Posts

Showing posts from January, 2014

Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

3rd Pregnancy ~ Maternity & Children Expo

Image
Assalamualaikum.. Hari ni Jumaat... yeye.. hehhehehe.. esok cutiiiiiii... Tak sabar nak pi ekspo esok kat Mid Valley.. first time ok gi ekspo2 berkaitan dengan maternity ni.. mesti ramai kan... aduiiiii... bersesak2 lah jawabnya... ngan budak2 ni lagi... ngan baby dalam perut yang tak duk diam ni.. aduiiii... siksa aku once dia bergerak.. rasa macam nak tersiat2 kulit aku.. nilah bahana kalau kulit nipis sangat... uwaaaaaaaaa.... tak tau camna nak control... harap2 dapatlah apa yg nak dibeli..   pic credit to www.clubscheap.com

Lawak Petang Rabu

Image
Assalamualaikum... Dialog sms di petang Rabu dengan puteri kesayangan.. kih3..   dah nak kul 3 ptg.. baru dapat naik van.. Kesian Amiera.. terpaksa nunggu lama.. nak buat camna.. jadual waktu balik sekolah yg berubah menyebabkan van terpaksa ambil dia lewat..

3rd Pregnancy ~ Muntah Kuning Kepahitan

Assalamualaikum.. Topik pagi ini.. muntah kuning kepahitan... sorry agak sensitif tajuknya.. Since pregnant ni.. adalah jugak beberapa kali aku muntah kuning pagi2 bangun dari tidur.. pahit siot.. yarkkk... selagi tak habis keluar selagi tu aku rasa nak muntah jerk... merah padam muka aku kalau muntah kuning ni.. Apa yg aku baca dari google.. ianya berkaitan dengan asid dalam perut.. dan ada juga katanya berkaitan dengan gastrik.. tapi masalahnya aku tak sakit apa pun.. Dan pagi tadi lagi teruk.. bukan saje muntah kuning.. tapi muntah kuning kecoklatan... pahit tu toksah cakaplah.. risau gaks aku.. Uols ada pengalaman cenggini tak? kalau ada share yerk.. thanks..

Mimbar Pencetus Ummah ~ Tahniah PU Hafiz

Image
Assalamualaikum... Hari ni hari Jumaat.. penghulu segala hari.. esok coti!! dapat jugaks aku mengharungi 5 hari bekerja tanpa mc atau el.. kena semangat nak jimatkan cuti... huhuhuhuhu... Semalam pertandingan akhir Mimbar Pencetus Ummah.. Duniaku Dakwahku.. walaupun aku tak follow sangat dari awal.. tapi pada aku rancangan realiti ni sangat bagus diadakan.. tahniah pada Astro Oasis.. 4 peserta akhir yang bertanding.. dari segi penyampaian aku suka dengar PU Shahul ngan PU Rahmat.. dari segi mengalunkan ayat2 suci aku suka PU Hafiz.. suara dia best! Persembahan PU Rahmat buat aku sadis sekejap.. pastu bila Dr Ridhuan Tee nak buat persembahan pasal Ibu.. aku malas nak nengok!! nanti aku nanges lagi...... uwaaaaa.... sodih!.. Tuah menyebelahi PU Hafiz.. komen2 yang bernas dari para juri.. melayakkan beliau menjadi juara..   pic credit to www.astrogempak.com.my Cuma aku nak komen sket.. next rancangan Mimbar Pencetus Ummah.. mohon pihak Astro Oasis panjangkan masa sedikit

Kokurikulum Sekolah Puteri Islam

Image
Assalamualaikum.. Hari ni adalah hari koko bagi semua sekolah rendah.. dan tahun ini adalah tahun wajib bagi Amiera utk hadir koko.. dan alhamdulillah juga koko diadakan disebelah pagi.. lega hati aku sebab tak perlu Amiera ponteng sekolah agama di belah petang.. cuma waktu tamat sekolah dianjakkan lagi setengah jam.. risau jugaks aku sebab kat sekolah tu cuma Amiera sorang jerk Tahun 4 yang naik van utk ke sekolah agama.. budak2 lain yg balik awal mesti dah naik dulu.. lagipun van byk lagi kerja2 menghantar dan mengambil budak2.. so, Amiera pasti lewat naik van dan lewat sampai ke sekolah agama.. tak kisahlah.. yg penting dia tak skip sekolah agama.. aku dah pesan byk kali supaya tunggu hingga van sampai.. harap2 van taklah lewat sangat..   hari ni pakai baju sukan Puteri Islam.. gambar blur.. sorry kamera hp aku takde anti gegar.. huhuhu..

Sesi Persekolahan 2014

Image
Kisah hari pertama sesi persekolahan 2014.. Cam biasa.. setiap tahun.. kami akan ambil cuti.. memandangkan Fateh masuk tahun ke-2 di CIC.. dan kakak dah Tahun 4.. so, aku apply cuti sehari jerk.. nak jimat cuti kononnya.. Kul 7 lebih en hubby hantar kakak ke sekolah.. bila Amiera tau kami cuti.. banyak sangat helah dia nak suh kami ambik dia lepas tamat waktu persekolahan.. aku tetap suh dia naik van.. sebab kami ada urusan lain yang hendak diselesaikan.. takut tak sempat nak datang ambik dia.. Pastu aku siapkan Fateh utk ke sekolah.. nak bagi dia semangat ke sekolah.. pakaikan dia uniform baru... sampai kat sekolah.. cuma dia sorang jerk pakai uniform rasmi.. ngeh3.. kawan2 lain pakai baju thn lepas jerk... huhuhuhuh... apa lagi.. kena sakat ngan cikgu2 laaa... hahahhaha...   marah sungguh bila aku nak snap gambar dia.. tangan peace pun bengkok! Ingatkan semangat pakai baju baru ni dia happy... nan ado! nanges bila cikgu standby nak ambik dia... adooiiiii... Fateh.. dah 5

3rd Pregnancy : 5th Checkup

Image
Jumaat lepas.. Buat checkup kali ke-5.. so maksudnya kandungan aku dah masuk 5 bulan..   pic credit to www.babycenter.com So far alhamdulillah.. baby ok.. berat pun mengikut usia.. dalam 440gm.. air ketuban cukup.. cuma uri ke bawah sket.. dr kata InsyaAllah akan naik sebab baby masih boleh berpusing.. jantina masih tak nampak sebab mesin scan tu tak terang.. si maknya pulaks.. tekanan darah aku rendah.. manjang aja rendahnya.. mencik tul! Bulan ni checkup terakhir aku kat klinik tu.. hujung bulan ni buat details scan ngan 4D.. pastu next month  checkup kat hospital pulaks.. harap2 semua ok.. Sebut pasal detail scan dan 4D.. aku ambik pakej promosi kat klinik pakar wanita dan kanak2 yg baru dibuka kat Putrajaya ni.. klinik Kasih namanya.. .. rm180 sajork.. oklah.. pada aku murahlah di sekitar Putrajaya dan Lembah Klang.. ker ada yg lagi murah?? hehehhe.. tak kisahlah.. yg penting murah pada aku dan dekat ngan rumah.. tak nak pening2 kepala cari klinik..

Cuti Sekolah ~ Cameron lagi

Image
Assalamualaikum.. Sambung n3 sebelum ni.. walaupun dah masuk tahun 2014.. tapi nak wek camno! aku takde masa nak update.. huhuhuhu.. Lepas mandi manda kat LWT.. keesokannya kami naik ke CH.. ni kali ke-2 utk tahun 2013 kami naik CH.. dah itu tempat yg dekat ngan umah MIL.. ambil masa hampir sejam perjalanan.. Asalnya nak pergi balik hari.. kebetulan SIL pun nak naik CH dan stay kat sana semalaman.. so, kami ngan mertua pun join sekali.. Kali ni kami menginap di Rose Apartment.. 3 bilik dan 2 bilik air.. sapa nak masak2 pun ada disediakan peralatan2 di dapur.. tapi carpet tak memenuhi setiap ruangan rumah.. hanya ada di ruang tamu.. sejuk weiii.. kena bawak selipar.. kalau malas bawa beli jerlah selipar kat atas.. overall memang selesa.. cuma tang sejuk jerk.. aku memang tak bleh tahan... owner apartment ni mungkin lain2.. so, fasiliti yang disediakan mungkin berbeza setiap rumah.. apa?? nak tengok gambar.. alah uols gugel jerk.. banyak gambar... hehehhehe...   apartment n