Year End Ihtifal CIC & Jamuan Kelas Amiera

Assalamualaikum..

Semalam ada jamuan kat sekolah anak2 aku..

Cerita pasal jamuan kat kelas Amiera dulu ya... semalam Amiera balik... dengan senang lenang dia kidnap hp aku main game... pastu duk santai depan TV.. mulut tak berhenti bercerita.. tiap2 tahun guru kelas berbesar hati buat jamuan kecil2an hasil collection pelajar sepanjang tahun.. dan semalam diorang makan Pizza Domino kata Amiera.. pedas Mama katanya..

Di samping tu, guru kelas ada menyediakan hadiah utk para pelajar yg bertuah...

Penerima hadiah terdiri dari ketua kelas, penolong ketua kelas dan bendahari.. dan tiba2 Amiera cakap.. ada jugaks hadiah utk pelajar yang senyap dalam kelas.. katanya lagi bila cikgu tanya kat semua murid.. sapa yang senyap dalam kelas... semua kawan2 sebut nama Amiera.... hahahahhaha... elok sangatlah tu... dapatlah jugaks dia hadiah special tu... huhuhuhu... bila aku tanya mana hadiahnya... ada dalam beg.. selamba jerk ko nak yerk.. sekeh kang!! ingatkan Amiera yg paling pendiam.. rupa2nya ada sorang lagi.. paling pendiam dalam kelas.. aku tak ingat sapa nama dia.. pun dapat hadiah... bagus3.. tapi janganlah jadi pendiam sangat... tak elllooookkkk tue..

Dan katanya lagi.. tahun depan Amiera akan maintain kelas yg sama.. alhamdulillah.. ada jugak kawan2 dia turun kelas... aduiiii.. ni yang aku seriau ni.. kalau boleh biarlah maintain kelas sedia ada..

Pastu ada sesi salam2an... katanya cikgu nanges.. huhuhu.. pastu aku tanya dia pulaks.. Mira nanges ke tak?? takkkkk... takde perasaan ke ko nak oiii.. 

dapat selendang..

Kisah Fateh pulaks..

Aku tau CIC nak buat jamuan akhir tahun... so, ada penyampaian hadiah.. aku ingatkan konvo utk pelajar 6 tahun... cikgu ada bagitau suh pakai lawa2... tapi pada hari majlis tu... kami lupa... ngeh3... yg aku ingat aku beli kek jerk... yerlah sebab diorang buat potluck!

Anggapan aku Fateh tak naik pentas.. yerlah baru 4 tahun.. so, aku memang tak ambik port pun pasal baju2 ni...

Petang balik keje.. en hubby tunjukkan sijil yg Fateh dapat.. en hubby cerita... dia just pakaikan Fateh pakaian harian biasa... sampai kat tadika en hubby tengok budak2 lain semua pakai baju lawa2... katanya cam nak patah balik rumah jerk tukarkan baju Fateh.. tapi nanti lewat pulaks ke opis.. aku pun rasa bersalah sangat2.. kalau aku tau Fateh akan terima sijil.. memang aku standby baju siap2 pagi tu.. dan paling kelakarnya apa tau?? baju ngan seluar tak matching,... kaler lain.. uwaaaaaaaaa.... nanges aku tengok...


dapat buku jugaks..

ni pulaks gift dari kawan yg sambut besday..


Hmm.. tak tau lah pulaks setiap kelas pun dapat sijil.. first time ngan CIC kan.. takpelah nak oiii... taun depan takkan berulang lagi.. InsyaAllah..


0 omelan:

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (267) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (48) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (72) Biskut (1) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (191) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (148) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (109) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (9) Juadah (110) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (14) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) Lovely Song (7) Luahan (2) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (2) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (68) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (16) Resepi (37) Riadah (21) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (1) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty