Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Cuti Sekolah ~ Big Bad Wolf 2013

Assalamualaikum...

Kisah Jumaat lepas..

Memandangkan BBW akan tamat pada hari Ahad.. so, bawak lah jugak anak2 aku gi cari buku.. nak pergi sabtu ahad confirm ramai orang.. saja nak mengisi aktiviti cuti sekolah ni kann..

So, kami kuar malam tu dalam pukul 9...

Jem siot nak masuk mines.. ingatkan tak ramai yg nak gi BBW malam2.. tapi masih boleh diterima lagilah.. takdelah nak kena beratur panjang utk masuk parking..


Masuk jer hall tu.. tgk ramai orang sedang memilih buku... kami terus ke sudut kanak2.. cari buku2 aktiviti dan buku bacaan yg sesuai.. kalau ikut Amiera ngan Fateh.. semua buku yang nampak menarik diorang nak.. main sumbat jerk dalam kotak.. sorry ok!.. mama ko bukannya kayo.. lepas settle memilih buku.. aku buat tapisan kali terakhir.. pilih mana yang ok sahaja.. 

Masa buat bayaran.. total rm99 sajork.. tak sampai rm100.. so, diorang suggest genapkan seratus utk jadi ahli dan join peraduan.. belilah mainan kat depan kaunter..

lepas isi borang keahlian.. aku kena spin menda alah ni.. pusing kali pertama.. 'Spin Again'.. pusing kali ke-2... dapatlah voucher nilai yg paling tinggi..

almalangnya.. member card dan voucher kena redeem kat Amcorp Mall pulaks.. jauhnya!

murah dan berbaloi!

buku2 utk Fateh.. paling mahal hat buku cerita Brave tu.. rm10.. yg lain2 rm5 sajork.. aku pun tak tau kenapa dia minat sangat ngan buku tu.. mungkin sound effect yg ada kat buku tu kot.. aku suh tukar ngan cerita Ben10.. tak maunya dia.. 

hat bawah ni semuanya buku Amiera.. paling mahal rm8.. yg lain2 ada rm6, rm5, rm3 dan rm2.. cukup murah..

buku cerita dan buku aktiviti.. 

buku cerita rm3 sebuah sajork.. murah kan!

Kalau ada rezeki.. tahun depan nak pergi lagi.. nak cari buku utk baby laks.. insyaAllah..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah