Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Saham Akhirat : Madrasah Tahfiz Al Yamani

Assalamualaikum..

Dapat email dari Mudir Al Yamani..

Tergerak hati utk kongsi di sini.. sesuatu yang sangat bermanfaat utk menambah saham kita di akhirat.. semoga dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar2 Tahfiz meneruskan pengajian.. dan semoga Allah membalas jasa baik tuan/puan yang sudi menderma.. InsyaAllah..

Boleh juga baca kisah Madrasah ini di Kosmo



LOGO Al Yamani 1.jpgBismillah 1.jpg
MADRASAH TAHFIZ AL YAMANI
image Assalamualaikum

PER: MEMOHON SUMBANGAN RM10 SAHAJA SETIAP BULAN SECARA BERTERUSAN ATAU RM120 SETAHUN BAGI TAHUN 2014 ATAU SEPANJANG HAYAT UNTUK KEPERLUAN BULANAN GOLONGAN ASNAF ZAKAT
Dengan segala hormatnya saya ingin merujuk perkara di atas,
2. Berhubung dengan perkara di atas, Madrasah ini ingin memohon dari 3,500 orang umat Islam untuk membantu RM 10 sahaja secara berterusan pada setiap bulan untuk menampung kos RM35 ribu sebulan.
3. Dimaklumkan bahawa Madrasah ini dengan rasminya telah beroperasi sejak tahun 1994 dan sekarang sudah berkembang sehingga seramai 60 orang pelajar lelaki, 30 orang pelajar perempuan dan 7 orang tenaga pengajar. 12 buah unit flat yang disewa untuk kediaman dan tempat pengajian pelajar lelaki berada di Blok A, Flat PKNS, Kg. Baru. Manakala pelajar perempuan ditempatkan di sebuah rumah teres di Jalan Datuk Abdullah Yasin, Kg. Baru.
4. Pengajian yang ditawarkan di Madrasah ialah pengajian tahfiz (hafalan) Al-Quran dan pengajian kitab. Sejak bermulanya Madrasah sehingga sekarang, tidak ada sebarang yuran dikenakan kepada setiap pelajar adalah bertujuan ikhlas kerana Allah swt. Kesemua tempat penginapan dan pengajian (RM10,000), makan minum pelajar (RM5 x 100 x 30 hari RM15,000), elaun tenaga pengajar (RM1,000 x 7 RM7,000), dan pengurusan Madrasah adalah sentiasa diharapkan daripada sumbangan masyarakat umat Islam yang berkeprihatinan. Kos keseluruhan perbelanjaan Madrasah adalah RM35,000.00 untuk setiap bulan. Oleh itu, Madrasah memohon sokongan dari orang ramai untuk menjayakan Madrasah ini kerana Allah swt.
5. Pihak Madrasah mengalu-alukan sumbangan Infaq, Zakat, Fidyah atau Derma daripada kaum muslimin dan muslimat, supaya dapat bersama-sama menegakkan syiar islam dengan menginfaqkan sejumlah harta untuk tujuan diatas mengikut kemampuan demi mencari redha Ilahi.
6. Oleh itu sebarang sumbangan ikhlas muslimin dan muslimat bolehlah dimasukkan terus ke dalam akaun CIMB Islamic Bank Berhad atau Maybank Islamic Bank Berhad diatas nama
“MADRASAH TAHFIZ AL YAMANI”
CIMB BANK NO. AKAUN    8600 05 8576
MAYBANK NO. AKAUN      5640 9850 1934
Resit pengecualian cukai, boleh diuruskan untuk setiap sumbangan RM300 keatas. Mohon hantarkan slip bank sebagai bukti sumbangan besertakan nama penuh (seperti di dalam K/P) atau nama syarikat (seperti di dalam pendaftaran), alamat penuh (besertakan pos kod) dan nombor telepon untuk pengurusan penghantaran resit.
6. Akhir sekali jutaan terima kasih dan moga-moga Allah S.W.T membalas jasa baik muslimin dan muslimat dan menambahkan rezeki yang berkat diatas keprihatinan muslimin dan muslimat terhadap mereka yang memerlukan dan pihak kami amat menghargai sumbangan tersebut. Mohon bantu sebarkan.
Sekian. Terima kasih.
Yang benar,
Tandatangan Ustaz Syed Fadzli 2.jpg
Ustaz Syed Mohd Fadzli Syed Ahmad
(Mudir Al Yamani)
12H, Tingkat 8, Blok A, Flat PKNS, Jalan Raja Muda Musa, 50300, Kg. Baru, Kuala Lumpur
Tel.: 019 383 8730, Faks: 03 2726 8899, emel: madrasahtahfizalyamani@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah