Cuti Sekolah ~ Lost World of Tambun

Assalamualaikum..

Hari ni adalah hari terakhir pada tahun ini.. esok tahun baru 2014.. azam tahun baru?? tak de perancangan sangat.. cuma yg penting aku dapat deliver baby dengan selamat... aminnnn...

Cuti krismas tempohari kami pulang ke Ipoh.. kampung halaman en hubby... so, alang2 dah cuti tu kami plan ke Lost World of Tambun dan Cameron Highlands utk memenuhi aktiviti cuti sekolah anak2.. lagi beberapa hari diorang dah start sekolah.. so, bagi diorang happy..

Meh aku cerita sket aktiviti kami di Lost World of Tambun..

Actually.. LWT tu dokek yo ngan umah mertua.. dalam 5 minit dah bleh sampai.. hehehhee... ni lah first time kami pergi.. walhal dah lama LWT tu wujud kat situ... kalau balik pun lalu tengok jerk dari jalan besar.. takde rasa teruja sangat nak pergi.. memandangkan aku tak berapa larat nak gi jauh2.. so, LWT jerlah pilihan utk aktiviti anak2.. kalau ikutkan en hubby suggest ke Bukit Merah Taiping.. tu pun kami tak pernah pergi lagi.. tahun depan lah InsyaAllah..

Tiket nak masuk.. aku sarankan beli online laaa..  murah sket.. bleh dapat less 15% discount.. kalau tak harga tiket memang mahal.. kalau tak sempat jugak nak beli online.. bleh guna kad kredit Maybank atau Citibank utk dapat special discount..

Oklah.. tak nak celoteh banyak2... layan gambar lah yerk sambil story sket2.. tapi awat blogspot tak leh nak upload gambar ek? ke kat opis aku ni dah block.. takpe.. aku share gambar dari dropbox jerlah..

akhirnya.. sampai juga kami di sini..

budak ni sangat berani.. happy jerk muka.. tak sabar nak mandi manda..

tak lama lepas tu... nanges tak hengat!!  nak pistol.. nak pistol.. letih melayan.. geram pulaks aku dibuatnya.. kena cubitlah jawabnya..

akhirnya baru senyum lebar.. yg diimpikan dapat jugak.. en hubby ler layan.. aku tak koser! membazir..

org dewasa lagi teruja dari kanak2.. hehehehe.. 

  sekitar pemandangan di LWT..

buat rawatan badan di Hot Springs..

happy ye! jom ke Tiger Valley dan Tin Valley..

selamba badak jerk pakai baju mandi jalan2 sekitar LWT..

eh..eh.. ada cafe bawah bukit laaa.. serammm..

pemandangan di sekitar Tin Valley.. kat sini pun ada Team Building Park..

jom mendulang!

dapat naik gajah ni pun jadik ler.. kalau gajah betul.. haru! confirm budak2 ni tak mau naik..

ok.. singgah sebentar di Swan Lake yang bersebelahan dengan Tiger Valley..

geli geleman pulaks nengok ikan banyak2 camni.. sian pulaks.. macam nak lemas jerk ikan2 tu bila berebut2.. hmmm.. ikan bleh lemas ke?

nak naik swan ni kena bayar yer.. rm5 satu swan kalau tak silap..

Ok.. jom ke Petting Zoo pulaks..

Petting zoo ni ala2 mini zoo.. hati2 bawak anak2 kat dalam kedai souvenier.. hahahha.. faham2 lah yerk.. kami tak masuk pun.. pusing ikut haluan lain utk keluar.. tak mau masuk kedai tu.. rabak poket nanti..
 
antara haiwan yg ada..

kelakar babak ni.. Fateh berborak ngan burung merak.. disuruhnya burung merak tu kembangkan ekornya sebab dia nampak burung merpati kembangkan ekor.. si merak pedulik hape.. dia geramkan makanan kat tangan Fateh jerk..

mak buyung dah letih! sakit kaki aku.. pantang nampak tempat duduk mesti ambik kesempatan beristirehat.. best rehat kat sini.. sejuk jerk ada air terjun kat belakang..

Lepas tu kami jalan2 lagi.. kebetulan lalu tram.. fuhh.. ambik kesempatan laa naik.. suka2 hati kami jerk naik kan... hehehhe.. tapi sampai kat stesen kena turun lor.. orang lain yg penat beratur laks nak naik..

 Lepas tu kami berehat.. anak2 pulaks main game yg ada di sebelah kolam mandi..

Sebelum balik.. harus bergambar dulu ya..

nanges lagi si kecik! tak dapat kipas kecik... adooiiiii... sekeh kang!


Aktiviti Hujung Minggu ~ Persiapan Sekolah

Assalamualaikum...

Sihat semua? semoga dilindungi Allah hendaknya...

Aku disini ok2 sajork.. takde apa nak cerita sangat.. cuma nak share persiapan yang harus dilakukan oleh parents yang anak2 akan bersekolah... tahun ni bajet agak jimat sket compare ngan mula2 masuk sekolah.. banyak benda yang nak dibeli.. tahun ni just top-up mana yg tak cukup jerk dan ganti mana yang dah tak boleh diguna.. aku beli barang2 sekolah ni awal hujung Nov aritu... malas nak fikir2 last minute..

Perkara penting yang perlu dimasukkan ke dalam senarai adalah seperti berikut:-

1. Uniform sekolah - Amiera : memandangkan baju dan kain yg sedia ada masih boleh digunapakai.. so, tahun ni aku just beli 2 helai kain sebab 3 helai baju dah beli tahun lepas (tersilap beli saiz).. tahun lepas aku beli jenama Unggul.. beli kat Carefour.. tapi kualiti kain agak kureng.. zip mudah rosak.. alhamdulillah.. dah suh tailor kat opis ni yg repair.. dasar pemalas nak jahit sendiri.. huhuhu.. tahun ni aku beli jenama Displin.. beli kat Maidin sajork.. tudung sekolah beli selai sajork.. pun jenama Displin.. tudung sedia ada dan selai yg masih belum diguna boleh digunapakai semula.. kualiti kain aku rasa not bad.. kira oklah.. bukannya tak nak beli jenama Canggih tu.. tapi rasa cam tak berbaloi.. baik lebihan duit tu aku guna ke arah lain.. byk lagi menda nak dibeli.. Fateh : tahun 2014 ada uniform baru.. so nak tak nak kena beli selai.. hat lain guna baju sedia ada sajork.. jimat!

Sejarah beli barang keperluan since Standard 1 :-

Tahun 1 - Uniform dan kasut beli kat Hari Hari - tak ingat jenama apa.. rujuk sini.. beg beli kat Parkson kalau tak silap..

Tahun 2 - Uniform beli jauh nun kat Utara.. kedai biasa2 jerk.. berkualiti jugaks.. murah pun murah.. beg dan lain2 beli kat Ana Muslim.. rujuk sini.. kasut beli kat Jusco kalau tak silap..

Tahun 3 - Uniform beli kat Carefour jenama Unggul.. beg beli kat Nilai 3 sajork.. kasut dan lain2 beli kat Maidin..

Tahun 4 - Uniform jenama Displin dan lain2 keperluan beli kat Maidin... hahahhahaha... satu tempat sajork..

Hat barang2 ciput cam stokin, anak tudung, singlet tu tambah beberapa helai jerk.. 

Kos beli uniform, beg dan barang keperluan yang lain dalam rm250.00... haaa... tu belum semua item aku beli.. kalau semua mahu jugak cecah rm400 lebih.. pergh!!

2. Pakaian sukan - tak yah beli.. ada 2 helai T-Shirt sekolah dan track suit masih boleh digunapakai..

3. Kasut sekolah -  beli sepasang jerk.. sebab ada sepasang lagi Amiera tak guna.. kes malas nak basuh kasut banyak2.. so, hat baru beli ni saiz besar sket.. standby kalau kaki dia akan membesar dalam tempoh setengah tahun akan datang... hahahhahahha... just beli jenama Barbie.. apa yang diminat ngan kasut Barbie tu pun aku tak tau.. pun beli kat Maidin.. dapat free recycle bag..

sebijik kasut cam Amiera.. pic credit to sharinginfoz.blogspot.com

4.Uniform Koko - Tahun ni Amiera akan sambung badan beruniform Puteri Islam.. kain dan tudung PINK dah ado... cuma belum beli lagi pakaian sukan badan beruniform tu.. hujung minggu ni kot baru beli...

i LIKE..

5. Uniform Sekolah Agama - tahun ni beli sepasang jerk.. sebab baju sedia ada masih boleh digunapakai..

kaler purple..

6. Beg sekolah - memang tiap2 tahun tukar beg baru sebab nak bagi semangat kat anak2 nak pi sekolah.. sebab tu beli hat murah2 sajork.. dulu pernah beli beg yang mahal tapi akhirnya koyak dan rosak jugaks... so, baik beli hat murah sajork.. lagipun beg hanya akan berat masa belum dapat loker.. bila dah dapat loker.. aku suh sumbat semua buku teks dan aktiviti dalam loker.. kalau ada homework baru bawa balik buku..

hat beg kaler PINK tu beg yg dibeli masa Tahun 1.. tak guna pun sebab berat.. so, jadi beg khas simpan alat tulis yg belum diguna.. beg Fateh beli kat opis aku sajork.. sonang!

7. Alat tulis dan lain2 - aku cuma beli mana yg dah habis sahaja.. pencil box wajib tukar tiap2 tahun.. yg sedia ada dah lobam2.. dan yang paling penting.. pembakut buku.. ni memang tiap2 tahun kena beli..

8. Buku sekolah - Since sekolah dah ada fb.. senang nak tau bila bookshop akan dibuka untuk pembelian buku2 sekolah.. kena beli awal.. takut buku dah habis stok!.. alhamdulillah.. tahun ni bajet tak lebih rm100.. jimat.. jimat...

aktiviti hari Sabtu lepas.. menulis nama dan membalut buku.. sib baik ada pembalut hat cenggini... sonang!

Selesai urusan keperluan sekolah...

Untuk yuran sekolah pulaks... total yuran pendaftaran CIC (harga promosi) +- rm1500.00.. bulanan rm550..

Yuran pendaftaran sekolah agama Amiera.. +- rm600.. bulanan rm260..

Yuran bulanan van rm150...

Pergh... cer korang congak... tu baru 2 orang anak.. yuran sebulan pun dan nak cecah rm1k.. tu belum masuk duit belanja Amiera kat sekolah... yuran PIBG, bayaran lain2 buku yang diperlukan sepanjang tahun, yuran sukan, yuran aktiviti luaran anak2.. prung prang prung prang.. +- rm1200... setahun... +-rm15000.. pergh!!  mahal kan?... tapi aku musykil... kenapa income tax cuma mengecualikan rm1000 sahaja utk seorang anak dalam tempoh setahun?? aku pun tak faham..

Apa yg dapat aku rumuskan... setiap tahun akan ada peningkatan dari segi harga barang keperluan sekolah dan yuran2 yang dikenakan... sangat tak sepadan dengan kenaikan gaji setiap tahun especially kakitangan awam cam aku ni... huhuhuhuhuu... marilah sama2 kita renung2kan.. fikir2kan.. ke mana hala tuju pendidikan anak2.. sebagai parents kita semua mesti nak yang terbaik utk anak2...  right? sangat simpati kepada keluarga yang berpendapatan rendah dan hidup di bandar metropolitan spt di Putrajaya ni..

Peace no war!



Dividen ASB!

Assalamualaikum...


Salam Jumaat yang hening... esok cuti ya!

Semalam diumumkan pemberian dividen dan bonus ASB.. agak menurun! huhuhuhuhu... teruk sangat ekonomi Malaysia tatkala ni... harga barang etc semua nak naik... berlumba2 ko!!

Ni sejarah pemberian dividen dan bonus ASB yang aku copy paste dari beritasemasa..
  1. Dividen 2013 : 7.70 + 1.00 Selepas Pilihanraya (Dividen Turun)
  2. Dividen 2012 : 7.75 + 1.15 Menjelang PILIHANRAYA (Dividen naik)
  3. Dividen 2011 : 7.65 + 1.15
  4. Dividen 2010 : 7.50 + 1.25
  5. Dividen 2009 : 7.30 + 1.25 Selepas Pilihanraya (Dividen Naik)
  6. Dividen 2008 : 7.00 + 1.75 Tahun Pilihanraya (Dividen Turun)
  7. Dividen 2007 : 8.00 + 1.00
  8. Dividen 2006 : 7.30 + 1.25
  9. Dividen 2005 : 7.25 + 1.75 Selepas PILIHANRAYA (Dividen Kekal)
  10. Dividen 2004 : 7.25 + 2.00 Tahun PILIHANRAYA (Dividen Kekal)
  11. Dividen 2003 : 7.25 + 2.00
  12. Dividen 2002 : 7.00 + 2.00
  13. Dividen 2001 : 7.00 + 3.00
  14. Dividen 2000 : 9.75 + 2.00 Selepas Pilihanraya ( Naik)
  15. Dividen 1999 : 8.50 + 1.50 + 2.0 (2sen adalah bonus istimewa) Tahun Pilihanraya (Naik)
  16. Dividen 1998 : 8.00 + 2.50
  17. Dividen 1997 : 10.25 + 1.25
  18. Dividen 1996 : 10.25 + 3.00 Selepas Pilihanraya (Naik)
  19. Dividen 1995 : 10.0 + 3.00 Tahun Pilihanraya (Naik)
  20. Dividen 1994 : 9.50 + 4.50
  21. Dividen 1993 : 9.00 + 4.50
  22. Dividen 1992 : 7.50 + 5.00
  23. Dividen 1991 : 8.50 + 4.00 Selepas Pilihanraya (Naik)
  24. Dividen 1990 : 8.00 + 6.00 Tahun Pilihanraya


Cuti Sekolah ~ Big Bad Wolf 2013

Assalamualaikum...

Kisah Jumaat lepas..

Memandangkan BBW akan tamat pada hari Ahad.. so, bawak lah jugak anak2 aku gi cari buku.. nak pergi sabtu ahad confirm ramai orang.. saja nak mengisi aktiviti cuti sekolah ni kann..

So, kami kuar malam tu dalam pukul 9...

Jem siot nak masuk mines.. ingatkan tak ramai yg nak gi BBW malam2.. tapi masih boleh diterima lagilah.. takdelah nak kena beratur panjang utk masuk parking..


Masuk jer hall tu.. tgk ramai orang sedang memilih buku... kami terus ke sudut kanak2.. cari buku2 aktiviti dan buku bacaan yg sesuai.. kalau ikut Amiera ngan Fateh.. semua buku yang nampak menarik diorang nak.. main sumbat jerk dalam kotak.. sorry ok!.. mama ko bukannya kayo.. lepas settle memilih buku.. aku buat tapisan kali terakhir.. pilih mana yang ok sahaja.. 

Masa buat bayaran.. total rm99 sajork.. tak sampai rm100.. so, diorang suggest genapkan seratus utk jadi ahli dan join peraduan.. belilah mainan kat depan kaunter..

lepas isi borang keahlian.. aku kena spin menda alah ni.. pusing kali pertama.. 'Spin Again'.. pusing kali ke-2... dapatlah voucher nilai yg paling tinggi..

almalangnya.. member card dan voucher kena redeem kat Amcorp Mall pulaks.. jauhnya!

murah dan berbaloi!

buku2 utk Fateh.. paling mahal hat buku cerita Brave tu.. rm10.. yg lain2 rm5 sajork.. aku pun tak tau kenapa dia minat sangat ngan buku tu.. mungkin sound effect yg ada kat buku tu kot.. aku suh tukar ngan cerita Ben10.. tak maunya dia.. 

hat bawah ni semuanya buku Amiera.. paling mahal rm8.. yg lain2 ada rm6, rm5, rm3 dan rm2.. cukup murah..

buku cerita dan buku aktiviti.. 

buku cerita rm3 sebuah sajork.. murah kan!

Kalau ada rezeki.. tahun depan nak pergi lagi.. nak cari buku utk baby laks.. insyaAllah..


Terbitnya Buku Warkah Buat Isteri

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. akhirnya Warkah Buat Isteri telah dibukukan.. 

Atas permintaan JIM aka abg Abil... aku berbesar hati nak tolong mempromosikan buku keluaran beliau untuk arwah isteri yang tersayang... al-Fatihah utk arwah kGee..

Sesiapa yg berminat nak memiliki buku ni boleh klik kat blog abg Abil atau terus ke http://risaalah.com.my/



Cuti Sekolah ~ Pusat Sains Negara

Semalam aku cuti..

Ahad lepas ada kenduri kawen sepupu en hubby belah mak mertua.. gempak beb! siap pengantin lelaki bawak pengantin perempuan naik motor besar dan diiringi geng2 motor besar yg lain.... hehehhee.. macam2 stail zaman sekarang ni kan.. sib baik diorang tak bawak naik motor harley davidson ke kan.. kompom aku pun teringin nak bergambar kat motor tu... ngeh3..

tahniah ye!


sweet sangat tema kaler baju pengantin ni..
  
deretan motor di hadapan pintu gerbang..

So, family en hubby berkampung kat rumah aku.. semalam bawak anak2 pi jalan2 kat Pusat Sains Negara.. i follow jerk.. lagipun aku sendiri tak pernah pergi ke sana..member opis yg pergi baru2 ni kata tiket adalah percuma di level bawah... tapi masa kami datang... promosi dah tamat beb! caitttt... apalah salahnya bagi ticket free sepanjang cuti sekolah ni kannnn.. so, utk pengetahuan uols.. tiket nak masuk ke Pusat Sains Negara adalah rm6 bagi dewasa dan rm3 utk kanak2 dan warga emas..

Layan gambar lah yerk..

punyalah jauh nak menapak.. somput den!

budak2 lah yg paling excited nak masuk sini..

diperkarangan luar ada pameran ikan air tawar.. budak2 semakin teruja nak masuk..

pintu masuk.. korang kena lalu dulu dunia ikan air tawar.. menarik..

alololo.. buat ropa cenggitu! gigit kang!

kat dalam Pusat Sains ni ada macam2 sudut pameran sains... budak2 sangat teruja.. mak pak eh yg tak minat sains fizik dan kimia cam aku ni memang blur... huhuhuhu.. bosan! aku minat biologi dan yg berkaitan ngan cakerawala..

Fateh ni memang semangat.. semua benda yg ada button nak ditekannya.. berebut2 ngan akak dia.. banyak lagi eksperimen yg dipamerkan.. maleh aku nak snap gambar..

anda kuat?? sila angkat diri anda sendiri ya!


jom naik ke bulan!

cermin ajaib dan rakan berbasikal bergerak sama..

dimana ada adik.. disitu ada kakak.. 
 

Amiera yang malu2 kucing..
 
  
adik ngan Octopus!

sebelum balik posing dulu kat aquarium.. 

Sekian n3 di musim cuti sekolah.. next!


Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (268) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (51) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (73) Biskut (2) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (192) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (153) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (115) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (12) Juadah (112) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (15) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) LIMA (1) Lovely Song (7) Luahan (3) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (3) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (69) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (18) Resepi (37) Riadah (22) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Sejarah (1) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (2) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty