Selamat Tinggal 2014.. Selamat Datang 2015..

Assalamualaikum..

Lagi beberapa jam.. kita akan masuk tahun 2015.. meninggalkan tahun 2014 yang penuh kenangan..

Banyak kenangan manis mahupun pahit yang dialami setiap insan..

Kenangan termanis dalam hidup aku sepanjang tahun ni.. lahirnya permata ketiga dalam family kecil aku ni.. Hanis Fara Arissa.. alhamdulillah..

 ~ 22 April 2014 ~

~ Dis 2014 ~

Eiiii.. geramnya ngan budak kecik ni.. geget kang!!

Kenangan pahit manis yang lain2.. biarlah ia tersemat dalam hati ni.. hanya Tuhan yang tahu apa yang aku lalui dan apa yang korang semua lalui.. berserah kepada-Nya dalam menghadapi setiap ujian yang mendatang..

moga hati ini tabah dalam menghadapi setiap ujianNya dan redha atas ketentuanNya

Kenangan terpahit yang dilalui oleh semua orang khususnya Malaysia tanah tumpah darahku..

hilangnya pesawat MH370.. sehingga kini tiada khabar berita ~ Mac 2014

pesawat MH17 ditembak jatuh ~ July 2014


pesawat Air Asia QZ8501 terhempas di Laut Jawa.. Malaysia turut terkena tempiasnya.. ~ Dis 2014 ..

Banjir di Pantai Timur ~ Dis 2014.. pic credit to www.unisza.edu.my

Ya Allah.. besarnya dugaan Mu kali ni kepada negaraku..
 
Takziah buat semua keluarga dan sahabat handai mangsa pesawat dan mangsa banjir..

Al-Fatihah..

***********************************************************************
 


Andainya esok Allah izinkan aku bernafas lagi di muka bumi ini..

Aku memanjatkan syukur kepadaMu ya Allah..  


Kurniakanlah kepada kami limpah rahmatMu setiap kali terbitnya fajar hingga terbenamnya mentari..

Kurniakanlah kami cahaya petunjukMu agar sentiasa tawadduq beribadah kepadaMu.. 

Kurniakanlah kami kesihatan yg secukupnya utk menjaga amanah2Mu..

Jauhkanlah kami dari fitnah Dajjal laknatullah..

Aminnnn.. aminnnn.. ya rabbal alaminnn...

Semoga tahun baru 2015 bawa sinar kebahagiaan kpd kami sekeluarga, sanak sedara, sahabat handai dan semua umatMu amnya..


Andainya tiada esok untuk ku..

Aku redha akan ketentuanMu..

Ampunkanlah dosa2ku, keluargaku dan seluruh umatMu..

Matikanlah aku dalam keadaan Khusnul Khotimah..

Tempatkan aku di JannahMu..  kerna tak sanggup menghadapi siksaan NerakaMu..

Walau aku tahu.. aku tak layak utk itu..


Buat semua insan yang mengenaliku..

Maafkan aku atas segala pertuturan mahupun tingkahlaku yg kurang menyenangkan..

Halalkan segala2nya..

Ingati aku dengan Al-Fatihah..


JJCM : Restoran Kampung Ipoh

Assalamualaikum..

Lagi cuti2 Malaysia.. cuti balik kampung jerk pun.. tak pi cuti mana2 eh cuti sekolah ni.. cuaca tak mengizinkan..

Sebut mengenai cuaca ni.. terlebih dahulu aku ucapkan tahziah buat semua keluarga yang terlibat dengan banjir yang melanda Pantai Timur.. dan takziah juga buat keluarga dan sahabat handai penumpang Air Asia QZ8501.. setiap yang berlaku ada hikmahnya.. redha dan tawakal dengan ujian dariNya.. al-Fatihah..

Berbalik kepada topik.. malam hari kami sampai kat Ipoh.. en hubby ajak makan kat restoran ni.. ipar duai yang suggest.. so, nak merasa jugakslah makanan kat sini.. restoran baru jugakslah.. dalam hujan renyai2 tu.. redah jugakslah..

kualiti gambar kureng sket.. malam kan.. hp akak biasa2 jerk..

suasana dalam restoran.. not bad.. makanan pun not bad.. harga pun not bad.. 

So, uols yang nak ke Tambun Lost World.. bleh singgah JJCM kat sini..

Detail info bleh pi kat blog Emily..


Jalan2 Mydin Mall Meru Raya

Assalamualaikum..

Cerita ceriti cuti baru2 ni.. balik kampung umah mertua..

Ajak en hubby jalan2 kat Mydin Mall Meru.. tak pernah pergi pun sebelum ni.. selain jalan2.. ada tujuan lainnya... huhuhuhu.. rahsia!

pic credit to oniasyraf.blogspot.com

Sebelum jalan2 tu gi makan dulu.. singgat sebentar kat restoran Upin Ipin.. 


sementara menunggu makanan.. kita berposing dulu ya.. alah ciannya mucuk ma tu.. terkangkang.. penyek haa muka Arissa.. kakak!!
 

Dah kenyang baru bleh jalan2.. besar jugak eh mydin mall ni.. tak sempat nak teroka semua tempat.. nak layan karenah anak2 lagi.. huhuhuhu.. yang penting dapat jugak apa yg i nak beli ok! miahhaaaa..


Arissa 8 Bulan ~ Menu Makanan Bayi ~ Finger Food

Assalamualaikum..

Alkisah Rabu minggu lepas..

Saja gatai nak buat finger food utk Arissa.. walhal gigi pun tak tumbuh lagi.. takpelah.. kita cuba try test dulu.. asyik dok makan baby bites jerk.. meh makan homemade punya! resepi dari group fb homemade solid food.. thank you sesangat pada yg share ya!

Bahan cuma roti dan puri kurma..

kasi perabih stok roti putih gardenia dulu..

puri kurma..

bentuk kan roti menggunakan cookie cutter..

sapukan kurma atas roti dan bakar.. 
aku guna mini oven tu cuma 3 minit jerk.. lebih sket kang.. hitam legam bawah roti!

mucuk ma!! 
comel jerk dia makan menda alah tu.. kemam punya kemam.. lepas lunyai dikeluarkan balik.. huhuhuhu.. cian takde gigi ya!

 Last2 yang dok perabihkan Fateh ngan Amiera... hahahahhahah...


Big Bad Wolf ~ Midnight Sale!

Assalamualaikum..

Kisah kelmarin..

En hubby ajak ke big bad wolf.. itupun kesian ngan Amiera yg asyik dok ajak papa dia..

Kami gerak dalam kul 10 lebih kalau tak silap.. sambil2 tu usha fb bbw.. ada tambahan discount 10% yg buat pembayaran selepas 12 tgh malam sehingga kul 2 pagi.. cantik!

budak2 suka tul bergambar kat sini..

cantik!

pintu masuk utama..

Masuk kat situ.. macam2 buku yg ada.. tapi tulah.. nak cari yg kita nak tu susah sket laaa.. lagi pun buku2 tu byk dari luar.. kalau yg minat membaca tu sesuai lah kot.. aku kureng sket!

jutaan buku.. sib baik tak ramai sgt orang..

Fateh dah ready nak sambar buku.. mana Arissa yerk? ada sebelah aku ni haa.. sakit tangan aku.. sebelah pegang dia sebelah snap gambar.. huhuhu..
 
Cari buku latihan byk yg tak berapa sesuai.. cover buku tebal.. harga dlm rm5 - rm8.. rasa cam tak berbaloi.. baik pi Maidin beli yg singgit dua tu jerk.. yg penting aktiviti dalam buku tu..

So, beli buku utk bahan bacaan anak2 jerk.. itupun kalau baca! kalau tak kang.. bersepah merata2.. bacanya idak..


Arissa 7 bulan ~ Menu Makanan Bayi ~ Percubaan pertama Cous cous

Assalamualaikum..

Petang semalam.. semangat nak bagi Arissa makan cous cous.. pesan kat member beli kat cold storage..


Kaedah masak cous-cous sangat senang.. ada yg suggest rendam ngan air panas.. tapi aku follow arahan kat kotak.. kena rebus.. tapi diorang suggest rebus ngan garam ngan evoo.. tapi aku tak follow pun.. garam tu.. mana boleh bagi Arissa makan garam lagi kan.. lepas rebus tapis dulu..

lembut jerk cous cous ni

lepas dicampur dengan puri.. 

Nak tau apa aksi Arissa masa makan?? mula2 tu telan jugaks.. tapi bila 4 kali suap.. dia dah main sembur2... hahahahahha.. kena ajar lagi kot makan menda ni.. mungkin kena blend dulu ke.. nak bagi dia serasi ngan rasa cous cous tu..  pastu kena pelbagaikan rasa.. campur dengan buah2an yg sedap ke kan..


Arissa 7 Bulan ~ Menu Makanan Bayi ~ Bubur dan Puri untuk Arissa

Assalamualaikum..

Alkisahnya.. pengasuh bagitau bubur yg aku bekalkan untuk lunch Arissa tak cukup.. sebab petangnya Arissa dah lapar.. erkkk.. camno ni.. so, kena bekalkan lebih bubur..

Lunch hour Jumaat lepas aku ngan Amiera gi alamanda cari bahan..

beras perang.. Arissa suka sangat.. bila aku bagi beras biasa macam tak berapa nak suka dah.. ooo.. demand ehh.. takpe.. good for ur health..

oat, sweet potato, epal, pisang kaki dan avocado.. gambar di snap beberapa hari kemudian.. sebab tu avocado dah hitam.. hehehhee.. dah cukup masak bila diperam dalam beras.. labu dalam peti sejuk malas nak snap.. 

Cuti hari minggu.. gigihlah aku buat puri utk stok 3 ke 4 hari.. dan kali ni stok perlu dibanyakkan sebab Arissa dah kuat makan.. hambek kau.. sampai 2 jam aku kat dapur nak menyiapkan puri lobak, keledek, kurma, epal, labu dan memblend beras perang yg dah direndam dengan air perahan lemon semalaman dan kemudian disangai..

keledek dan lobak utk diblend.. lain2 tak sempat nak snap.. kejar masa nak balik umah my mom..

Setiap pagi aku akan masak beras perang yg dah diblend separa halus.. proses masak bubur dalam 10-15 minit.. bila bubur dah masak aku campurkan dengan pelbagai puri, zafaran dan evoo.. siap!.. next time nak campur bubur ngan habbatusauda laks..

Untuk sarapan aku just bekalkan campuran puri.. bubur sebagai makanan tengahari dan petang..

zafaran beli kat pasar pagi Beranang.. herba paling mahal di dunia.. patutlah.. sepeket kecil ni rm15.. tapi sangat bagus dan berkhasiat.. pic credit to kurmamehr.com

aku guna evoo hat ni jerk.. murah!! tak mampu nak beli mahai2.. pic credit to niagaapasaja.blogspot.com

Memandangkan Arissa belum ada gigi ni.. kenalah bagi makan bubur dulu.. pastu aku bekalkan jugaks baby bites (yg pernah jadi isu sebelum ni).. tapi kena bagi sket2.. takut tercekik.. kesian nengok dia kemam2 keropok tu nak bagi lembut.. pastu Arissa telan jerk.. kalau dah ada gigi dan dah pandai gigit bolehlah aku bekalkan biskut jejari ke sebagai makan petang..

pic credit to sg.theasianparent.com

Next week plan nak selang seli bubur dengan Oat pulaks.. nak cari dulu tepung gandum yang tiada bahan peluntur untuk dijadikan bahan rendaman oat..

Pastu nak beli cous cous.. selang seli ngan bubur dan oat..

Dan banyak lagi makanan2 lain yang akan aku perkenalkan kepada Arissa bila usia semakin meningkat ni.. 

Seronok bila tengok Arissa makan tau.. nganga jerk kalau bubur tu kena dengan citarasa dia..

nyum..nyum..

Semoga membesar dengan sihat yer sayang!!


Arissa 7 bulan ~ Menu Makanan Bayi ~ Stok Ayam

Assalamualaikum...

Dah 7 bulan lebih usia Arissa... dia demam lagi untuk kali ke-3 kalau tak silap.. demam yg on-off..

Arissa start demam hari Rabu minggu lepas.. Jumaat.. dah x demam.. awal pagi tu aku rasa badan dia tak panas.. so, aku tak bagi ubat demam.. esoknya Sabtu.. rasa badan dia hangat sket.. tak lama lepas tu naik tinggi mendadak.. suhu lebih 38.. start makan ubat demam.. Ahad pi klinik.. tekak Arissa merah dan tonsil dah bengkak... aduiiii.. bila melibatkan tonsil ni mesti makan masa yg agak lama nak sembuh.. dr bekalkan antibiotik.. aku kalau boleh tak nak bagi Arissa antibiotik.. tapi tak nak lagi melarat dan kesian dengan keadaan dia.. bagi jerlah.. tutup jerlah sebelah mata walaupun aku tahu ketidakbagusan bagi antibiotik especially kepada baby..

ni masa kat klinik.. menggayakan dress Holabebe hat usia setahun... huhuhu.. cam tak demam kan.. tapi suhu 38.4 masa ni..

Balik dari klinik singgah kedai Az-Zain Bangi beli ayam organik.. nak buat stok ayam untuk Arissa.. khabarnya bagus untuk rawat selesema dan demam baby... huhuhuhu.. so, tak salah utk mencuba kan.. lagipun Arissa dah 7 bulan.. dah boleh start makan ayam..

untuk permulaan aku cuma guna beberapa ketul tulang ayam, kaki dan kepak.. campur dengan rempah 4 sekawan, carrot, halia, seleri dan bawang..  rebus dalam 3 jam sajork sehingga air tinggal suku dan isi ayam jadi hancur..

hasilnya dapat banyak ni jerk.. simpan dalam freezer..

brown rice, chicken stock, carrot, sweet potato, dates, EVOO
rupa tak menarik kan? tapi habis setengah mangkuk Arissa makan.. Arissa memang suka makan bubur.. sebab tu berat badan dia naik mendadak dari 6.19kg - 6.98kg..


Sehari jerk bagi bubur yg dicampur dengan stok ayam.. naik ruam kat badan.. huhuhuhu.. stop lah kejap.. takut Arissa alergik.. atau pun ruam tu naik sebab demam dia dah nak kebah.. wallahualam.. nanti kalau dah habis makan antibiotik.. baru aku start semula bagi bubur ngan stok ayam.. nak tengok betul ke Arissa alergik ngan ayam..

Dan..

Andainya next time Arissa demam lagi.. aku nak cuba semula cara alternatif.. rawatan secara islam.. dengan mengamalkan pemakanan sunnah.. cuma mungkin makan masa yg agak lama nak sembuh.. so, memang kena standby cuti banyak2 nak jaga dia.. tapi kalau tak ok jugaks.. nak tak nak kena sumbatkan jugaks ubat demam.. cuma kalau boleh nak elak pengambilan antibiotik..

bila dah sihat... eiiiii.. geget kang!!

Semoga cepat sembuh dan sentiasa sihat yer sayang!! mama sayang Arissa ketat2!! muaaahhhhss..


Pembukaan dan Penambahan Akaun SSPN-i

Assalamualaikum..

Alkisahnya.. memang aku plan nak masukkan simpanan Amiera dan Fateh dalam SSPN.. tapi tak buat2 lagi.. dan kebetulan.. ada member bagitau ada kaunter SSPN kat Anjung.. dan yg menariknya ada macam2 hadiah ok! cam tak cayo ok.. sebab selama ni tak pernah dapat apa pun...

So, semangat ok nak dapat hadiah.. pagi2 kira duit anak2 yg mmg dah aku simpan.. cukup sorang rm500.. daftar sekali untuk Arissa.. asalnya nak masuk duit Arissa kat ASB.. tapi tertarik dengan SSPN dulu.. ASB tahun depanlah daftar..

Untuk dapatkan hadiah bagi penambahan atau pembukaan akaun..bacalah yerk whatsup ni..


Untuk tahu lebih lanjut mengenai SSPN-i.. bleh pi kat website dia ya..

hasil dari menabung untuk anak2.. hadiah pun untuk mereka juga.. alhamdulillah..


Hanis Fara Arissa ~ 7 bulan

Assalamualaikum..

Arissa dah masuk 7 bulan ya.. perkembangan terkini Arissa dah pandai merangkak.. lajus jerk.. pantang leka.. tau2 dah hilang.. suka sangat pergi kat tmpt alas kaki.. apo kono eh ntah!


dah besar sket ni.. memang lain lah rupa masing2nya..

Bila dah susah nak control ke walker lah jawabnya.. itu pun tak lama sbb mesti ek..ek..ek.. bagi merangkak balik.. lama2 pun dia bosan.. ek..ek..ek. lagi.. pastu pantang nampak kelibat aku.. kenalah dukung pulaks.. macam2 hal anak dara kecik ni..

suka eh dapat bebas! 

Selain tu, Arissa pun dah pandai berdiri cuma masih takut2.. aku yang nengok pulaks naik risau..


Bab makan pulaks.. dah boleh makan bubur yg kasar sket.. tengok dia lalu jerk.. huhuhu.. setakat ni buah / sayur yang aku jadikan puri utk dimakan waktu pagi atau dicampur ke dalam bubur nasi utk lunch.. avocado, lobak merah, labu, kentang, sweet potato, kurma, pisang, pisang kaki.. buah apple, plum, mangga dan pear aku masukkan ke dalam food feeder.. nak ajar Arissa menggigit walaupun takde gigi lagi.. huhuhu.. kuat jugak ok gusi Arissa tarik food feeder tu sampai lunyai2 buah dalamnya..

buah2an utk diproses..

pengukus tupperware yg sangat berguna.. tak pernah guna ok sebelum ni.. sib baik tak jual..

food feeder yang sgt sesuai utk Arissa..

Ada lagi beberapa makanan tak diperkenalkan macam beras perang.. minggu ni kot nak try.. tak dan nak merendam bagai.. buah2an lain macam aprikot, prunes, peach, peas belum try lagi...

Berat setakat ni tak tau lagi.. tapi rasanya dah berisi sket.. tak larat aku nak dukung dia... huhuhuu...


Majlis Ihtifal & Konvokesyen MAFIST TAFIST

Assalamualaikum..

Sibuk sungguh lah hai minggu ni.. macam2 urusan nak kena settle.. ngan masalah bank bagai.. fenin.. nanti aku cerita pasal bank.. menyusahkan aku sungguh!

Sabtu baru2 ni ada majlis ihtifal sekolah agama Amiera.. Amiera terlibat dalam salah satu persembahan... Kalam Jamaie.. excited kononnya nak pi tengok Amiera.. last2 tak dapat tengok gaks.. huhuhu.. lewat sket sampai..

Masa sampai tu.. tengok budak2 Tafist punyalah sakan buat persembahan.. comel sangat2..

tema Palestine.. 

alahai anak dara ni.. kan comel.. muslimah sejati gitew.. bukan senang ok nak suh dia pakai Jubah or baju kurung.. byk songeh tau!! panaslah itu lah inilah.. 

semoga berjaya dunia akhirat yer sayang!

gambar2 persembahan pelajar Tafist..


 
 

Pastu kami cau cin cau.. ada urusan lain..
 lagipun Amiera tak naik atas pentas lagi tahun ni.. grrrr... itu lain laks kisahnya..


Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (269) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (51) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (75) Biskut (2) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (193) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (153) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (115) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (12) Juadah (115) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (15) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) LIMA (1) Lovely Song (7) Luahan (3) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (3) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (69) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (18) Resepi (37) Riadah (22) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Sejarah (2) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (4) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty