Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Terima kasih Mr. V atas jasamu.. welcome Mr. W again in our family..

Assalamualaikum..

Hari ni adalah hari terakhir Mr. V bersama kami sekeluarga... huhuhuhu.. hampir 5 tahun dia berkhidmat dengan kami.. berpanas berhujan.. sedihlah pulaks.. setiap kenangan terindah bersama Mr. V tak akan kami lupakan.. sebagaimana ingatan kami masih kukuh pada Mr. W yang dahulu.. huhuhuu...

Esok pemilik bakal bertukar tangan.. hope bakal pemilik baru menjaga Mr. V dengan sebaik2nya..

Harapan yang tinggi juga buat Mr. W yang baru.. eh...eh.. tak sangka dapat balik nama Mr. W... huhuhuhu... semoga Mr. W yang baru dapat berkhidmat dengan kami tanpa ada sebarang masalah.. cuma bermasalah dengan Mr. J pulaks nanti.. aduiii... fenin!!

Siapakah Mr. W yang dahulu?

Siapakah Mr. V?

Siapa pula Mr. W?


Kisah Mr. W yang pertama..

Nama : Wira Aeroback 1.3 M
Nick Name : WL? 7748

Tahun : 2003 - 2009
Warna : Nak kata hijau tak jugaks.. nak kata kuning tak jugaks..
Alkisah : Dapat Mr. W ni bulan Ogos 2003.. beli sempena perkahwinan aku pada awal September.. beli huruf dan nombor ni rm300.. huhuhu.. sanggup!! 7748 sempena hantaran perkahwinan ok.. huruf tu rasa cam cantik jerk.. sebab tu rasa sayang sangat bila nak lepaskan Mr. W ni.. uwaaaaa... sentimental value kata orang.. ecehceh.. Amiera menguasai sepenuhnya sit belakang pemandu..

Apalah cerita Mr. W sekarang yerk..?? dah 11 tahun berlalu..

 
6 tahun berkhidmat dengan kami.. tq so much!


Kisah Mr. V

Nama : Vios 1.5 A
Nick Name : WT? 7748
Tahun : 2009 - 2014
Warna : Hitam
Alkisah : Dapat Mr. V ni hujung tahun 2009.. bila gaji dan pangkat dah naik sket.. mestilah nak kan keselesaan.. kebetulan kami dapat Fateh bulan Ogos 2009.. so, rezeki anak lah katakan.. pada asalnya.. nak memiliki Mr. W yang import.. tapi tak kesampaian.. dapat Mr. V pun alhamdulillah.. nombor dan huruf pun aku beli.. rm400 regenya.. masih mengekalkan jumlah hantaran sebagai nombor bertuah kami.. huruf tu pun aku suka.. walaupun kereta tak keluar lagi.. tapi nombornya dah beli siap2.. huhu.. masa kereta kami keluar no plat kenderaan kat JPJ masa tu dah ke depan beberapa huruf.. Amiera masih menguasai sit belakang pemandu sehingga Fateh berusia 3 tahun kalau x silap.. bila Fateh dah besar ni.. asyik bergaduh jerk duk kat belakang.. nak2 pulaks bila time nak tidur.. berebut!! si adik lebih banyak mengalah dari si kakak..

5 tahun berkhidmat.. tq so much!! akan tinggal kenangan mulai esok! sob3..


Kisah Mr. W yang kedua

Nama : Wish 1.8 A
Nick Name : xxx 4877
Tahun : 2014 - ?
Warna : Putih
Alkisah : Memang tak ada dalam senarai untuk memilik Mr. W.. sebab asalnya nak memiliki Mr. E.. tapi apakan daya.. jodoh pertemuan Allah yang menentukan.. ecehceh.. kita hanya mampu merancang.. Dia penentu segala2nya.. Mr. W yang diimpikan 5 tahun yang dahulu berjaya juga dimiliki.. huhuhuhu.. memiliki Mr. W kali ni adalah rezeki anak juga.. atas kelahiran puteri kedua.. Arissa.. juga utk keselesaan Amiera dan Fateh.. hebatnya percaturan Allah yang memang sangat cantik utk kami sekeluarga.. syukur padaMu ya Allah.. no kali ni tidak lagi mengekalkan no hantaran perkahwinan kami.. no tu telah dibeli oleh seseorang... uwaaaaaaa... tapi disebabkan nak jugak sentimental value pada Mr. W.. belilah jugaks no yang ada makna antara aku dan en suami.. huruf nya pun aku suka.. kali ni harga meningkat ke rm510.. tergetar2 tangan nak membayarnya.. sib baik tak ribu riban.. memang taklah aku nak beli!

alhamdulillah.. tercapai juga impian tahun ni.. 
tunggu kedatangan kami esok! amacam.. comel tak? 

Apa pun.. ini semua adalah rezeki dari Allah s.w.t melalui redhaNya dan kehadiran anak2 tersayang.. 

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah