Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Aktiviti Minggu Lepas

Assalamualaikum..

Minggu lepas minggu byk aktiviti di Putrajaya dan kawasan sekitar yg berhampiran..

Antaranya :-

1. Pembukaan rasmi IOI City Mall

2. Karnival Upin & Ipin di PICC

3. Formula E

4. MAHA di Serdang
 

Hanya 3 aktiviti ni jerk aku terjah...

Alkisahnya..

Aktiviti melawat tapak IOI City Mall yg tak 100% kedai dibuka ni adalah pada hari Jumaat lepas.. sehari selepas perasmian.. ikut member opis jerk.. alang2 rehat lama hari Jumaat kannn... so, window shopPINK jerlah.. gaji pun tak masuk lagi kan.. nak makan pun susah sket masa tu.. food court tak buka lagi.. restoran fast food banyaklah.. ngan restoran jepun korea bagai.. ehem.. tak lalu dek tekak aku ni.. lain2 pada aku oklah.. mesti ramai hujung minggu..

Animation world.. comey3..

singgah lunch kat sini jew.. siap ada belon2 bagai..


Karnival Upin dan Ipin berlangsung selama 3 hari mulai 21 - 23 Nov.. memandangkan dah cuti sekolah.. sah2 hari minggu confirm ramai.. so, ajak en hubby bawak anak2 pi tengok Jumaat malam... nak bagi Fateh tengok Upin Ipin live kononnya.. tapi..  bila maskot Upin Ipin dan kawan2 lalu depan Fateh.. Fateh cakap kat papa dia.. 'dalam tu orang kan Papa?'... hahahhahahaha.. Fateh dah besar ok! tak sesuai nengok Upin Ipin... hehehhehe... Arissa dah start meragam bila maskot tu dah nak sampai.. sumbat susu.. terus zzzzzzzzzzzzzzz.... hehehhehe... so, plan nak tengok Ultraman hari Ahad.. cancel!! kang Fateh cakap benda yang sama.. ngan crowded nya!! oh tidakkk..


meriah atas pentas.. nyanyi lagu Sahabat Selamanya..


Aktiviti ketiga pulaks.. Formula E.. alang2 dapat tiket Free.. tq Su.. ajak lah jugak en hubby.. dapat tengok sekejap pun jadiklah.. kalau saja2 nak pi tengok dengan bayaran yang tak masuk dek akal tu memang taklah kan.. kami datang tengok acara final.. sampai pun dalam kul 2.30 ptg..

4 keping dah rm200.. pergh.. kalau dapat naik berbaloi lah kot.. kwang3.. 

laju2 keretanya.. nak ambik gambar pun kena standby betul2.. huhuhuhu..

Tak sampai setengah jam.. kami balik.. hari pun dah nak hujan.. plannya nak ke IOI Mall.. tapi tak jadi.. cam maleh jerk.. lagipun takde tujuan sangat.. last2 pi Bangi.. tukar tayar ngan mekap kereta.. maklumlah kan.. beli kereta recond merangkap first hand kat Malaysia tapi pada hakikatnya adalah second hand.. huhu.. macam2 nak kena tukar.. fenin!! pulus oh pulus..

Ahad.. aktiviti mengosongkan stor.. nak kata kosongkan 100% tu taklah.. tapi lebih kepada mengurangkan kepadatan dalam stor tu.. hehehe.. dan antara jalan yg terbaik adalah jual barang2 yang tak digunakan lagi.. so, let go pada kawan2 opis.. alhamdulillah ada yang membeli.. dan byk barang adalah kepunyaan Fateh.. huhuhu.. sian dia.. tapi aku dah janji.. aku akan gantikan barang2 yang dijual tu dengan sesuatu yang dia pasti suka..


available! kalau berminat bleh pm aku.. harga kasih sayang..

so, itu sajork aktiviti kami..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah