Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Selamat Tinggal 2014.. Selamat Datang 2015..

Assalamualaikum..

Lagi beberapa jam.. kita akan masuk tahun 2015.. meninggalkan tahun 2014 yang penuh kenangan..

Banyak kenangan manis mahupun pahit yang dialami setiap insan..

Kenangan termanis dalam hidup aku sepanjang tahun ni.. lahirnya permata ketiga dalam family kecil aku ni.. Hanis Fara Arissa.. alhamdulillah..

 ~ 22 April 2014 ~

~ Dis 2014 ~

Eiiii.. geramnya ngan budak kecik ni.. geget kang!!

Kenangan pahit manis yang lain2.. biarlah ia tersemat dalam hati ni.. hanya Tuhan yang tahu apa yang aku lalui dan apa yang korang semua lalui.. berserah kepada-Nya dalam menghadapi setiap ujian yang mendatang..

moga hati ini tabah dalam menghadapi setiap ujianNya dan redha atas ketentuanNya

Kenangan terpahit yang dilalui oleh semua orang khususnya Malaysia tanah tumpah darahku..

hilangnya pesawat MH370.. sehingga kini tiada khabar berita ~ Mac 2014

pesawat MH17 ditembak jatuh ~ July 2014


pesawat Air Asia QZ8501 terhempas di Laut Jawa.. Malaysia turut terkena tempiasnya.. ~ Dis 2014 ..

Banjir di Pantai Timur ~ Dis 2014.. pic credit to www.unisza.edu.my

Ya Allah.. besarnya dugaan Mu kali ni kepada negaraku..
 
Takziah buat semua keluarga dan sahabat handai mangsa pesawat dan mangsa banjir..

Al-Fatihah..

***********************************************************************
 


Andainya esok Allah izinkan aku bernafas lagi di muka bumi ini..

Aku memanjatkan syukur kepadaMu ya Allah..  


Kurniakanlah kepada kami limpah rahmatMu setiap kali terbitnya fajar hingga terbenamnya mentari..

Kurniakanlah kami cahaya petunjukMu agar sentiasa tawadduq beribadah kepadaMu.. 

Kurniakanlah kami kesihatan yg secukupnya utk menjaga amanah2Mu..

Jauhkanlah kami dari fitnah Dajjal laknatullah..

Aminnnn.. aminnnn.. ya rabbal alaminnn...

Semoga tahun baru 2015 bawa sinar kebahagiaan kpd kami sekeluarga, sanak sedara, sahabat handai dan semua umatMu amnya..


Andainya tiada esok untuk ku..

Aku redha akan ketentuanMu..

Ampunkanlah dosa2ku, keluargaku dan seluruh umatMu..

Matikanlah aku dalam keadaan Khusnul Khotimah..

Tempatkan aku di JannahMu..  kerna tak sanggup menghadapi siksaan NerakaMu..

Walau aku tahu.. aku tak layak utk itu..


Buat semua insan yang mengenaliku..

Maafkan aku atas segala pertuturan mahupun tingkahlaku yg kurang menyenangkan..

Halalkan segala2nya..

Ingati aku dengan Al-Fatihah..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah