Pengalaman Bersalin Anak ke-3

Assalamualaikum..

Sunyi sepi jerk opis ni.. ramai yang masih bercuti raya... kepala aku bengong sket pagi2 ni.. blur!!

Keje pun tak de lagi.. so, dari aku membuang masa.. baik aku update blog kesayangan aku ni..

Ok.. meh aku cerita pengalaman bersalin anak ke-3..

Tarikh jangkaan aku sepatutnya di czer pada 28 Apr.. tetapi.. aku kena czer pada 22 Apr.. awal seminggu.. genap kandungan usia 37 minggu...

Nota : Amiera lahir pada usia 36 minggu... Fateh lahir pada usia 38 minggu..

Minggu terakhir kerja sebelum cuti bersalin.. plannya.. hari Isnin dan Selasa tu (21-22 Apr).. aku dah apply cuti siap2.. nak berehat.. sebab aku memang dah tak larat nak bawak perut.. so, hari Rabunya kerja.. hari Khamis pulak ada appointment ngan Dr Jamil.. ingat nak mintak mc jerk sampai Jumaat.. sangat2 tak larat ok!

Tapi kuasa Allah.. kita manusia hanya mampu merancang.. Allah yang menentukan segala2nya..

Awal pagi Isnin, 21 Apr dalam kul 2-3 pagi.. memang aku ada rasa sakit2 kat bawah.. dan ada keluar  darah sket... tapi aku buat dek jerk.. walaupun ada jugak rasa risau.. dahlah ngan masalah gatal yang takde kesudahan.. memang susah nak tidur malam..

Awal pagi Selasa, 22 Apr.. pun begitu jugak.. bila nak buang air kecil.. akan ada darah kuar.. sakit pun ada tapi pada aku biasa jerk.. then.. dalam pukul 9 pagi lebih... aku rasa sakit kat bawah.. sakit yg agak kerap.. tak boleh nak tidur lagi.. Tak semena2.. bila aku tengah buat air utk sarapan.. terasa seketul darah kuar.. ahhh sudah!!

Cepat2 aku msg kat group WhatsApp kawan opis.. hehehhe.. maklumlah.. aku ni takde pengalaman bersalin normal.. so, tanyalah kepada yg ada pengalaman.. diorang suggest aku segera ke hospital coz itu adalah tanda utk bersalin... alamak.. cam tak cayo yo!! baru 37 minggu kot.. cepat2 msg en hubby.. bergegas en hubby pulang..

Risau sekiranya dr suh aku czer hari tu.. nak tak nak kena hantar Fateh ke sekolah... menjerit2 dia.. Amiera memang dah ke sekolah.. so, memang dia tak tau apa2..

Sampai di KPMC dalam pukul 12 lebih.. inform nurse di kaunter yg aku ada tanda2 nak bersalin.. diorang call dr.. dan suh aku ke tkt 2 utk check contraction.. memang contraction kuat setiap 5 minit.. gilos!! pastu ada sorang nurse yg agak berusia check bukaan rahim... nan ado bukaan.. ceh!! buat sakit jerk.. sib baik sekali jerk dia check..

Tak lama kemudian Dr Jamil datang.. selepas dianalisa kes aku ni.. aku akan di czer hari tu jugak.. dalam pukul 3 lebih... aku masuk wad.. sib baik ada satu bilik single yg kosong.. alhamdulillah.. lega..

Dalam bilik.. 3 jam menahan sakit... uwaaaaaaaaaaa... teringat masa nak lahirkan Amiera.. tapi masa tu kena induce.. kena paksa!! tapi kali ni sakitnya datang tanpa dipaksa.. memang tak senang duduk.. bila dah sampai masa nak ke bilik operation.. naik kerusi roda nak ke bilik tu selang beberapa bilik jerk pun.. lepas tu masa nak kena baring kat katil.. aku dah tak boleh nak bangun dari kerusi roda.. kena ada orang papah sebab sakit.. siksa oooo... rasa tak sabar nak kena czer.. hehehhehe...

first time en hubby nengok aku kena czer walaupun dah 2 kali aku kena czer sebelum ni..

Dalam bilik ot.. lepas dr anaest cucuk bius.. pergh... lega... hilang sakit..

Kemudian Dr Jamil menjalankan tugas beliau... alhamdulillah.. baby keluar dengan tangisan yg sangat nyaring.. seorang puteri lahir ke dunia ini.. 22 April 2014... sama dengan bulan kelahiran en hubby..

Nota : Amiera lahir pada 22 Ogos 2004.. sama dengan bulan kelahiran aku..

Habis proses czer.. aku dipindahkan semula ke wad.. kepala masih pusing2 kesan dari ubat bius.. tapi yg paling bestnya.. aku langsung tak rasa sakit lepas 4 jam kena czer.. cuma tak boleh nak bergerak sangat... keesokannya baru aku boleh bangun sendiri.. alhamdulillah.. Allah permudahkan urusan kelahiran baby ketiga ni..

gift dari pihak hospital.. tq 

tq pada yg bagi hadiah..

Hari Khamis aku dibenarkan pulang.. tapi plaster pada czer masih belum ditanggalkan.. kena jumpa dr seminggu kemudian untuk buka.. baby pun boleh pulang sama.. alhamdulillah baby sihat.. jaundis pun takde..

Kos keseluruhan bersalin czer kat KPMC adalah RM52++.. alhamdulillah.. kurang dari bajet yg kami anggarkan..

Untuk kali keduanya.. aku berpantang sendiri.. tapi kali ni di Putrajaya.. alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar..

Apa?? nak tengok gambar baby?? nanti aku update n3 khas untuk anak ke-3 ni..



2 omelan:

Mrs. Oya said...

salam sis, di KPMC ceaser suami blh tengok ya? kalau suami mabuk darah, mak kandung boleh teman ke dalam labour room..ahahaha mak teringin sangat. suami dia seriau sikit..ahahaha

Oya Ibu Hero R
+6019312601

Faina Arisya said...

Mrs Oya..

Perihal ibu meneman tu saya tak berapa pasti lah pulaks.. biasanya suami jerk.. hope Mrs Oya call Hospital berkenaan utk pencerahan..

Semoga selamat semuanya.. amiinn.. :)

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (267) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (48) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (72) Biskut (1) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (191) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (148) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (109) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (9) Juadah (110) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (14) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) Lovely Song (7) Luahan (2) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (2) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (68) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (16) Resepi (37) Riadah (21) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (1) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty