Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Hanis Fara Arissa ~ 7 bulan

Assalamualaikum..

Arissa dah masuk 7 bulan ya.. perkembangan terkini Arissa dah pandai merangkak.. lajus jerk.. pantang leka.. tau2 dah hilang.. suka sangat pergi kat tmpt alas kaki.. apo kono eh ntah!


dah besar sket ni.. memang lain lah rupa masing2nya..

Bila dah susah nak control ke walker lah jawabnya.. itu pun tak lama sbb mesti ek..ek..ek.. bagi merangkak balik.. lama2 pun dia bosan.. ek..ek..ek. lagi.. pastu pantang nampak kelibat aku.. kenalah dukung pulaks.. macam2 hal anak dara kecik ni..

suka eh dapat bebas! 

Selain tu, Arissa pun dah pandai berdiri cuma masih takut2.. aku yang nengok pulaks naik risau..


Bab makan pulaks.. dah boleh makan bubur yg kasar sket.. tengok dia lalu jerk.. huhuhu.. setakat ni buah / sayur yang aku jadikan puri utk dimakan waktu pagi atau dicampur ke dalam bubur nasi utk lunch.. avocado, lobak merah, labu, kentang, sweet potato, kurma, pisang, pisang kaki.. buah apple, plum, mangga dan pear aku masukkan ke dalam food feeder.. nak ajar Arissa menggigit walaupun takde gigi lagi.. huhuhu.. kuat jugak ok gusi Arissa tarik food feeder tu sampai lunyai2 buah dalamnya..

buah2an utk diproses..

pengukus tupperware yg sangat berguna.. tak pernah guna ok sebelum ni.. sib baik tak jual..

food feeder yang sgt sesuai utk Arissa..

Ada lagi beberapa makanan tak diperkenalkan macam beras perang.. minggu ni kot nak try.. tak dan nak merendam bagai.. buah2an lain macam aprikot, prunes, peach, peas belum try lagi...

Berat setakat ni tak tau lagi.. tapi rasanya dah berisi sket.. tak larat aku nak dukung dia... huhuhuu...

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah