Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Sesi Persekolahan 2014

Kisah hari pertama sesi persekolahan 2014..

Cam biasa.. setiap tahun.. kami akan ambil cuti.. memandangkan Fateh masuk tahun ke-2 di CIC.. dan kakak dah Tahun 4.. so, aku apply cuti sehari jerk.. nak jimat cuti kononnya..

Kul 7 lebih en hubby hantar kakak ke sekolah.. bila Amiera tau kami cuti.. banyak sangat helah dia nak suh kami ambik dia lepas tamat waktu persekolahan.. aku tetap suh dia naik van.. sebab kami ada urusan lain yang hendak diselesaikan.. takut tak sempat nak datang ambik dia..

Pastu aku siapkan Fateh utk ke sekolah.. nak bagi dia semangat ke sekolah.. pakaikan dia uniform baru... sampai kat sekolah.. cuma dia sorang jerk pakai uniform rasmi.. ngeh3.. kawan2 lain pakai baju thn lepas jerk... huhuhuhuh... apa lagi.. kena sakat ngan cikgu2 laaa... hahahhaha...

marah sungguh bila aku nak snap gambar dia.. tangan peace pun bengkok!

Ingatkan semangat pakai baju baru ni dia happy... nan ado! nanges bila cikgu standby nak ambik dia... adooiiiii... Fateh.. dah 5 tahun lah sayang..

Lepas hantar Fateh.. kami gi sarapan pastu selesaikan urusan2 penting... dah nak waktu balik sekolah.. Amiera msg.. suh ambik dia.. mula2 aku tak mau.. pastu dia dengan nada cuak kata van tak ada.. risau beb! sebab jadual balik sekolah dah berubah.. terpaksa kami gi ambik dia.. ceh!! akal panjang.. walhal ada jerk owner van tunggu kat sekolah... grrrr... pastu hantar dia ke sekolah agama.. byk lagi alasan tak nak gi sekolah agama.. laparlah.. itulah inilah.. aku paksa jugaks dia gi sekolah.. lagipun memang kami nak ke sekolah agama utk buat pendaftaran... balik aku suh dia naik van sajork..

Selesai urusan sekolah pada hari pertama.. hari2 seterusnya.. diharap anak2 aku dapat sesuaikan diri dengan perubahan sekiranya ada di tahun baru persekolahan...

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah