Nadi Putra lagi.. Warga Asing Penuhi Bas Nadi Putra! PATI kah mereka?

Assalamualaikum...

Sekali lagi aku terpaksa menaip perihal bas Nadi Putra... semakin lama semakin teruk perkhidmatan yang ditawarkan...

Aku meluahkan rasa ketidakpuashatian perkhidmatan bas Nadi Putra kerana semenjak jadual baru yang dikeluarkan perkhidmatan sangat tidak memuaskan hati.. bleh baca di sini..

Banyak kali jugak aku buat aduan melalui SMS dan call.. bleh refer kat hp aku ni haaa...


ni kes pada bulan Mei yg mana bas tak nak lalu ke Kompleks..  

mesej pertama kes dimana bas langsung tak ada hampir sejam menunggu... sekali bas yg datang cuma satu.. yg nak naik bas lebih 100 orang... komen aku pada mesej terakhir.. memanglah bas tu ada.. masalahnya bas tu lalu bukan pukul 7.30.. aku nak sekurang2nya ada dua bas pada waktu kemuncak... ader faham!!

Dulu aku boleh keluar jam 7.20 pagi.. bas akan sampai dalam pukul 7.25 - 7.30 pagi... tapi sekarang aku terpaksa keluar seawal 7.10 utk dapatkan bas sebelum pukul 7.15..  kadang2 bas lagi awal dari aku.. termengah2 aku nak kejar bas.. dahlah tiap2 hari nak membebel kat Amiera suh siap cepat... siksa ooooo... tension tau! sebabnya sejak tiga bulan ni.. perkhidmatan bas waktu pagi semakin teruk.. bas tak ada pada waktu yang sepatutnya... kadang2 pukul 7.40 baru sampai.. tu belum round Presint 15 dan Alamanda.. gile ke??? mana sempat nak punch card kul 8..

Ni kisah pagi tadi... memang betul2 hangen aku dibuatnya...

Aku kuar lagi awal.. dalam pukul 7.08 minit kalau tak silap.. lepas hantar Amiera... dari kejauhan aku tengok... ramainya orang kat stesen bas... pada firasat aku.. aku rasa bas tak sampai lagi ni.. so, selamatlah aku... tunggu punya tunggu... sampai dah nak ke 7.30... bas langsung tak ada,... dalam jadual kat board bas dijadualkan akan sampai pukul 7.40... grrrrrrrrrrrr... aku dan tensi...

Kisah warga asing pulaks.. kebiasaannya.. warga asing yg menunggu di perhentian tempat kami tunggu tu hanya setakat 4 ke 5 orang jerk... dan yg lain2 diorang tunggu kat hentian sebelum.. tapi hari ni.. semakin ramai warga asing menunggu di perhentian bas tempat aku tunggu tu... rasanya hampir 50 org kot.. tempat duduk penuh ngan diorg.. tak bagi can langsung kami nak duduk.. dan kebanyakkan diorg tu spt org baru... tak pernah nampak pun sebelum ni... dari manalah diorang ni datang.. mudahnya diorang ni masuk Malaysia.. kenapa sykt yg ambik diorang tak nak sediakan pengangkutan utk diorang ek??

kat depan bus stop pun dah ramai warga asing duduk selamba.. mahu jugak 10 orang..

kat tempat duduk yg dikhaskan pun dah penuh ngan diorang berhimpit2.. mahu jugak cecah 20 orang..

tu belum kat belakang bus stop lagi.. ramai lelaki warga asing duduk berkumpul setempat.. tak berani aku nak snap pics.. perhatikan gambar di atas.. berapa jerk orang Melayu Malaysia??

Dan dalam pukul 7.30 bas pun lalu... tapi Ya Allah... dah penuh ngan warga asing... berhenti jerk bas berebut2 diorang naik bas.. dah macam negara diorang pulaks.. tapi separuh jerk yg naik bas tu.. yg lain2 masih menunggu kat bus stop.. satu bas tu dah penuh ngan diorang.. takkan aku nak naik last sekali.. maun jerk kat tangga aku berdiri.. pengsan jugaks aku karang dalam bas tu...

So, terpaksa batalkan hasrat nak join naik bas tu sekali.. kenalah tunggu next bas yg dijangka sampai kul 7.40... tup2.. tengok board dah berubah masa.. bas akan sampai pukul 8 lebih... gilos laaa!!

Masa menunggu tu.. perut aku rasa semacam.. tapi masih boleh tahan.. tapi tiba2 pandangan aku rasa malap.. rasa kepala aku semacam.. rasa panas.. macam darah mengalir tak tentu... cepat2 aku duduk ala2 menyangkung sopan.. hilang sekejap pandangan malap aku.. aku bangun balik.. tak sampai 5 minit.. dia datang balik.. hish3.. tak boleh jadik ni.. boleh pengsan aku kat bus stop.. aku duduk balik.. dah ok.. aku bangun balik.. tak lama kemudian.. jadi balik... aduiiiii.. camno ni??? cepat2 aku call en hubby tanya sama ada dia masih ada kat rumah lagi or not... sib baik dia ada.. so, aku terpaksa patah balik ke rumah... dalam lif.. perut aku start meragam balik... nak tak nak memang kena melabur jugaks.. so, hari ni aku ngan en hubby lewat sampai opis.. sian en hubby aku.. kalau dia tak hantar aku dia boleh sampai awal..

Merujuk kes aku pagi ni... kalau warga asing tu tak ramai.. InsyaAllah aku boleh sampai awal ke opis.. bas pulaks seketul tu jerk yg sampai.. mana tak mampat cam ikan sardin!

Pleaseeeeeeeeeeeeeeeeeee laaaaaaaahhhhhhhhhhh... wahai pihak Nadi Putra........ tolonglah alert masalah kami staff gomen yg sentiasa memerlukan perkhidmatan bas..

Dan kepada pihak Perbadanan Putrajaya... tolonglah ambil tindakan akan kebanjiran warga asing yg semakin ramai di Putrajaya... tolonglahhhhhhhhhhhh siasat... adakah mereka benar2 pekerja yg sah atau PATI???

Aku dah malas nak buat aduan SMS ke pihak Nadi Putra.. jawapan yg tidak memberangsangkan.. apatah lagi nak buat aduan ke Perbadanan.. jawapannya.. bagai melepaskan batuk di tangga.. kes dulu.. kes yg berlaku..

aduan dan jawapan PPJ.. jawapannya memang aku tak puas hati sebab memang takde pun bas yg lalu masa tu... mata aku masih boleh lihat dengan jelas satu demi satu bas yg lalu depan bus stop Alamanda walaupun aku rabun.. kes dulu lewat hampir setengah jam.. dan sekarang ni lewat hampir 1 jam! tup2 status aduan Closed.. grrrrrrrrr...

T O L O N G L A H!!! 
Jangan sampai perkara yg tak diingini berlaku baru lah nak bukak mata menyiasat!!


2 omelan:

syalinda johari said...

kak iena take care k..biar lambat asal selamat...jangan berebut nak naik bas...utamakan keselamatn dirimu yang berbadan dua itu...huhuhu..misss u....

Faina Arisya said...

tq linda.. miss u too..

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (267) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (48) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (72) Biskut (1) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (191) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (148) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (109) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (9) Juadah (110) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (14) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) Lovely Song (7) Luahan (2) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (2) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (68) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (16) Resepi (37) Riadah (21) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (1) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty