Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Demam Panas Pertama Arissa ~ Roseola Infantum ~ Testimoni Minyak Habbatussauda Minsyam

Assalamualaikum..

Hari ni baru dapat ke udara... huhuhuhu..

Minggu lepas.. ada kursus.. pastu pulaks kat opis line internetnya problem..

Isnin aku terpaksa el coz pengasuh Arissa cuti.. huhu..

Awal bulan aritu.. Arissa diserang demam panas.. berpunca dari selesema dan batuk yang tak hilang2..

Masa aku ambik dia petang Khamis tu... rasa badan dia hangat sangat... bila check suhu.. dah 38 lebih... cepat2 aku mandikan dia..

Ingatkan tak nak bagi ubat demam.. so, aku guna kaedah alternatif.. lepas mandikan dia.. aku rendam stokin dengan air perahan lemon pastu pakaikan kat kaki dia.. sapu kunyit kat hidung utk keringkan selesema..

Menjelang 10 malam.. suhu dia naik mendadak ke 39.1... uwaaa.. tak bleh jadi ni.. aku jelum ngan kain basah.. nak tak nak pi emergency gak ni...

Bergegas kami bersiap ke emergency.. sampai di emergency.. staff check suhu Arissa.. turun sket ke 38 lebih.. semua staff yang nampak Arissa tegur aku.. apa kuning2 kat hidung dia... hehehehhe... jenuh nak explain sorang2... pegawai bertugas suh bagi ubat demam dulu sementara mendapatkan rawatan.. aku risaukan akan usia Arissa yang baru 4 bulan kena telan ubat demam yang pada aku banyak gaklah kuantitinya... dalam 2.5ml kalau tak silap masa tu.. tak ingatlah pulaks.. so, aku tanya kat MA samada boleh ke Arissa telan ubat demam coz usia dia yg masih kecil.. katanya.. boleh kecuali ubat batuk dan selesema.. so, lega sikit kerisauan di hati..

Masa bagi ubat tu.. Arissa pi muntahkan balik ubat tu... mungkin telan sket jerk.. huhu.. tak sedap kot!

Kul 1 pagi lebih kalau tak silap baru dapat jumpa dr.. punyalah lama menunggu.. nasib baik Arissa tak merengek sangat.. bila dia ek..ek jerk.. aku sumbat susu... huhuhuuhu...

Dr check tekak Arissa dah merah... katanya tonsil dia bengkak.. alamak.. ni lah yang buat aku lemah.. risau kalau demam tak surut2 nanti kena tahan wad..


Masuk hari ke-2, hari ke-3.. Arissa masih demam!! suhu tak turun2.. masih dalam range 38.. so, tanya member tentang rawatan alternatif ni..


Abang Fateh yang sentiasa menjadi peneman..

Sorang kakak kat opis ni suggest minyak habbatussauda.. so, Sabtu malam suh en hubby carikan ubat tu kat Warta..

Selain ubat demam yang perlu diambil setiap 6 jam.. aku bagi juga minyak habbatussauda.. aku campurkan setengah kapsul ke dalam susu Arissa..


Hari ke-4 demam.. cadangnya nak check darah Arissa coz demam still tak turun2.. tapi klinik panel tutup.... aduiii.. so, plan esok nya pulaks..

Hari Isnin.. hari ke-5 demam.. hari ke-3 pengambilan minyak habbatussauda.. suhu Arissa dah menurun.. alhamdulillah.. petangnya keluar ruam2 kat badan dia.. Arissa dah tak demam!! yes!! alhamdulillah... dengan izinNya Arissa sembuh dari demam.. so, tak jadi pi ambik darah..

dalam proses nak sembuh..

ruam di bawah kulit.. ruam yang keluar selepas demam panas.. dikenali Roseola Infantum.. aku sapu dengan minyak zaitun Minsyam..



Kebaikan Habbatussauda.. seperti dalam ungkapan sabda Rasulullah..

Abu Hurairah pernah mendengar Rasulullah Muhammad SAW bersabda:
“Pada Habbatus sauda ada ubat bagi segala jenis penyakit kecuali Al-Sam, iaitu maut”.

Walaupun demam Arissa dah surut.. selesema dan batuk masih ada.. so, aku still cuti untuk memastikan ruam, selesema dan batuk dia reda.. alhamdulillah pada hari ke-7.. ruam di badan hilang.. selesema pun dah tiada.. aku sapu kunyit kat hidung Arissa.. yang tinggal cuma batuk yang masih degil nak hilang..


 So, hari ke-8 dengan lapang dadanya aku hantar Arissa ke pengasuh.. 

Aku cadangkan.. kalau anak2 uols demam ke.. blehlah cuba juga rawatan alternatif ni.. InsyaAllah..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah