Hari Terakhir 2015 ~ 3 FA ~ Kafe Kayu

Assalamualaikum..

Hari ni 31 Disember.. hari terakhir bagi tahun 2015..

Esok tahun 2016.. azam baru?? impian?? kalau berkaitan dengan kerjaya aku malas nak fikir.. harungi macam biasa.. hadap jerlah coding ni sampai aku pencen.. uwaaaaaaaa... 

Tahun depan aku nak fokus dengan pendidikan anak2 terutama Amiera.. lagi 9 bulan beb.. risau anak nak exam UPSR ni.. dahlah format baru.. 6 subjek pulak tu... pening ooooo... aku pulaks yang terlebih risau.. Amiera relax jerk.. masih dengan dunia khayalan dia.. selagi tak ketuk selagi tu dia tak bergerak.. acano?

Sebulan selepas UPSR Amiera kena hadap pulak exam UPSRA.. mampos.. harap2 Amiera boleh bawa dua exam ni.. huhuhu..

Fateh pun sama.. nak kena fokus jugak supaya dia boleh membaca dengan lancar.. nak tackle mood dia tu utk membaca dan buat latih tubi bukan senang ok.. dan dia jenis tak suka buat keje yg sama berulang kali.. aduhhh... mencabar sungguh nak didik anak lelaki ni..semoga aku kuat dan sabar nak mengajar Fateh..

Mucuk aku yang sorang lagi tu.. biarlah dia dengan dunia dia.. aku tak nak push apa2 lagi.. masih seronok nak gomol2 dia.. geram tau! nak geget jerk.. dengan keletah dia yang semakin naik lemak.. huhuhuh.. suara tok sah cakap.. sekali dia menjerit.. satu bangunan boleh dengar suara dia.. Arissa dah setahun 8 bulan ya.. perkembangan setakat ni.. gigi dia dah ada 10 batang..

dgn patung peberet yg dipanggil 'baby'.. patung ni masa zaman Amiera kecik lagi.. masih sihat walafiat..

jadual pertumbuhan gigi Arissa.. exactly tarikh tak ingat..

Dah pandai sebut macam2.. mama, papa, kakak, nenek, atuk, opah, chuchu (susu), etc.. boleh kenal tubuh badan macam pipi, mata, hidung, mulut, tangan dan kaki.. sambil menunjukkan aksi..

Dan yg paling aku geram ngan dia.. kalau dia mengamuk.. haiii.. dia punya jerit.. bingit telinga aku ni.. kalau tak dilayan apa yg dia nak.. dia akan marah sambil nanges.. dan yg kelakarnya.. lepas dia membebel marah ntah apa2.. dia akan mencebik.. buekkkk... aduiiii.. dengan gaya dia tu memang tak boleh bla.. gelak sakan aku..

Satu lagi karenah Arissa yang lain dari Amiera dan Fateh.. dia ni memang suka makan.. walaupun dalam kuantiti yang sikit.. tapi kalau dia tgh lapar mmg nak makan aja.. dan dia pantang nampak aku bawa cawan dan sudu.. dia akan panjat meja.. hadap aku minum.. dia pun sekali menyibuk tumpang minum.. aduhaiii.. tak kisahlah aku minum teh ke indocafe ke.. pedulik apa dia.. ntah apa yg sedap kat tekak dia ntah..

Tamat kisah anak2 aku utk tahun ni..

Sempena nak mengakhiri tahun 2015.. budak2 opis ajak gi lunch kat Kafe Kayu, Dengkil..

restoran yang unik.. 

antara menu di sini

driver hari ni.. hehehehe.. blogger ida aka dealer Amway.. sapa nak beli barang Amway dengan harga kawan2 boleh contact dia naa..

aku makan set asam pedas tenggiri dan air jagung special.. nyum3.. siap bungkus sup daging dan asam pedas ikan pari.. malam karang aku masak nasi jerk.. lalalla.. kes malas masak..

sebelum balik bergambar dulu dengan owner.. satu opis ngan kami.. 
hmmm.. bilalah aku nak terbuka hati pakai camtu ek? erk.. 

Tamat acara makan2 ngan kawan opis.. ramai takde kat opis ni.. ada yg cuti2 Malaysia.. ada yg cuti sakit.. macam2 cuti laa.. aku jerk masih setia di opis.. sebab cuti dah tinggal 2 ketul jerk.. uwaaaaa... carry forward jerlah.. tu pun akan habis next week.. cuti sbb anak2 nak mula sekolah.. huhuhu..

Menutup tirai aktiviti masak memasak tahun 2015.. antara resepi baru yg aku cuba adalah.. ayam sambal bali dan ayam buttermilk.. gambar ayam sambal bali aku dah hilang.. tak tau sapa yg pi delete.. huhuhuhu..

kuah buttermilk eh dah kena sejat.. hehehehe.. 

Oklah.. itu sahaja cerita menutup tirai 2015.. semoga kenangan2 di tahun 2015 akan sentiasa tersemat diingatan.. dan semoga tahun baru 2016 membawa sinar baharu dalam kehidupan kami sekeluarga.. aminnn...


Review Filem Dilwale

Assalamualaikum..

Sapa2 yang belum pergi tengok filem Dilwale ni.. amatlah disyorkan pi tengok ya.. korang takkan bosan layan filem ni..


Kalau nak tengok yg free ada jerk kat internet.. gi lah download.. tapi takde Malay subtitle.. huhuhu.. dan feeling tak sama tengok kat panggung.. kat panggung boleh gelak ramai2.. hehehe..

Dalam filem ni ada 4 watak utama.. watak yang menjadi pujaan ramai semestinya Shah Rukh Khan dan Kajol.. dan 2 orang lagi pelakon aku tak kenal.. hehehehe.. Kajol cantik sangat ko.. aku tak tau apa yg dia pakai.. mekap kot.. tapi cantiklah compare dengan filem2 sebelum ni.. filem ni ada aksi, cinta dan lawak.. tak bosan layan filem ni..

sweet sangat Kajol.

Alkisahnya.. SRK dan Kajol dulu2nya merupakan ahli kumpulan gengster yang bermusuhan sesama sendiri.. tetapi SRK jatuh cinta dengan Kajol dan mereka bercinta secara senyap.. tetapi pergolakan berlaku menyebabkan mereka berpisah.. huhuhuhu..

15 tahun kemudian.. mereka bertemu semula kerana watak 2 pelakon baru tu.. siapa pelakon baru tu?? apa peranan diorang?? uols tengok lah sendiri yer.. tak bestlah cerita kat sini..

Lagu2 filem Dilwale ni pun best.. era baru.. antara lagu yang aku suka Janam-janam, Gerua dan Tukur-tukur.. dah takde irama macam zaman Kabhi Kushi Kabhi Gham.. Dil To Pagal Hai.. Dilwale Dulhania Le Jayenge.. modern song ok..

tarian dalam lagu terakhir Tukur-tukur..

Cuma yang kureng kat sini.. watak penjahat nama dia King tak berapa best laaa.. tak mencabar.. kalau cerita dulu2 kan kalau watak penjahat tu memang betul2 jahat.. sampai geram rasa nak tumbuk2.. hahahhahaha.. ni macam watak penjahat era moden.. ngeh3.. ada style.. ceh! style lah sangat..

belah kanan sekali tu lah King..

Oklah.. uols yg minat hindustan tu bolehlah layan.. yg tak minat hindi movie duk ontok2 yo.. layan cerita lain yg banyak lagi kat panggung.. see ya..

p/s : all pics credit to google.com


Resepi Apam Coklat

Assalamualaikum..

Baru2 ni saja mengisi masa lapang dengan masak memasak.. masaklah sangat ya.. hahahhaha...

Saja buat.. resepi pun senang.. cara buat pun senang.. bolehlah anak2 makan bila lapar.. nak2 pulak si Fateh.. kalau nak suruh makan nasi tu memang payah.. nak kena suap bagai.. tapi kalau makan benda manis2 ni.. laju jerk dia.. kalau kena tekak dia.. lagi lah ulang2 makan.. si Arissa pun sama.. memang pantang nampak kek..

Aku jumpa resepi ni dalam fb.. katanya apam coklat.. aku tengok resepi macam kek coklat.. tak kisahlah.. apam ke kek ke.. yg penting sedap.. ntah sapa yang share.. kredit to empunya resepi ya..

hasil yang diperolehi.. suku dah kena ngap dek Fateh masa tengah2 panas kuar dari periuk kukus..

Bahan2 :-

2 cawan tepung gandum
4 sudu makan serbuk koko
1 st baking powder
1/2 st soda bikarbonat
1/2 st garam
2 biji telur
1 cawan minyak
1 cawan gula halus
1 cawan susu pekat manis
1 cawan air

** Nampak macam amboiii.. manisnya sebab kuantiti gula dan susu pekat manis.. tapi bila dah masak rasanya ngam2.. tak manis sangat..

acuan yg dah lama beli tapi tak guna.. ada besar ada kecil..
Cara2:

1. Panaskan kukusan
2. Campur semua bahan dan kacau sebati.. rehatkan selama setengah jam.
3. Kukus dalam acuan lompang yang disapukan minyak selama 15-20 minit.. ** aku kukus 20 minit
4. Makan dengan aiskrim vanilla lagi umpphh.. ** aku makan cenggitu pun sodap

hasil setelah di kukus..


S E L A M A T    M E N C U B A ! ! !


Fateh di Hari Orientasi Tahun 1

Assalamualaikum..

Lagi beberapa hari nak masuk tahun baru.. dan Fateh akan melangkah ke alam persekolahan yang sebenar.. Tahun 1..

Isnin baru2 ni ada hari orientasi utk Tahun 1 dan Pra-Sekolah.. pendaftaran bermula jam 8 pagi..

Pukul 6.30 aku bangun siapkan bekal utk Arissa dan Fateh.. dalam pukul 7.00 gitu kejutkan Fateh yang masih lena diulit mimpi.. kena sogok dulu dengan susu dan bgtahu dia lepas minum bangun untuk mandi.. pesan macam2.. jangan bagi dia tidur balik.. mata masih pejam.. tapi kepala angguk tanda setuju..

Aku dok kalut kat dapur.. jenguk semula dari dapur.. aiiii.. tak bangun2 jugak.. aduhai.. last2 en hubby yang kejutkan dia.. sib baik tak meragam..

hensem boy dah ready nak gi school..

kelihatan ramai yang sedang mendaftar.. nama Fateh tersenarai di dalam kelas Hijau.. info ni aku dapat masa baca fb PIBG sekolah.. sib baik tergerak hati nak buka fb.. kot2 ada berita penting untuk hari pendaftaran keesokannya.. fuhhh.. lega.. kalau tak kalut nak cari nama Fateh setiap warna kelas.. huhuhu..

alolo.. comey nya.. hehehhe... baik jerk muka kan.. hahahhaha..

Sementara menunggu pukul 9 utk taklimat ibu bapa.. kami sarapan dulu di kantin.. tinggal Fateh di tapak perhimpunan..

Tepat pukul 9.. ibu bapa diarahkan ke dewan untuk mendengar taklimat.. manakala murid2 akan di bawa ke kelas masing2 untuk aktiviti bersama guru..

Di dewan.. mula2 dengar taklimat dari guru pen kanan hal ehwal murid.. ttg perilaku murid dan peranan ibu bapa dalam mendidik anak2 tentang tingkah laku di sekolah.. kemudian ucapan dari guru besar yang bercerita tentang sekolah dan prestasi sekolah.. yg terakhir ucapan dari wakil Umno Putrajaya.. 

Oh ya.. bersempena hari orientasi ni.. Umno Putrajaya berbesar hati menghadiahkan sebuah beg sekolah dan pencil box.. majlis penyampaian diadakan kepada pelajar terpilih sahaja.. anak2 ajk pibg lah tu.. huhuhu.. utk lain2 pelajar.. beg akan diserahkan di dalam kelas masing2..

ini jerk yg sempat aku snap..

Kemudian kami bergegas ke kelas Fateh untuk menghantar borang pendaftaran.. 

haii.. dalam surat tak kata suruh bawak salinan.. nak original.. tapi kat sini nak salinan pulaks.. jenuh en hubby dan Amiera balik rumah.. pi buat salinan.. sib baik rumah dekat.. bayaran rm5 dikenakan utk 4 keping tanda nama..

Jumpa Fateh dalam kelas dengan geng2 CIC.. amboi syoknya dia.. ada geng.. tanya jugak Fateh dia kena buat apa.. cikgu suruh kaler dan menulis katanya.. tak tau diorang buat apa sebab kertas dah tak ada.. mungkin bukan exam.. sebab exam Linus yang akan menentukan Fateh berada di dalam kelas yang mana satu.. aku tak harapkan Fateh berada di kelas yang pertama sebab aku tahu kemampuan Fateh setakat mana.. cuma aku nak dia boleh menguasai 4M tu..

beg tajaan Umno Putrajaya.. dalam beg ni dah siap2 buku teks diorang sediakan.. 

Balik rumah terus aku balut buku teks.. hancur lunyai buku2 teks yg ada.. ada yang dari sekolah lain pun ya.. ada yang tiada cop sekolah.. macam2 hal buku teks tu.. sian Fateh.. masa Amiera best sebab dia tahun pertama KSSR.. so, buku semuanya baru... 

Oklah.. itu sahaja cerita ttg hari orientasi..


Aktiviti Cuti Sekolah

Assalamualaikum..

Lamanya aku tak update blog.. malas gamaknya.. hujung2 tahun ni makin banyak pulaks keje2 coding.. walhal SKT dah hantar.. markah pun dah dapat.. tapi camtu jugaks markahnya.. kalau beza pun tang perpuluhan jerk.. ingat senang ke nak buat keje coding ni.. team lain yg sama level ngan aku pun tak berani nak join team aku ni sebab kena hadap coding 8 jam x 5 hari bekerja.. yg buat aku hangen.. sistem yang sama.. modul yang sama.. kena buat banyak kali perubahan sebab tak finalised ngan user.. grrr... maun tak stress.. macam ni setahun pun belum tentu sistem tu siap.. huh!

Berbalik pada topik.. sepanjang Dis ni.. kami tak pi cuti mana2 lagi.. sebab cuti aku pun dah tinggal berapa hari jerk lagi ni.. awal tahun depan nak kena cuti lagi.. anak2 nak sekolah..

Lagipun kami dah cuti2 Malaysia sebelum ni ke Langkawi dan Penang.. cukuplah kot.. nak jauh2 tu susah sket.. pulus kena banyak maaa..

Aktiviti utama utk Amiera.. aku nak dia habiskan buku aktiviti yang pihak sekolah suruh beli.. ni satu hal lagi.. paksa budak2 beli buku tapi berapa muka surat jerk yang dibuat kat sekolah.. aduhai.. baik tak yah beli.. tapi nasib baik buku tu menarik.. boleh suruh Amiera buat latihan sambil buat nota untuk menghadapi exam UPSR tahun depan.. daripada membazir masa.. baik dia buat benda yang berfaedah.. buat revision balik 4 subjek utama.. aku nak dia faham.. sepanjang dengan aku.. banyak kelehaman yang aku nampak pada Amiera.. Amiera kena bekerja keras kalau nak cemerlang dalam UPSR..

Fateh masih dengan dunia dia.. nak suruh dia membaca dan buat latihan kat buku aktiviti.. memang tak lah.. macam2 alasan dia bagi.. tapi kalau hadap TV 24 jam tak pulak letihnya.. aduhhh.. camno nak buat ni.. aku risau dia nak masuk Tahun 1 ni.. membaca masih merangkak2.. nak hadap exam masa orientasi tu aku tak tahulah dia faham ke tidak nak buat.. pening ooo.. aku dah cuba push cara baik dia masih tak mahu.. kalau push cara kasar lagi dia tak mahu.. menangis2 tak nak buat.. baik tok sah.. bila nak matang ni Fateh oiiii..

Untuk aktiviti riadah.. bawa anak2 pi main bowling dan tengok wayang..

layan permintaan Fateh nak main bowling kat Warta Bangi.. murah kat sini kata en hubby.. ntahlah aku bukan reti pun.. aku kan kaki bangku.. apa game pun aku tak minat..

  
Layan Star Wars 3D kat Alamanda hari pertama pembukaan.. ni pun lepas pi beli buku sekolah.. pergh.. ingatkan sekejap jerk.. lama beb kat kedai buku.. punyalah ramai orang dtg nak membeli buku.. 

  
kat ruang legar depan bowling Alamanda.. keluar masuk dinasour ni dari telur dia.. takut2 Amiera nak bergambar..

  
Fateh naik dinasour ni.. ingatkan ada aksi mengerikan ke.. tapi alahai.. asyik dok ngangguk dan gerakkan ekor.. apa kes.. sian Fateh.. huhuhu..

  
Jumaat malam layan pulaks citer ni kat IOI City Mall..

first time bawa Arissa tgk wayang.. kemain ko yer.. tak duk diam.. lari sana sini..
masuk panggung dah pukul 10.. wayangnya tak start2 lagi.. 1/2 jam asyik dengan iklan.. last2 citer nak start minah kecik ni boleh tidur.. aduhai.. sampai lah habis cerita.. sabor jerlah..

Malam ni.. nak bawak sekali lagi Arissa tengok wayang.. tak taulah camna dia nanti ni.. dahlah tengok cerita yang sangat tak sesuai utk kanak2.. aduhhh...

Cerita apa?? semestinya kesukaan aku.. hindi film.. Dilwale.. 

3 jam beb.. hahahahah.. kalau Arissa tak buat hal.. mesti Fateh yg akan buat hal.. satu apa pun diorang tak faham dan tak berminat nak layan.. hanya Amiera yang berminat sebab dia nampaknya dah suka citer2 bollywood ni.. ngeh3..


Selain aktiviti riadah.. aktiviti kemas mengemas semestinya wajib tiap2 hujung tahun.. kemas barang2 sekolah... alhamdulillah semua dah beli.. buku pun dah beli.. so, keje2 membalut, tulis nama dll dah settle.. minggu depan Fateh ada orientasi tahun 1.. huwaaaa.. anak bujang den dah bosar.. cam tak cayo yo!!

tengah excited mengapur kasut..

permintaan Fateh nak makan brownies.. layan jerlah hujung2 minggu.. 

Oklah.. setakat ni dulu aktiviti cuti sekolah.. kalau ada aktiviti2 sebelum tamat tahun ni.. akan aku update kemudian.. see ya!


Cuti-Cuti Malaysia ~ Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang

Assalamualaikum..

Bersambung cerita cuti2 Malaysia ke Penang baru2 ni..

Selepas shopPINK kat jeruk madu Pak Ali.. kami ke Kuala Sepetang nak pekena mee udang Mak Jah yang famous tu..

Sampai di sana.. ramai orang sedang menikmati juadah mee udang.. mata aku dok jeling2 apa yg diorang makan.. yerlah kan.. first time nak makan kan.. nak lah tahu apa menu yg menjadi kesukaan orang ramai.. mmm.. dapnya...

see.. penuh meja.. dahlah musim cuti sekolah.. 

Nasib baik kami dapat meja.. kalau tak tu melepas nak merasa mee udang Mak Jah ni.. huhuhu..

Tak lama kemudian.. datanglah tukang ambik order.. haa.. ko.. terkezut aku nengok harganya.. berbaloi ke?? jom kita order na..
harga dah include GST ya..

Tak sampai 10 minit menu yang ditunggu pun sampai.. jemput makan ya...

mee udang special

nasi goreng udang special dan nasi goreng kampung

Pendapat aku.. as a customer.. harga agak mahal dan agak tak berbaloi dengan mee udang tu.. udang cuma ada 5 ketul jerk.. mee dia pun sikit.. harap kuah jerk banyak.. sob3...

Nasi goreng pun biasa2 jerk rasanya..

Saranan aku.. kalau yer pun nak naikkan harga.. berpada2lah.. kenalah sesuai dengan kuantiti.. janganlah pulak nak naikkan harga tapi menurunkan kuantiti dan kualiti.. setahu aku dari pengalaman blogger2 dan rancangan tv sebelum ni.. kuantiti udang agak banyak dan harga yang reasonable.. dan janganlah kerana dah fofular tu simply2 nak tekan customer.. kalau mengekalkan kualiti dan kuantiti dengan harga yang reasonable.. insyaAllah.. customer tak akan lari.. semakin bertambah adalah..

Just my 2 cents!! Peace no war!


Cuti-Cuti Malaysia ~ Pulau Pinang ~ Bukit Bendera ~ Jeruk Madu Pak Ali

Assalamualaikum..

Hujung bulan lepas.. keluarga en hubby mengadakan family gathering.. destinasi pilihan adalah di Pulau Pinang..

Kami menginap di kuarters TNB di Seberang Perai.. Keesokan harinya kami ke pulau melalui Jambatan ke-2 PP..



Destinasi pertama kami ke Bukit Bendera..


mucuk aku dah start meragam.. panas2..

 

  
tiket dah dapat.. jom beratur!

Ramai siot.. cuti sekolah kan.. beratur tak hengat punya lama.. dahlah kena dukung si kecik tu.. tak hengat berat dia.. lotih.. ngan apak eh tak nak lah pulaks dia.. meragam.. pantang nampak aku.. grrr.. masuk train pulak.. kena berdiri lagi.. tak stabil aku dalam train tu.. aduhai.. stress.. nasib baik sekejap jerk dah sampai.. kalau tak haru aku nak dukung Arissa.. aku tengok minded orang Malaysia ni especially anak2 muda.. kalau tengok pompuan tgh dukung anak kecil.. haram nak di baginya tempat duduk.. hmmm.. siaplah ko dah kawin ada anak sok.. baru kau tau!! *%^$*.. yg aku naik hangen bila train dah sampai.. ehheh.. tak nyempat2 orang yg duduk tu nak keluar.. terus aku sound.. kot yer pun nak keluar sangat.. sabarlah.. bagilah orang yang berdiri ni keluar dulu.. aduhaiiii.. nak kata budak2 tu.. haaii.. dah terlebih matang kot.. akai ada ka?
 
hero aku ni sangat kental hatinya.. sanggup berdiri lama beratur tanpa keluh kesah.. gud boy.. harap2 masa sekolah nanti jgn mengeluh yer sayang kalau kena beratur tengah2 panas...

dah sampai atas.. sejuk sikit hati yg tgh panas..

menanti yg lain yg ketinggalan keretapi.. alolo.. nak buat gaya apa tu sayang oii..

Sampai di puncak.. lunch dulu.. pastu jln2 kawasan sekitar..

suka sungguh dapat bebas ya.. lari sini lari sana..


kakak muka stress tak dapat apa yg dia nak..

dah macam kat Paris laks.. gantung2 mangga berbentuk love..  penuh pink love sepanjang pagar tu.. sweet jerk warnanya.. ahaks..

kalau nak bergambar kat love tu kena bayar yer.. ada photographer akan snap gambar korang..

kakak.. kakak.. awat susah nau nak bergambar.. nak marah saja..

us..

berpoloh2..

Dah puas round.. kami beratur sekali lagi untuk turun semula.. aduhai.. ramai jugaks..

Kemudian kami berhenti utk solat di Masjid Negeri PP.. cantik masjid ni..


Perjalanan di teruskan ke Padang Kota.. nak pekena pasembor katanya..

bangunan2 sejarah di Pulau Pinang.. 

Bila time cuti ni.. ahalai ramainya orang di Padang Kota.. parking penuh.. terpaksalah parking jauh sket.. hari pun dah lewat petang.. dahlah kena menapak.. bila dah sampai.. baru nak duduk dengan tenang.. berkerumun orang tanya nak makan apa.. nak minum apa.. habis semua menu disebutnya.. aduhhh.. serabut pale.. dahlah tempat makan pun agak penuh.. so, duduk jerlah mana yg kosong.. tapi masalah diorang ni.. haiii.. geram pulaks aku.. control customer suka2 hati.. tak boleh beli makanan atau minuman di gerai sebelah.. means.. kalau kau duduk meja belah sini.. so, kena beli makanan dan minuman belah sini.. amboi.. byk cantik.. ehh.. kami customer kot.. suka hati kamilah nak beli kat mana.. stress aku ngan diorang ni.. kami bayar kot.. bukannya makan free.. dahlah mahal.. grrr.. after this reject!

baliknya kami naik feri jerk.. 

seram tengok air laut warna hitam.. huhuhu..

 Hari terakhir.. lepas check-out kami mencari kilang jeruk Pak Ali..

sebahagian family en suami.. bergambar kenangan sebelum check-out..


meleleh ayaq liuq bak hang!! 
pic credit to jerukmadupakali.com

Perjalanan di teruskan ke Kuala Sepetang.. mencari makan.. tunggu next n3.. see ya!


Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (269) Ana Muslim (2) Anniversary (11) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (51) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (75) Biskut (2) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (193) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (153) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (115) Homemade (1) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (12) Juadah (116) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (15) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) LIMA (1) Lovely Song (7) Luahan (3) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (3) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Para Asean (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (69) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (18) Resepi (38) Riadah (24) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Sejarah (2) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (4) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty