Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

JJCM : Lunch @ Warung Bunian Again

Assalamualaikum..

Lunch hour tadi aku ngan adik2 programmer pi jjcm kat warung bunian.. program yang tak dirancang.. bila sorang member aka blogger Eida tu ajak pi makan kat sana.. adalah beberapa org lagi yg nak join termasuk aku.. so, cukup 6 orang.. geng2 yg lain ada hal masing2.. yerlah kan.. last minute punya planning.. call warung bunian utk tempahan.. sib baik ada sit.. mungkin belum gaji sebab tu tak ramai yang nak pi makan kat sana..

Ni kali ke-2 aku lunch kat sini.. last sekali aku makan setahun yang lalu... sila baca disini..

  
aku as blogger wajib klik2 gitew.. cik puan wawa pun ado.. pregnant jugak lunch kat sini kali ni.. hahahha.. and blogger Eida

menu untuk hari Rabu.. dah tak banyak mcm tahun sudah.. tapi ok gaks ada ikan masin.. penaik selera.. mmm.. sedap!

kasi close-up sket menu!

sambal udang galah!! mabeles..

ayam masak lemak cili api.. tak pedas pun.. sesuai utk semua peringkat umur..

 terung goreng.. sedap gaks.. aku memang suker makan terung.. especially terung goreng sambal.. nyum3..

sambal belacan, ikan masin dan timun..

ice lemon tea.. 1 jug.. rasa tak cukup utk 6 org..

total utk 6 orang makan.. rm88 termasuk 1 desert.. dadih kot.. tak ingat.. 
terima kasih juga kepada tuan besar En Hafiz.. kerana support half daripada harga makanan.. murah rezeki..

masa nak balik.. nampak banyak kera berkeliaran kat kawasan kampung tu... erkkk.. bahaya tul..  nak2 pulaks kalau kera tu tengah lapar.. tak pasal2 pecah masuk rumah.. takut kalau ada baby jerk.. nauzubillah.. mintak dijauhkan..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah