3rd Pregnancy ~ Maternity & Children Expo

Assalamualaikum..

Hari ni Jumaat... yeye.. hehhehehe.. esok cutiiiiiii...

Tak sabar nak pi ekspo esok kat Mid Valley.. first time ok gi ekspo2 berkaitan dengan maternity ni.. mesti ramai kan... aduiiiii... bersesak2 lah jawabnya... ngan budak2 ni lagi... ngan baby dalam perut yang tak duk diam ni.. aduiiii... siksa aku once dia bergerak.. rasa macam nak tersiat2 kulit aku.. nilah bahana kalau kulit nipis sangat... uwaaaaaaaaa.... tak tau camna nak control... harap2 dapatlah apa yg nak dibeli..

pic credit to www.clubscheap.com


Lawak Petang Rabu

Assalamualaikum...

Dialog sms di petang Rabu dengan puteri kesayangan.. kih3..

dah nak kul 3 ptg.. baru dapat naik van..


Kesian Amiera.. terpaksa nunggu lama.. nak buat camna.. jadual waktu balik sekolah yg berubah menyebabkan van terpaksa ambil dia lewat..


3rd Pregnancy ~ Muntah Kuning Kepahitan

Assalamualaikum..

Topik pagi ini.. muntah kuning kepahitan... sorry agak sensitif tajuknya..

Since pregnant ni.. adalah jugak beberapa kali aku muntah kuning pagi2 bangun dari tidur.. pahit siot.. yarkkk... selagi tak habis keluar selagi tu aku rasa nak muntah jerk... merah padam muka aku kalau muntah kuning ni..

Apa yg aku baca dari google.. ianya berkaitan dengan asid dalam perut.. dan ada juga katanya berkaitan dengan gastrik.. tapi masalahnya aku tak sakit apa pun..

Dan pagi tadi lagi teruk.. bukan saje muntah kuning.. tapi muntah kuning kecoklatan... pahit tu toksah cakaplah.. risau gaks aku..

Uols ada pengalaman cenggini tak? kalau ada share yerk.. thanks..




Mimbar Pencetus Ummah ~ Tahniah PU Hafiz

Assalamualaikum...

Hari ni hari Jumaat.. penghulu segala hari.. esok coti!! dapat jugaks aku mengharungi 5 hari bekerja tanpa mc atau el.. kena semangat nak jimatkan cuti... huhuhuhuhu...

Semalam pertandingan akhir Mimbar Pencetus Ummah.. Duniaku Dakwahku.. walaupun aku tak follow sangat dari awal.. tapi pada aku rancangan realiti ni sangat bagus diadakan.. tahniah pada Astro Oasis..

4 peserta akhir yang bertanding.. dari segi penyampaian aku suka dengar PU Shahul ngan PU Rahmat.. dari segi mengalunkan ayat2 suci aku suka PU Hafiz.. suara dia best!

Persembahan PU Rahmat buat aku sadis sekejap.. pastu bila Dr Ridhuan Tee nak buat persembahan pasal Ibu.. aku malas nak nengok!! nanti aku nanges lagi...... uwaaaaa.... sodih!..

Tuah menyebelahi PU Hafiz.. komen2 yang bernas dari para juri.. melayakkan beliau menjadi juara..


Cuma aku nak komen sket.. next rancangan Mimbar Pencetus Ummah.. mohon pihak Astro Oasis panjangkan masa sedikit untuk setiap PU bagi tazkirah.. takdelah sampai setengah jam sorang.. agak2lah kan.. rasa macam tercungap2 PU bercakap nak kejar masa.. kami yang menonton ni pun rasa tak cukup nafas dengar tazkirah setiap PU.. pastu nak mendalami dan memahami tazkirah yang disampaikan agak terhad..

Kalau macam semalam.. aku tengok.. persembahan nyanyian lagi lama dari persembahan tazkirah PU..  huhuhuhuhu...

Apapun.. tahniah sekali lagi kepada PU Hafiz.. u deserved it!


Kokurikulum Sekolah Puteri Islam

Assalamualaikum..

Hari ni adalah hari koko bagi semua sekolah rendah.. dan tahun ini adalah tahun wajib bagi Amiera utk hadir koko.. dan alhamdulillah juga koko diadakan disebelah pagi.. lega hati aku sebab tak perlu Amiera ponteng sekolah agama di belah petang.. cuma waktu tamat sekolah dianjakkan lagi setengah jam.. risau jugaks aku sebab kat sekolah tu cuma Amiera sorang jerk Tahun 4 yang naik van utk ke sekolah agama.. budak2 lain yg balik awal mesti dah naik dulu.. lagipun van byk lagi kerja2 menghantar dan mengambil budak2.. so, Amiera pasti lewat naik van dan lewat sampai ke sekolah agama.. tak kisahlah.. yg penting dia tak skip sekolah agama.. aku dah pesan byk kali supaya tunggu hingga van sampai.. harap2 van taklah lewat sangat..

hari ni pakai baju sukan Puteri Islam.. gambar blur.. sorry kamera hp aku takde anti gegar.. huhuhu..


Sesi Persekolahan 2014

Kisah hari pertama sesi persekolahan 2014..

Cam biasa.. setiap tahun.. kami akan ambil cuti.. memandangkan Fateh masuk tahun ke-2 di CIC.. dan kakak dah Tahun 4.. so, aku apply cuti sehari jerk.. nak jimat cuti kononnya..

Kul 7 lebih en hubby hantar kakak ke sekolah.. bila Amiera tau kami cuti.. banyak sangat helah dia nak suh kami ambik dia lepas tamat waktu persekolahan.. aku tetap suh dia naik van.. sebab kami ada urusan lain yang hendak diselesaikan.. takut tak sempat nak datang ambik dia..

Pastu aku siapkan Fateh utk ke sekolah.. nak bagi dia semangat ke sekolah.. pakaikan dia uniform baru... sampai kat sekolah.. cuma dia sorang jerk pakai uniform rasmi.. ngeh3.. kawan2 lain pakai baju thn lepas jerk... huhuhuhuh... apa lagi.. kena sakat ngan cikgu2 laaa... hahahhaha...

marah sungguh bila aku nak snap gambar dia.. tangan peace pun bengkok!

Ingatkan semangat pakai baju baru ni dia happy... nan ado! nanges bila cikgu standby nak ambik dia... adooiiiii... Fateh.. dah 5 tahun lah sayang..

Lepas hantar Fateh.. kami gi sarapan pastu selesaikan urusan2 penting... dah nak waktu balik sekolah.. Amiera msg.. suh ambik dia.. mula2 aku tak mau.. pastu dia dengan nada cuak kata van tak ada.. risau beb! sebab jadual balik sekolah dah berubah.. terpaksa kami gi ambik dia.. ceh!! akal panjang.. walhal ada jerk owner van tunggu kat sekolah... grrrr... pastu hantar dia ke sekolah agama.. byk lagi alasan tak nak gi sekolah agama.. laparlah.. itulah inilah.. aku paksa jugaks dia gi sekolah.. lagipun memang kami nak ke sekolah agama utk buat pendaftaran... balik aku suh dia naik van sajork..

Selesai urusan sekolah pada hari pertama.. hari2 seterusnya.. diharap anak2 aku dapat sesuaikan diri dengan perubahan sekiranya ada di tahun baru persekolahan...


3rd Pregnancy : 5th Checkup

Jumaat lepas..

Buat checkup kali ke-5.. so maksudnya kandungan aku dah masuk 5 bulan..

pic credit to www.babycenter.com

So far alhamdulillah.. baby ok.. berat pun mengikut usia.. dalam 440gm.. air ketuban cukup.. cuma uri ke bawah sket.. dr kata InsyaAllah akan naik sebab baby masih boleh berpusing.. jantina masih tak nampak sebab mesin scan tu tak terang.. si maknya pulaks.. tekanan darah aku rendah.. manjang aja rendahnya.. mencik tul!

Bulan ni checkup terakhir aku kat klinik tu.. hujung bulan ni buat details scan ngan 4D.. pastu next month  checkup kat hospital pulaks.. harap2 semua ok..

Sebut pasal detail scan dan 4D.. aku ambik pakej promosi kat klinik pakar wanita dan kanak2 yg baru dibuka kat Putrajaya ni.. klinik Kasih namanya.. .. rm180 sajork.. oklah.. pada aku murahlah di sekitar Putrajaya dan Lembah Klang.. ker ada yg lagi murah?? hehehhe.. tak kisahlah.. yg penting murah pada aku dan dekat ngan rumah.. tak nak pening2 kepala cari klinik..



Cuti Sekolah ~ Cameron lagi

Assalamualaikum..

Sambung n3 sebelum ni.. walaupun dah masuk tahun 2014.. tapi nak wek camno! aku takde masa nak update.. huhuhuhu..

Lepas mandi manda kat LWT.. keesokannya kami naik ke CH.. ni kali ke-2 utk tahun 2013 kami naik CH.. dah itu tempat yg dekat ngan umah MIL.. ambil masa hampir sejam perjalanan..

Asalnya nak pergi balik hari.. kebetulan SIL pun nak naik CH dan stay kat sana semalaman.. so, kami ngan mertua pun join sekali..

Kali ni kami menginap di Rose Apartment.. 3 bilik dan 2 bilik air.. sapa nak masak2 pun ada disediakan peralatan2 di dapur.. tapi carpet tak memenuhi setiap ruangan rumah.. hanya ada di ruang tamu.. sejuk weiii.. kena bawak selipar.. kalau malas bawa beli jerlah selipar kat atas.. overall memang selesa.. cuma tang sejuk jerk.. aku memang tak bleh tahan... owner apartment ni mungkin lain2.. so, fasiliti yang disediakan mungkin berbeza setiap rumah.. apa?? nak tengok gambar.. alah uols gugel jerk.. banyak gambar... hehehhehe...

apartment ni memang strategik.. kat belakang Kea Farm.. tempat yg famous dengan jualan pelbagai sayur2an dan buah2an.. dalam 5-10 minit berjalan kaki gitew..

ada banyak blok kat sini..

Lepas check-in kami gi lunch dulu kat Tanah Rata.. pastu shopPINK kat pasar malam Brinchang..

kakak dengan sweater dan selipar baru Hello Kitty.. suker le tew!

adik ngan sweater ultraman dia.. masa ni tengah tunggu makanan utk dinner..

Keesokannya.. lepas check-out.. kami gi sarapan dulu.. nak pekena nasi lemak sedap..

inilah tempatnya.. diorang pun ada sediakan homestay... rate rm300 semalaman..

nasi lemak sedap dan teh strawberi

si adik fokus main game lepas nanges sebab tak dapat ice-cream.. pepagi ko nak makan ice-cream pe hal! tak koser aku nak layan.. pujuk2.. bagi makan nasi lemak dulu.. baru belikan ice-cream..

lepas tu berenti kat satu kedai ni.. apa ntah namanya.. ada taman bunga kat belakang kedai..

mak buyung ngan pak buyung... hahahhaha... bleh gitew..

Kemudian kami singgah semula kat Kea Farm utk beli sayur2an dan buah2an.. otw nak balik kami singgah beberapa tempat..

khabarnya coklat kat sini sedap.. sebab tu beriya nak singgah.. walaupun harga agak mahal.. tapi memang berbaloi.. choc dia memang sedap.. 

 Oklah.. itu sajork percutian kami di penghujung tahun 2013.. dan sempena cuti sekolah.. memenuhi masa lapang anak2 yg semakin membesar..


Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (268) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (50) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (73) Biskut (1) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (192) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (148) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (115) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (12) Juadah (111) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (15) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) LIMA (1) Lovely Song (7) Luahan (2) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (2) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (68) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (16) Resepi (37) Riadah (22) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Sejarah (1) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (2) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty