Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Feast of Malaysia 2014 @ PICC Putrajaya

Assalamualaikum..

Ahad lepas..

Lepas kami pergi Aeon Equine.. kami ke PICC.. ada jualan2 kat sana..

Aku tertarik nak ke sana sebab teringin nak makan ketupat daun palas.. kebetulan fb Perbadanan upload gambar ketupat daun palas yang ada jual di sana.. hehehhe..

Sampai kat sana tengok tak ramai yang datang.. banyak jugak gerai di buka.. mungkin kurang promosi.. hari tu adalah hari terakhir..  program tu bermula 29 Aug yg lalu..

Masa sampai tu.. dengar suara si Dee sedang ada acara kat atas pentas.. hari2 sebelum Chef Wan yang datang.. aku tak tengok pun.. aku datang nak membeli bukan nak tengok show..

Selain beli ketupat tu.. ada jugak kami beli rendang, kek lapis, Adam chocolate, buah dan jeruk.. support sket produk Bumiputera ni.. siapa lagi nak tolong kalau bukan kaum kita sendiri.. yer dak? walaupun aku tau ada beberapa produk yg harganya tak masuk akal..

macam2 gerai..

anak aku hat dua orang tu berlari2 kat dalam dewan.. macam rumah diorang jerk.. sabor jerlah..  

tu.. ntah apa yg dibuatnya..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah