opis aka blogger Bonda yang dah selamat bersalin anak ke-2 secara normal di KPMC minggu lepas.. Puteri ke-2 diberi nama Puteri Zhafiraa... seronok kakak Zahraa dapat adik ya.. bleh main masak2 bila adik dah besar kan... Tahniah buat Su dan En somi.. alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.. jaga diri baik2 semasa berpantang ya... sama-sama kita nantikan story dari Bonda tentang Puteri Zhafiraa.. Sedikit gambar buat tatapan semua dan kenangan dalam blog ni..   syoknya tidur.. dari mula kami tiba sampai nak balik.. mata terpejam jerk.. 

Year End Iftifal CIC ~ Gambar Whatsapp

Image
Assalamualaikum... Hujan lebat di pagi hari... pagi ni terpaksa mintak tolong en hubby hantar aku gi keje.. sebab tak sanggup nak redah hujan awal pagi nak gi ngantar Amiera pastu pi naik bas... sejuk woooooooooo... Pukul 7.20 baru aku hantar Amiera ke sekolah.. tu pun masih lebat.. bising mulut Amiera sebab kasut dia basah kena air.. hehehehhe.. nak buek camno nak oiiii... banyak air bertakung.. Patah balik rumah dah kul 7.35.. tengok en hubby baik punya duduk depan tv ngan Fateh.... uwaaaaaaa.... awat tak siap2 lagi... nanti aku tak sempat nak punch card kul 8.... 10 minit jangkamasa utk siap... cepat2 aku mandikan Fateh.. gerak dari rumah kul 7.45.. tapi tak sempat jugak nak punch card sebab jalan jem pulaks time hujan2 ni... grrrrrrrrrrrrr... kul 8.02 minit... huhuhuhu... lewat lagi aku hari ni.. Kalau aku ada ngan Fateh.. mesti dia merengek nak gi opis aku... kalau tak tu mesti nanges2 tak nak pi sekolah... so, bawak lah dia... nak kena tackle dia pagi2 ni... kasi umpan ng

Year End Ihtifal CIC & Jamuan Kelas Amiera

Image
Assalamualaikum.. Semalam ada jamuan kat sekolah anak2 aku.. Cerita pasal jamuan kat kelas Amiera dulu ya... semalam Amiera balik... dengan senang lenang dia kidnap hp aku main game... pastu duk santai depan TV.. mulut tak berhenti bercerita.. tiap2 tahun guru kelas berbesar hati buat jamuan kecil2an hasil collection pelajar sepanjang tahun.. dan semalam diorang makan Pizza Domino kata Amiera.. pedas Mama katanya.. Di samping tu, guru kelas ada menyediakan hadiah utk para pelajar yg bertuah... Penerima hadiah terdiri dari ketua kelas, penolong ketua kelas dan bendahari.. dan tiba2 Amiera cakap.. ada jugaks hadiah utk pelajar yang senyap dalam kelas.. katanya lagi bila cikgu tanya kat semua murid.. sapa yang senyap dalam kelas... semua kawan2 sebut nama Amiera.... hahahahhaha... elok sangatlah tu... dapatlah jugaks dia hadiah special tu... huhuhuhu... bila aku tanya mana hadiahnya... ada dalam beg.. selamba jerk ko nak yerk.. sekeh kang!! ingatkan Amiera yg paling pendiam.. rupa

Nadi Putra lagi.. Warga Asing Penuhi Bas Nadi Putra! PATI kah mereka?

Image
Assalamualaikum... Sekali lagi aku terpaksa menaip perihal bas Nadi Putra... semakin lama semakin teruk perkhidmatan yang ditawarkan... Aku meluahkan rasa ketidakpuashatian perkhidmatan bas Nadi Putra kerana semenjak jadual baru yang dikeluarkan perkhidmatan sangat tidak memuaskan hati.. bleh baca di sini .. Banyak kali jugak aku buat aduan melalui SMS dan call.. bleh refer kat hp aku ni haaa...     ni kes pada bulan Mei yg mana bas tak nak lalu ke Kompleks..     mesej pertama kes dimana bas langsung tak ada hampir sejam menunggu... sekali bas yg datang cuma satu.. yg nak naik bas lebih 100 orang... komen aku pada mesej terakhir.. memanglah bas tu ada.. masalahnya bas tu lalu bukan pukul 7.30.. aku nak sekurang2nya ada dua bas pada waktu kemuncak... ader faham!! Dulu aku boleh keluar jam 7.20 pagi.. bas akan sampai dalam pukul 7.25 - 7.30 pagi... tapi sekarang aku terpaksa keluar seawal 7.10 utk dapatkan bas sebelum pukul 7.15..  kadang2 bas lagi awal dari aku.. te

Sepandai-pandai tupai melompat..

Image
  pic credit to hmetro.com.my Alhamdulillah.. akhirnya kena tangkap juga.. siaplah ko dalam penjara.. tunggu masa hukuman seadil2nya.. ni lah akibatnya.. buat sesuatu tanpa berfikir panjang... tak fikir anak isteri sendiri mahupun keluarga mangsa..  al-Fatihah utk arwah..

Tahun Baru Wajah Baru

Image
Assalamualaikum... Terlebih dahulu masih tak terlewat aku nak ucapkan Salam Maal Hijrah.. tahun baru Islam 1435H.. Tahun baru wajah baru... bukan wajah aku yg baru ok! Tapi wajah PC aku kat opis ni.. hehehhehe... 14 Nov nanti genaplah 8 tahun aku berkhidmat di kementerian ni.. dalam tempoh tu jugaks.. aku tak pernah tukar PC.. reason?? aku selesa dengan PC lama aku tu.. so far tak pernah buat hal.. setakat slow sket2 tu aku masih boleh terima lagi.. yg penting aku boleh buat keje2 coding dengan tenang... tanpa sebarang gangguan... huhuhuhu.. Dan baru2 ni plan asal nak tambah RAM.. tapi masalahnya.. takde slot dalam motherboard.. so, nak tak nak kena tukar PC... uwaaaaaaa... nanges jugak rasanya nak tukar PC baru... kalau diberi pilihan memang aku tak mau tukar.. sayang sangat ngan PC lama sebab banyak berjasa ngan aku... huhuhuhuh.... Tapi atas arahan... SYMP.. akur dengan keputusan... kerja2 membackup dan remove program2 dalam PC lama dah selesai.. kerja2 instalasi dan re

3rd Pregnancy : 2nd & 3rd Check-up

Image
Assalamualaikum... Dah masuk November ya.. sedih aku tengok n3 bulan Sept dan Okt... huhuhuhuhu... masih takde mood sangat nak update blog... Alhamdulillah.. kandungan dah nak masuk 13 minggu.. tapi boncit perut aku ni dah macam 5 bulan.. huhuhuhu...   pic credit to www.babycenter.com.my Oh ya.. sebelum tu aku nak bagitau adik aku dah selamat melahirkan anak ke-3 pada 2 Nov yang lepas dengan berat 3.3 kg di Hosp Seremban.. Muhammad Isyraf Haziq.. anak lelaki yang ditunggu2.. syukur alhamdulillah... Setakat ni... loya2 tu masih ada.. lemah2 badan pun masih ada.. bilalah nak hilang agaknya.. sedih aku... dugaan sungguh mengandung kali ni... Meh aku nak cerita pasal check-up kandungan aku ni.. Masa 2nd checkup.. dr masih tak berapa nampak baby.. yerlah masa tu kalau tak silap aku 8 minggu rasanya... lagipun masa tu mesin scan tu problem sket.. aku lagi tak nampak apa.. tapi dr nampak heart beat baby... kad rawatan ibu mengandung pun dah dibuka.. dan darah aku pu