Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Review First Solid Food Arissa ~ Avocado with Baby Bullet

Assalamualaikum..

Cuti baru2 ni.. aku dah start bagi Arissa solid food.. dah 6 bulan baru aku nak bagi.. tak berani lagi nak bagi before 6 month.. kalau ikutkan dah boleh start bagi dari usia baby 4 bulan.. aku jerk yang malas.. risau pun yerk.. kang sakit aku jugaks yg susah..

Kali ni aku nak ikut panduan dari buku baby bullet tu.. kalau ikut buku panduan pemakanan dari Pa&Ma.. usia 6 bulan baby dah boleh makan bubur nasi.. tapi aku tak berani nak bagi lagi.. takut perut Arissa terkejut.. so, utk usia 6 bulan ni.. aku hanya bekalkan makanan yang tiada alergik..

all in english!! fenin aku nak memahamkan..

Makanan pejal pertama yang aku perkenalkan adalah avocado.. itupun berdasarkan pengalaman member2 opis dan bacaan dari buku yang dibekalkan dalam Baby Bullet.. avocado adalah antara makanan yang tiada alergik ke atas bayi..


Buah avocado aku beli kat Cold Storage.. beli 3 biji sekali.. huhuhuhuhu.. pastu peram dalam beras dalam 4 hari ke atas.. masak ngan cantiknya..

3 ketul avocado yang belum masak..

Aku nak ceritakan macam mana aku prepare solid food avocado utk Arissa.. masa mula2 tu aku main belasah jerk buat.. tak baca buku sangat.. dah salah.. huhuhuu.. so, bila tanya member dan baca balik buku.. baru faham... huhuuuhu...motip?? kena rajin baca buku ya!!

avocado yang dah masak.. belah 2 jadi cenggini.. masa mula2 tu aku tak tau nak tentukan buah ni dah masak ke belum.. bila google.. ada yg kata warna kulit buah tu akan bertukar kehitaman.. tapi aku tengok buah yg aku beli tu langsung tak bertukar warna kehitaman pun.. cuma jadi kaler hijau gelap sket jerk macam no. 2 dalam rajah dibawah.. yang meyakinkan aku buah tu dah masak bila aku rasa buah tu macam dah lembik sket.. tapi dari segi pemerhatian aku.. peram 4 hari keatas InsyaAllah avocado tu akan masak..

ni yang aku jumpa kat google..

aku korek2 isi avocado masukkan terus ke dalam baby bullet yg saiz sederhana tu.. pastu masukkan air agak2 dalam suku cawan..

hasil selepas di blend..  

masa mula2 nak blend tu.. jenuhlah aku cari On/Off punya punat.. nan ado!! tengok label push down then pusing kanan sbg On dan pusing kiri sbg Off.. tekan2 tak mau.. rupa2nya kena tekan kuat sket.. baru jalan.. huhuhuhu..

masukkan puri ke dalam bekas yg comel lote ni.. satu tu aku masukkan ke dalam freezer.. tahan 1 bulan.. hat satu lagi aku letak kat bawah jerk.. bleh tahan 3 hari.. 

bila nak bagi Arissa makan keesokan harinya.. aku cedok sesudu besar dan masukkan ke dalam bekas lain dan rendam bekas tu dalam air panas..

baki puri yang anak2 tak habis makan tu kena buang ok.. tak boleh dimakan semula.. sebab bakteria mudah merebak melalui sudu yang digunapakai..

Meh tengok muka Arissa bila di suapkan dengan avocado..

muka blur.. apo bondo eh ni?? hahahhaha... 

Pada awalnya hanya sedikit jerk Arissa makan.. mula2 kan.. mana nak makan sangat.. dijelir2 lidahnya.. pastu dikumpulnya avocado tu dalam mulut.. huhuhu.. ntah bila nak telannya.. sua ngan air sket barulah Arissa telan.. dapat rasa sket avocado tu pun ok dah..

Hasil dari pemerhatian selama 4 hari makan avocado.. tidur Arissa agak terganggu pada waktu malam.. biasanya Arissa akan tidur 5 jam baru dia terjaga nak susu.. pastu sambung tidur balik.. kali ni sejam sekali dia bangun.. ek..ek.. bagi susu sket dia lena balik.. pastu sejam kemudian bangun balik.. aduiii... tak tau naper.. adakah disebabkan makanan baru ni ataupun beralih bulan ni.. nak kata sakit perut dia tak nanges sepanjang masa.. just resah gitu jerk.. 

Oklah.. tamat sudah review tentang solid food avocado.. hari ni bagi puri buah pisang pulaks.. dah pesan kat pengasuh.. harap2 Arissa ok..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah