Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Pizza Pemanggang Ajaib

Assalamualaikum..

Cuti2 Merdeka aritu.. ambil kesempatan buat pizza.. buat simple pizza jerk..

Resepi?? google jer.. byk dah blogger2 yg buat pizza sendiri.. so, aku pun try lah kan.. kalau jadi lain kali bleh buat lagi.. tu pun kalau teringin nak makan dan ada stok bahan kat rumah..

Oh ya.. lainnya resepi aku ni.. aku guna pemanggang ajaib.. maklumlah kan aku takde microvawe.. alhamdulillah hasilnya tidaklah mengecewakan..

Ni aku tuliskan resepi yg aku dah olah ikut cara aku.. resepi asal aku tak ingat ambik kat mana.. main google jerk aritu.. so kepada pemilik resepi asal.. akak pinjam resepi ye..

Bahan2 doh:-

200gm tepung gandum
125 ml air suam
1 peket mauripan
1 sudu besar gula
secubit garam
1-2 sudu besar butter
1-2 sudu besar shortening

Bahan2 topping:-

Sos spaghetti - aku guna jenama Kimball
Hot dog potong nipis
1-2 ketul dada ayam dicincang - goreng bwg putih dan bwg merah.. pastu aku masukkan dada ayam tu.. pastu aku letak oregano.. tu jerk stok yg ada kat rumah.. pastu aku masukkan hotdog.. dah masak aku sejukkan..
Capsicum potong nipis
Cendawan butang - stok yg ada kat rumah dah rosak - so, tak masukkanlah.. huhuhu
Mozarella cheese

Lain2 bahan terpulang kepada citarasa masing2.. kuantiti bahan ikut lah nak banyak mana pun.. jangan sampai melimpah ruah sudah!

doh yang dah siap diuli.. utk doh ni bancuh mauripan dan gula ngan air suam.. tepung tu aku campur ngan garam siap2.. pastu buat ruang kat tengah2 then tuang mauripan dan air suam sambil uli.. bila doh dah sebati.. masukkan shortening dan kemudian butter.. uli sampai doh tak melekat pada tangan..

doh yang dah diperam hampir sejam.. akan naik 2 kali ganda.. pastu tumbuk2 doh tu then uli balik.. pastu siapkan doh utk dibakar..

memandangkan pemanggang ajaib aku tu comel jerk.. so, aku guna loyang yang kocik.. lepas doh dibakar.. bila dah sejuk sket.. aku sapukan sos spaghetti dan tabur semua bahan yg aku nak..

last sekali aku taburkan mozarella cheese 

bakar dalam 20-30 minit.. guna api gas hat perlahan.. siap! 

 Sedap makan panas2.. nyum3..

Comments

syalinda johari said…
wah kak iena, dah macam pizza hut dah...mesti sedap ni...

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah